Kursus Inovasi dan Kreativiti dalam Organisasi KPT

Empat hari bersama keluarga Kementerian Pengajian Tinggi di Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur memberi pengalaman bermakna satu sama lain. Kursus Inovasi dan Kreativiti dalam Organisasi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi ini melibatkan 35 orang peserta dari seluruh negara. Mereka terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan jabatan.

Kursus ini menggabungkan tiga orang trainer yang membawa tiga modul berbeza iaitu;

(1) Menjadi kreatif Cara Nabi
(2) Menjadi kreatif dengan memahami falsafah klaun.
(3) Menjadi kreatif dengan menyusun cara berfikir analitikal, kritikal dan kreatif.

Dengan konsep Trainer keluar sebagai malam, peserta keluar sebagai bintang, perjalanan kursus selama 4 hari ini terasa begitu singkat. Pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan teori dan pratikal. Anda buat, Anda rasa !!!! Itulah yang dialami oleh peserta kursus ini. Pengisian kursus ini bertambah menarik dengan aktiviti luar tergempar yang menyaksikan kepelbagian idea dan kreativiti tercetus daripada peserta.

Mengalihkan Skill

Peserta sedang menjalankan aktiviti

Aktiviti Selingan

Antara aktiviti menarik yang dijalankan

Antara salah satu aktiviti menguji kreativiti

Wajah ceria peserta di akhir kursus

Kurangkan situasi mesyuarat tertangguh dengan menyusun agenda mesyuarat melalui cara berfikir. Itu adalah skrip komitmen mereka selepas bengkel.

Penganjur mempunyai idea sendiri bagi penyerahan sijil. Ia tidak melibatkan tetamu jemputan, tetapi mereka menjadikan setiap peserta sebagai tetamu vipnya, masing-masing berpeluang menerima sijil penyertaan daripada rakan secara bergilir.

Idea ini menjadikan ia satu lagi aktiviti dalam satu aktiviti utama pada majlis penutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>