20 Usahawan Wanita Johor Diperkasakan di Kursus Usahawan Super

6 September 2013, Pontian, Johor – Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor bertanggungjawan memberikan bantuan dan khidmat nasihat untuk memperkasa golongan wanita terutamanya di kalangan ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan menganjurkan kursus-kursus berkaitan keusahawanan untuk memberikan kemahiran buat golongan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Para peserta tekun menyelesaika tugasan diberikan jurulatih

Para peserta tekun menyelesaikan tugasan diberikan jurulatih

Pada 6 September 2013, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor sekali lagi mengadakan Kursus Jahitan Langsir dan Ceramah Usahawan Super khusus melatih 20 orang usahawan wanita dalam bidang jahitan langsir. Kursus 5 hari, 4 hari kursus jahitan langsir berserta slot pengisian pada hari terakhir oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap jurulatih prinsipal FINE Training Academy. Kursus ini diadakan di Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai, Pontian, Johor.

Bersatu teguh bercerai roboh

Bersatu teguh bercerai roboh

Antara slot pengisian yang dikendalikan adalah slot mengenal potensi diri, Kuasa Iman: penjana kejayaan diri dan Kuasa Tomakninah: strategi cemerlang usahawan berjaya. Pada penutupan kursus, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Puan Rafeah Khafidah mengharapkan dengan adanya kursus ini, para usahawan yang menjadi peserta hadir dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu ditimba untuk memajukan diri dan keluarga.

Para peserta mengabadikan foto bersama tetamu kehormat dan jurulatih kursus

Para peserta mengabadikan foto bersama tetamu kehormat dan jurulatih kursus

Penutupan juga diserikan dengan kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Tanjung Piai. Kursus serupa dapat dijalankan di tempat ataupun organsasi yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh terus dibuat kepada Cik Noranita di talian 0162605506 ataupun pejabat 0341492560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>