Apakah Skrip Hidup Anda Dalam Bidang Penulisan?

Apabila saya bertanya kepada peserta-peserta bengkel penulisan yang saya kendalikan. Mengapakah Anda semua tidak menulis? Ramai yang memberikan seribu satu alasan hampir sama.

Antara alasan yang diberikan “Kami tidak ada pengalaman”, “Kami tidak ada bakat”, Kami tidak tahu bagaimana hendak menulis”, kami tidak itu, kami tidak ini.

Kesemua alasan dan jawapan sebegini sama sahaja sama ada pesertanya di kalangan remaja ataupun dewasa, di kalangan pelajar ataupun pensyarah, di kalangan pendidikan rendah hinggalah bertaraf profesor.

Apakah sebenarnya berlaku di sini? Adakah memang benar perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Jika kita telitikan satu persatu, alasan-alasan sebegini bukan hanya dalam berkisar persoalan penulisan sahaja. Apabila soalan yang sama ditanya mengenai mengapa tidak berniaga? Mengapa tidak menyanyi? Mengapa tidak menyertai amanah saham? Mengapa tidakĀ  itu dan ini. Alasan seakan-akan sama akan dikeluarkan. Benarkah? Cubalah mula bertanya kepada rakan-rakan terdekat.

Saya yakin dan percaya lebih daripada 70% jawapan adalah seperti di atas.

Mengapa begini jadinya? Ini semuanya bermula daripada diri sendiri. Apakah skrip hidup yang kita tulis dalam diri kita mengenai sesuatu perkara. Skrip itu skrip menarikkah, berjayakah ataupun gagalkah? Kesemuanya diterjemahkan kepada cara kita berfikir dan bertindak. Bagaimana hendak mengenali dan keluar daripada situasi sebegini? Kita akan bincangkan dalam artikel mendatang.

Comments

  1. says

    Saya berminat menulis. Sedang mencari lorong untuk menambah pendapatan sebagai pelajar.

    (pelajar fakulti penulisan skrip ASWARA)

  2. says

    Saya bersetuju dengan pandangan Fauzul. Pada pendapat saya, bakat menulis tak semestinya “gifted”. Bakat boleh dibentuk dengan latihan dan displin yang berterusan. Seorang pemuzik tidak semestinya cekap bermain gitar dengan hanya bergantung kepada bakat semulajadi semata-mata. Tetapi ia dibentuk dengan latihan dan kesungguhan. Tahukah kita bahawa gitaris terkemuka dunia menghabiskan masa berjam-jam setiap hari untuk mengasah kecekapan mereka? Jadi, tidak mustahil bagi kita untuk melatih diri menjadi seorang penulis. Yang pastinya, langkah yang jauh itu bermula daripada langkah pertama. Langkah pertama juga bermula dengan langkah bertatih…
    http://www.chitchatremaja.com

  3. sweet angle says

    sya adalah pelajar sinematografi
    di unimas…
    masalah sya ialah sya sllu xda idea tuk membuat citer
    di samping itu,penulisan skrip sya jg tidak begitu baik
    sya harap anda dpt membantu sya

  4. qaseh says

    berminat untuk menyertai bidang penulisan secara serius..tapi mgkn hanya utk sambilan shj..krn skrg saya masi std..in law course..

  5. says

    Salam,
    Sejak lepas sekolah saya tidak pernah menulis walau sepucuk surat sehingga berusia 36 tahun. Tetapi sehingga sekarang sudah 20 tahun saya menanggung keluarga dari hasil penulisan saya. Alhamdulillah.

    • says

      Tuan memang banyak pengalaman dan seorang yang istiqamah dalam penulisan. Saya amat berminat untuk duduk dan bersembang lama dengan Tuan. Jika ada kelapangan singgahlah kepada pejabat kami di Wangsa Melawati.

  6. snAruS says

    Salam tuan,
    Saya salah sorang student,
    saya berminat untuk berkarya..
    bagaimana langkah pertama untuk saya memulakannya..
    Tapi, saya tidak lah berbakat,
    hanya ingin mencuba..
    harap tuan dapat membantu..
    Terima kasih.

    • says

      Pada pandangan saya, saudara boleh mulakan dengan langkah seribu ataupun satu. Saya sarankan saudara hadiri mana-mana bengkel penulisan anjuran organisasi ataupun jurulatih berpengalaman. Akademi Penulis juga menganjurkan bengkel dan seminar berkaitan. Boleh mendaftar diri untuk tujuan itu

  7. one_26 says

    salam..
    sy nk tya;
    mcm mana caranya hendak menulis skrip?
    kkpd siape yg prlu sy hntr skrip sy skranya sdah siap@lengkap?
    apa bhan yg dperlukan untk membuat skrip?
    kemana prlu sy rjuk utk mndpat bhan isi-isi skrip sy?

