Pusat Pembangunan Penulis Nombor 1 Di Malaysia
Utama
Akademi Penulis bermula daripada hanya sebuah blog yang berkongsi input penulisan dan penerbitan buku pada tahun 2004. Blog di www.akademipenulis.com mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jumlah pengunjung laman blog ini meningkat dari hari ke hari. Ia mencetuskan idea pengwujudan sebuah organisasi berdaftar untuk membangun dan melahirkan penulis berkualiti dalam pelbagai bidang dan sektor di Malaysia khususnya dan dunia amnya.
Akademi Penulis Sdn. Bhd. diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada tahun 2009. Ia diasaskan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, seorang tokoh pengamal penerbitan dan penulisan buku di Malaysia. Beliau berpengalaman selama 12 tahun memperkasa idea untuk mengembangkan lagi dunia penulisan Malaysia supaya setaraf dengan pengamalan dunia penulisan di peringkat antarabangsa.
Daripada hanya satu program dikendalikan hingga sekarang Akademi Penulis mempunyai lebih daripada 10 program pembangunan penulis. Antaranya penulisan buku, penulisan buletin, penulisan iklan jualan, penulisan novel dewasa, penulisan novel kanak-kanak, penulisan minit mesyuarat, penulisan surat rasmi, penulisan kertas dasar untuk agensi kerajaan, penulisan laporan tahunan, penulisan skrip drama dan penulisan autobiografi.
Satu demi satu organisasi memberikan kepercayaan dan memilih Akademi Penulis menjadi perunding pembangunan penulisan untuk organisasi mereka.
Sejak tahun 2009, Akademi Penulis sudah melatih lebih 200 kementerian, agensi kerajaan dan swasta termasuk institusi pengajian tinggi di Malaysia, Indonesia dan Brunei dengan jumlah peserta melebihi 5,000 orang. Akademi Penulis memperkasa para pesertanya daripada peringkat asas hinggalah peringkat advance dalam pelbagai bidang penulisan sama ada penulisan buku, penulisan artikel, penulisan teknikal dan penulisan web portal
Visi Kami
Akademi Penulis membangunkan modul-modul latihan dan pembangunan penulis yang berkualiti tinggi dan mengikut standar industri penerbitan Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kami percaya bahawa melahirkan kumpulan penulis yang dapat menyumbang kepada dunia ilmu adalah pemangkin kepada kemajuan negara dan kecemerlangan ketamadunan ummah. Akademi Penulis amat komited menyampaikan input terbaik dengan solusi terbaik pada masa tepat untuk memperoleh keputusan yang tepat.
Misi Kami
Menyediakan program pembangunan penulis berkualiti tinggi berstandard antarabangsa dengan pendekatan tempatan
Apakah Kelainan Akademi Penulis?
Setiap program anjuran kami disertakan dengan pakej lengkap yang komprehensif. Kami berusaha menyediakan yang terbaik buat anda. Memastikan anda akan mendapat input maksimum sebelum, semasa dan selepas program.
- Jurulatih dan fasilitator bertauliah.
- Sijil penyertaan.
- Manual kursus untuk para peserta.
- Perkhidmatan selepas program.
- Kepuasan dijamin seratus peratus.
- Khidmat pelanggan terbaik.
- Surat berita (newsletter) percuma.
Akademi Penulis membangunkan potensi peserta dan organisasi melalui:
- Mengenal pasti kehendak organisasi dan individu.
- Menukarkan pengalaman dan pengetahuan peserta menjadi maklumat yang lebih berpengaruh.
- Menunjukkan imej positif melalui hasil akhir peserta.
Konsep & Pendekatan Bengkel
Pihak Akademi Penulis menggunakan pendekatan, teknik dan konsep pengajaran & pembelajaran yang efektif dan efisien bagi memastikan para peserta mendapat impak maksima. Pihak Akademi Penulis menerapkan dua prinsip asas dalam bengkel iaitu:
- Belajar daripada pengalaman (experiental learning).
- Belajar dengan hati gembira (learn with fun).
Pendekatan dan teknik yang digunakan adalah:
- Pembentangan perunding.
- Aktiviti.
- Dinamika kumpulan, perbincangan dan persembahan.
- Penilaian diri pra dan pasca latihan.
- Pelan tindakan, pemantauan dan penilaian.
