Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

mof

Syarikat Perunding di Bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia

hrdf

3 Sebab Mengapa Anda Wajib Memilih Kami

FINE Training Academy Sdn Bhd (FINE Academy) berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan menjadi syarikat perunding di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). FINE Academy sudah membangun lebih 25,000 peserta di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei melibatkan individu dan organisasi utama Malaysia. 

  • PENYELESAIAN SUMBER MANUSIA YANG HOLISTIK

    Pihak kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh daripada kaji selidik keperluan sumber manusia, kursus latihan dalaman, kursus publik hinggalah sesi coaching secara individu untuk memperkasa organisasi. Ini memberikan pilihan pelbagai buat organisasi cemerlang

  • TENAGA PAKAR BERASASKAN INDUSTRI

    Para perunding dan jurulatih kami adalah pengamal industri berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang berkaitan. Mereka mempraktiskan setiap teori dan kemahiran yang dikongsikan sepanjang kursus dan perundingan. Ia dikemaskini setiap masa bagi memastikan pengisian sentiasa yang terkini dan mengikut trend semasa.

  • KURSUS DIREKA DAN DISESUAIKAN IKUT KEPERLUAN

    Kursus kendalian kami direka bentuk khusus mengikut keperluan organisasi sama ada untuk membangun jati diri, rasa kepunyaan, pemerkasaan kemahiran hinggalah mendidik akhlak mulia. Pihak kami membuat kaji selidik mendalam keperluan sumber manusia dan mereka bentuk kursus berdasarkan dapatan diperoleh. Hubungi kami, Anda akan mengalami sendiri pengalamannya.

KAMI KOMITED UNTUK MEMPERKASA ORGANISASI ANDA MENJADI YANG TERBAIK

Kami berpengalaman dalam membantu organisasi mencapai sasaran dan mendepani cabaran masa kini bagi merealisasikan visi masa hadapan dengan perancangan strategik, mengurus dan membangunkan aset paling penting organisasi iaitu sumber manusia. Kami yakin dan percaya kepentingan penjanaan idea dan nyala rasa dalam membangkitkan potensi dan bakat dalam diri manusia bagi mencapai kesihatan dan kebahagian dalam hidup.

 

Daripada program latihan, kursus, perundingan hinggalah pementoran dan coaching – kami amat teruja dan mempunyai nyala rasa tinggi untuk terus menyerlahkan potensi semua insan bagi menjadikan mereka terbaik di antara yang terbaik dalam bidang mereka ceburi. Ketahui lanjut perkhidmatan yang disediakan khas buat semua.

 

Antara bidang kursus yang menjadi signature program kami adalah kursus kepimpinan, kursus motivasi, kursus komunikasi berkesan, kursus keusahawanan dan kursus penulisan. Boleh rujuk pada senarai program yang ada pada ruangan menu.

APA PANDANGAN PELANGGAN KAMI

Kami mendapat pelbagai maklum balas yang positif dan membina terhadap pengendalian kursus sepanjang penglibatan kami dalam industri ini.

Pasukan Perunding Kami

Foto450

Coach Fauzul Na'im Ishak

Perunding Motivasi, Kepimpinan dan Komunikasi

ikram

Muhammad Ikram Wazir

Perunding Penulisan dan Penerbitan

zamri

Zamri Mohamad

Perunding Pemasaran Media Sosial dan Kewartawanan

fara

Farah Lina Rahim

Perunding Imej dan Kesetiausahaan

hanis

Hanis Jenalis

Perunding Team Building dan Speed Reading

coachridz450

Coach Ridzwan Wahab

Perunding Komunikasi Bahasa Inggeris di Tempat Kerja

Translate »
Scroll to Top