  8. says

    Sesiapa berminat dengan bidang penulisan, mahu atau tidak kena banyak membaca. Di samping itu jangan ‘sayang’ duit untuk menyertai mana-mana ilmu penulisan.

  9. says

    Tuan Zayu, tahniah atas terbitan novel Tuan. Kami amat bersetuju dengan saranan Tuan.

    Tuan one_26, kami sarankan Tuan hadiri bengkel anjuran kami bagi mendapat maklumat lanjut mengenainya. Ataupun boleh langsung ke laman web jurulatih utama kami Tuan Fauzul Na’im bagi mendapatkan maklumat lanjut penerbitan buku. Laman web beliau http://www.fauzulnaim.com.my.

    Terima kasih.

  10. says

    Saya telah menghadiri Jana Wang Dgn Menulis pada Jun tahun lalu dan memang memasang azam (bukan angan2) untuk menulis buku. Kalau masih ingat, saya yg ‘makyong menunggu hari’ masa bengkel tu :-)
    Sampai sekarang, semangat saya tak pernah padam tau!Membara saja semangat ni. Cuma jgn terbakar hangus cukuplah ;-)
    Memang saya tidak mahu lagi memberikan alasan itu dan ini utk tidak menulis. Cuma saya mahu menjadi lebih fokus dalam menentukan tajuk & kandungan buku. Masalah yg sedang saya hadapi adalah terlalu banyak idea dan saya telahpun menyalin idea2 tersebut di dalam buku nota kecil dan dimasukkan ke dalam PC.Cuma saya tak tahu nak decide topik/ isu. Saya ingin menulis tentang self-development/enhancement dan sasaran saya adalah wanita.
    Walau saya memang sibuk (macam semua orang lain), almaklumlah, bekerja & travel selain dr t/jawab berumahtangga, namun saya tetap berazam utk melahirkan karya sulung saya. Skrip hidup saya di bidang penulisan memang berubah selepas pergi bengkel FauzulNaim hatta skrip hidup secara umum pun! Rasa macam pergi bengkel motivasi pun ada.
    Mudah2an Fauzul & team dapat membantu saya.

  11. NORAZIAH says

    Salam, saya berminat untuk menulis buku rujukan subjek Bahasa Melayu T.1 dan 4 kerana novel dan antologinya merupakan teks baru. Bagaimana saya dapat menyalurkan pengetahuan saya. Semoga ada syarikat penerbitan yang berminat. Saya juga berminat untuk menulis buku berdasarkan pengalaman.

  12. INA... says

    …SLM TUAN,SY MINAT SGT BDANG PENULISAN…SY ADA MENULIS 1 CERITA BERBNTUK SEBUAL NOVEL CNTA DN ANTR KE SYARIKAT ALAF 21 TP YG KCEWANYA LNGSUNG X ADA MKLUMBALAS DR KAKITGN SYARIKAT TRSEBUT,,,NMUN SY X KAN PTUS ASA,INI CITA2 SY..TLG BANTU SY D MANA BLH SY MNCUBA NSIB SY LG…YM SY sweet_sakura9889@yahoo.com

  13. e-da says

    saya seorang yg suka berangan dan menulis tapi saya belum mempunyai apa-apa pengalaman..apa yg saya pernah buat ialah mengarang cerpen dan novel pendek di sekolah dan sewaktu exam…sekarang saya sedang cuba untuk mengeluarkan karya saya ke arah penulisan skrip..saya tertanya-tanya jika apa yg saya usahakan sudah siap,adakah orang sudi mengambil hasil karya saya,sedangkan saya tidak berpengalaman dan masih muda..hurm?

  14. ina says

    salam,
    saya meminati bidang berkaitan dengan buku dan penulisan.saya juga suka menghasilkan karya sastera seperti pantun ,cerpen.esei dan novel.cuma ia menjadi koleksi peribadi saya.saya berhasrat untuk berkongsi pandangan,pendapat dan cerita berkaitan dengan buku dan penulisan dengan orang yang turut meminati bidang ini.adakah di sini laman yang sesuai.hubungi saya di emel k.

  15. says

    Saya suka menulis sebagai hobi. Saya mesti menulis tiap-tiap malam sebelum tidur di bawah bintang-bintang, yang hanya 5 kaki dari tilam saya. Saya abadikan semua karya-karya di dalam blog. Sesiapa yang nak idea utk tulis skrip, amik je k ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>