18 Peserta Menghadiri Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 25 & 26 Julai 2009

Sekarang sedang berlangsung Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di Wisma DPI-Invergold. Ini adalah bengkel kedua dalam masa dua minggu, dua kali sabtu ahad berturut-turut. Minggu lepas di adakan pada 18 & 19 Julai dan kali ini 25 & 26 Julai 2009.

Pada kali ini, seramai 18 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada kaunselor, pegawai kanan GLC, pengarah pusat IPTA, guru, pensyarah dan ada pesara. Kebanyakannya datang dengan penuh semangat membara bagi menjadikan penulisan sebagai salah satu kerjaya dan kaedah menyalurkan perjuangan.

Bengkel hari ini meliputi sesi motivasi penulisan, pelan operasi penulisan dan petangnya KJ Metode : Teknik Menulis untuk Orang Sibuk. Bersama ini disertakan koleksi gambar sehari bengkel buat tatapan umum. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel-bengkel anjuran kami boleh hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com.

no images were found

Comments

  1. Salee Saleena says

    Kursus yang sangat profesional dan telus.Semoga hasil karya kami mendapat prioriti dari pihak penganjur. Tahniah kepada Tuan Fauzul.

  2. says

    Salam,

    Tahniah. Semoga bertambah bilangan penulis berkaliber di tanah air kita dan secara tidak langsung menjadi pelapis kepada penulis-penulis veteran. Syabas.

  3. sharina says

    salam…

    pihak akademi penulis tak mahu mengadakan bengkel penulisan di daerah kuala terengganu ? Saya memang berminat untuk menghadiri bengkel penulisan serta segala yang berkaitan dengan dunia penulisan kreatif. namun begitu, faktor jarak dan lokasi menghalangkan minat saya itu.
    sekian…

  4. salee saleena says

    Kalau minat, semua halangan menjadi perkara kecil.Memang jauh jarak, tetapi minat menjadikan ia dekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *