Akademi Penulis Mengendalikan Bengkel di Hujung Benua Asia

Akademi Penulis baru sahaja selesai mengendalikan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai, Resort, Pontian Johor. Bengkel ini adalah atas jemputan Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 30 orang peserta dari UTHM berkampung bersama para jurulatih Akademi Penulis untuk memurni dan memperkasakan manuskrip mereka yang sudah siap dan separa siap ditulis.

Bengkel ini adalah kesinambungan kepada satu lagi bengkel yang pernah dianjurkan mereka iaitu bengkel tesis kepada buku. Hasil daripada bengkel tersebut dibawa ke sini untuk diberikan perundingan oleh para jurulatih Akademi Penulis. Jurulatih yang hadir adalah En. Fauzul Na’im Ishak (jurulatih utama), En. Zamri Mohamad (jurulatih kanan) dan En. Ikram Wazir (jurulatih kanan).

 

Para peserta Bengkel Pemerkasaan Manuskrip Penerbit UTHM

Para peserta Bengkel Pemerkasaan Manuskrip Penerbit UTHM

 

Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Prof. Dr. Rogayah, Timbalan Naib Canselor Akademi UTHM yang bersama menjadi fasilitator bengkel. Kehadiran beliau amat memberikan inspirasi dan semangat kepada para peserta amnya dan Akademi Penulis khususnya.

 

Prof. Dr. Rogayah (bertudung merah) menyampaikan sijil kepada peserta

Prof. Dr. Rogayah (bertudung merah) menyampaikan sijil kepada peserta

 

Alhamdulillah hasil daripada bengkel 3 hari 2 malam ini, sebanyak 20 proposal buku yang sudah masak perbincangannya dihasilkan. Kesemuanya pada pandangan Akademi Penulis berpotensi untuk diterbitkan. Proposal-proposal ini akan diserahkan oleh pihak Penerbit UTHM kepada pihak JK Penilaian Manuskrip UTHM bagi diluluskan penerbitannya.

Apa yang menarik di sini adalah pihak UTHM menyediakan satu insentif yang belum pernah diberikan oleh mana-mana universiti kepada pensyarah yang menulis. Bagi setiap proposal diluluskan pihak UTHM akan memberikan insentif sebanyak RM5,000 tunai. Ini suatu insentif yang cukup baik bagi memberikan motivasi kepada para pensyarah di sana.

 

Tugu penanda penghujung benua Asia di Taman Negara Tanjung Piai

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk artikel ini. Ya, Tanjung Piai terletak di dalam peta dunia sebagai penghujung benua Asia. Di sana terdapat Taman Negara yang merupakan hutan paya bakau. Di hujung Taman Negara ini terletak satu monumen yang menandakan bahawa di situlah penghujung benua Asia.

Pihak Akademi Penulis amat berbesar hati diberikan peluang memberikan pandangan kepada manuskrip-manuskrip di bawah penerbitan UTHM. Terima kasih atas jemputan ini.

Comments

  1. qaseh amira says

    salam. sya adalah graduan dalam bidang ijazah penulisan artistik uitm. saya tidak tahu bagaimana mencari peluang kerja yang sejajar dengan bidang saya. saya berminat mahun menjadi penulis generasi muda yang kaya dengan pemikiran baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>