Program Dikendalikan
1. Bengkel Mengalihkan Tesis kepada Buku
Mendedahkan rahsia dan teknik memindahkan tesis kepada manuskrip yang sedia ada untuk diterbitkan. Program ini sesuai untuk individu yang mempunyai tesis di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan juga doktor falsafah. Buku-buku yang terhasil daripada transformasi tesis ini dapat memasuki pasaran umum dengan pakej persembahan penulisan terbaik.
2. Bengkel Penulisan Buku
Membongkar rahsia penulis buku bestseller tempatan dan antarabangsa serta anda juga diberitahu trend terkini dunia penulisan dan penerbitan buku. Di dalam program ini anda dapat menghasilkan karya berkualiti dan mesra pembaca menggunakan teknologi penulisan terkini dengan aplikasi kaedah berkesan KJ Metode.
3. Penulisan Dokumen Rasmi (Surat Rasmi, Nota, Memorandum, Minit Mesyuarat, Kertas Dasar dan Kertas Cadangan)
Program pembangunan penulisan berformat menjadi pilihan setiap organsasi sama ada agensi kerajaan atatupun swasta. Melalui bengkel ini anda akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, dan tip dalam penulisan bersesuaian dengan pekeliling kerajaan berkaitannya yang terkini.
4. Bengkel Penulisan Laporan Tahunan
Program yang mendedahkan rahsia dan teknik penghasilan sebuah laporan tahunan yang mencerminkan imej positif organisasi, yang menjadi alat penjenamaan berkuasa tinggi dengan kaedah penceritaan yang sedap dibaca oleh kumpulan sasar utama.
5. Bengkel Penulisan Buletin (Berita, Artikel dan Rencana)
Program yang membentuk pemahaman dan kemahiran penulisan majalah dan akhbar yang diamalkan oleh para pengamal media komersial dan non komersial dalam menguasai cara menulis gaya majalah dan akhbar nasional dengan menggunakan maklumat organisasi. Ia membantu organisasi untuk mereka konsep terbaik buletin bersesuaian dengan imej yang mahu dibawah oleh organisasi tersebut.
6. Bengkel Penulisan Jurnal
Anda akan mempelajari teknik menulis jurnal dan prosiding berimpak tinggi bagi memantapkan penulisan jurnal menggunakan kaedah yang ‘hands on’ berdasarkan amalan semasa.
7. Bengkel Penulisan Web Portal dan Fotografi
Program yang memberikan pendedahan cara enjin carian mencari maklumat dan artikel di internet dan membantu membentuk strategi terbaik untuk menulis artikel mesra enjin carian. Anda juga turut didedahkan kaedah menyusun sinergi kerja editor dan penulis serta belajar memahami gaya bahasa majalah dan akhbar mengikut standard industri.
8. Bengkel Penulisan Novel
Program yang memberikan strategi menghasilkan penulisan novel ataupun karya kreatif pertama anda yang akan dibaca orang ramai dengan menukarkan harta paling bernilai dalam diri anda menjadi harta yang membawa pulangan yang berkali ganda, dalam bentuk wang ringgit dan pastinya pahala serta menukarkan imaginasi dan pengalaman menjadi sebuah karya yang sedap dibaca dan diikuti ramai.
9. Bengkel Penulisan Iklan Jualan
Di dalam program ini anda akan didedahkan bagaimana cara untuk mengetahui apakah kaedah iklan jualan berpengaruh ke atas pelanggan. Anda juga diajar cara untuk menaikkan peratusan dihubungi pelanggan kesan daripada iklan jualan di internet serta tahu merancang, menyusun dan menggerakkan kempen iklan jualan di internet secara tersusun dan berstrategi.
10. Bengkel Strategi Penerbitan Buku
Program ini memberikan pengetahuan komprehensif mengenai amalan penerbitan yang diguna pakai dalam industri penerbitan Malaysia khususnya dan dunia amnya. Ia meliputi penubuhan organisasi penerbitan, sistem penerbitan, sistem produksi dan percetakan.
MUAT TURUN PROFIL AKADEMI PENULIS
Sijil dan Tauliah

Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Sijil Kementerian Kewangan Malaysia

Kod Bidang Sijil Kementerian Kewangan Malaysia
Galeri Program
Hubungi Kami
Pihak kami juga boleh dihubungi di:
Akademi Penulis Sdn. Bhd. (849277-U)
A division of FINE Academy
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Tel: (+6) 03 4149 2560 / 4131 4082
No. Faks: (+6) 03 4149 3560
Emel: akademipenulis@fineacademy.com.my

