Apakah Genre Buku Yang Bakal Bestseller Tahun Ini?

Rata-rata perbincangan di kalangan penerbit ketika ini apakah jangkaan bidang atau topik yang bakal menjadi bestseller tahun ini. Tahun-tahun sebelum ini, setiap tahun ada saja segmentasi yang menjadi bestseller. Namun begitu bagi tahun 2007, boleh dikatakan tidak ada satu bidang yang boleh dikatakan kuat dan hangat. Yang masih berterusan diterima dan dibeli oleh para pembaca adalah buku-buku agama dan motivasi. Itupun tidak terlalu hebat hingga mencecah puluh ribuan.

Bagi PTS Millennia Sdn Bhd 2007 adalah tahun Islam Kontemporari. Beberapa produk dalam genre itu seperti Quran Saintifik dan Fikah Harian menjadi bestseller. masing-masing terjual melebihi 15,000 naskhah dalam masa setahun. Satu pencapaian yang membanggakan. Kemudian buku Motivasi Alihan Pelajar menjadi buku motivasi paling cemerlang sepanjang tahun dengan rekod jualan melebihi 13,000 naskhah kurang daripada setahun. Buku-buku lain walaupun tidak sehebat itu, ada beberapa yang melebihi jangkaan. Satu pencapaian yang pada pandangan saya baik dan boleh dibanggakan.

Persoalannya apakah pula buku yang bakal jadi bestseller tahun ini? Apakah genrenya? Siapakah tokohnya? Ada khabar angin mengatakan tahun ini adalah tahun buku agama dan novel remaja. Mungkin betul mungkin salah.

Sepertimana kata Azizi Ali dalam pertemuan lalu

Kalau kita tahu mana yang boleh jadi bestseller, sudah lama kita jadi kaya

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>