Penampilan Diri Berkarisma

marca-personal-mk-personal-branding-personal

PENAMPILAN DIRI adalah salah satu aspek yang penting dalam membentuk penilaian peribadi seseorang individu dengan berkesan. Ia bukan sahaja memberi satu gambaran yang positif terhadap nilai diri yang ada pada seseorang tetapi juga mampu mempengaruhi prestasi kecemerlangan individu itu sendiri.

Ada juga yang beranggapan bahawa penilaian diri seseorang dilihat pertama kali dari pemanpilannya. Istilah ini menarik kerana ianya memberi gambaran bahawa penampilan seseorang begitu unik jika dilihat secara lebih mendalam dan konsepnya dapat difahami dengan lebih meluas. Gambaran diri pada istilah tersebut juga dapat dileraikan sebagai penjelasan dari segi karakter diri seseorang, meliputi sikap dan juga pandangan seseorang dalam menempuh segala situasi dan keadaan sekeliling dalam kehidupan. Hal tersebut juga dapat membina satu ikatan yang kukuh antara penampilan dengan karakter diri sangat kuat membina impak positif dalam mewujudkan hubungan yang bertoleransi sesama komuniti dalam persekitaran.

Kekemasan diri adalah sangat penting dalam membina ukhwah. Ini bukan bermakna seseorang perlu membeli pakaian yang mahal dengan jenama yang terkenal atau menghias diri dengan solekan yang melampaui tetapi cukuplah sekadar memberi keselesaan pada diri sendiri dan juga kepada mereka yang melihat. Pakaian yang comot dan keadaan keadaan diri yang tidak terurus menjadikan seseorang tidak bersemangat dan tidak dipedulikan masyarakat. Penampilan yang kemas dan bergaya memberi tanggapan yang berbeza pada mata masyarakat dan ini menonjolkan prestasi, disiplin dan sikap yang positif pada tanggapan pertama. Bagi individu yang bekerjaya, hal ini amatlah penting dalam menarik dan membina hubungan yang berkesan antara pelanggan.

Kejayaan dalam apa jua bidang tidak akan dapat dicapai jika penampilan diri tidak ditonjolkan dengan lebih menyerlah..  Dengan erti kata lain, penampilan diri kita ialah anggapan kita terhadap diri kita sendiri.  Ianya menentukan apa yang boleh kita capai berdasarkan pengalaman yang pernah seseorang lalui. Penampilan diri akan mempengaruhi dan menentukan bagaimana kita mentafsirkan reaksi orang lain terhadap diri kita yang menghadirkan impak positif.

Tiada sesiapa pun dan tiada satu keadaan dimuka bumi ini yang dapat menghalang kita daripada memperbaiki imej diri.  Keinginan kita yang tinggi akan selaras dengan setinggi mana kepercayaan dan kesediaan untuk menerima secara jujur perubahan positif yang ingin di bentuk ke dalam diri kita.

Beberapa perkara yang penting yang perlu dititikberatkan dalam membina penampilan diri iaitu:

  • Potongan rambut

Potongan rambut yang bersesuai dengan sesuatu situasi, kemas dan menarik. Bagi kaum adam digalakkan berambut pendek dan tersisir rapi.

  • Pilihan warna dan corak

Pilihan warna yang sesuai pada tempat dan masa. Selain itu, pilihan warna juga tidak boleh melebihi empat warna dalam satu masa.

  • Jenis pakaian

Sentiasa dalam keadaan rapi dan digosok.

  • Aksesori

Jam tangan dan rantai (bagi wanita) serta minyak wangi.

  • Jenama

Bukan perkara utama yang penting kemas dan bersih.

  • Gaya

Cara berjalan, bercakap ketawa dan mimik muka seseorang yang mengambarkan perilakunya.

Tip Membina Keyakinan Diri

yakin
Menurut McClement Mike,penulis buku “Self-ConfidenceBrilliant Self Confidence: How to Challenge Your Fears and Go for Anything You Want in Life”  menerangkan bahawa apabila kita ingin membuat sesuatu, kita perlu mengingat kembali apa kejayaan yang telah kita capai pada masa lampau. Persekitaran amat mempengaruhi diri kita dalam membentuk keyakinan diri dalam diri kita. Lihat sahaja semasa diri kita sewaktu kecil, kita bebas sahaja untuk melakukan sesuatu kerana tiada sesuatu yang menghalang diri kita. Tetapi, selepas seseorang itu menempuh alam dewasa akan berfikir mengenai 1000 perkara apabila ingin membuat sesuatu keputusan.. Menurut beliau lagi, tanda seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri ialah seseorang itu tidak berani untuk mempertahankan yang benar ataupun menegur perkara yang salah.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan keyakinan diri dalam diri individu iaitu :

  • Berpakaian menarik dapat mengubah cara anda membawa diri serta berinteraksi dengan orang lain. Tidak perlu membeli pakaian mahal kerana yang penting ialah bagaimana anda memadankan pakaian dengan tudung, aksesori, kasut dan beg tudung supaya kelihatan menarik.
  • Postur badan yang baik memberi gambaran kepada orang lain bahawa kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  • Cari kelebihan diri dengan menyenaraikannya dan membuat satu karangan mengenainya. Bacakan karangan ini di depan cermin setiap kali anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri.
  • Bersyukur atas apa yang dimiliki seperti perkahwinan, keluarga, pekerjaan yang baik, kejayaan lampau dan juga kemahiran.
  • Ringankan mulut dengan pujian membuat orang dipuji berasa senang hati tetapi boleh menjadi pembuka kepada perbualan.
  • Duduk di barisan hadapan akan meningkatkan keyakinan diri. Belajarlah duduk di barisan depan bagi mengatasi ‘ketakutan’ yang tidak rasional itu.
  • Ambil peluang bercakap atau memberi pandangan walaupun sekali. Ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk bercakap di depan orang ramai dan lebih yakin dengan pandangan anda.
  • Bersenam banyak memberi kesan ke atas keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan seimbang biasanya lebih yakin dengan diri sendiri.
  • Senyuman yang terukir memberi kesan positif secara langsung kepada diri sendiri. Ia akan membuatkan kita berasa gembira dan tenang. Malah senyuman juga boleh melindungi keresahan hati dan ia boleh membuatkan anda tampak lebih yakin.

BULETIN LATIHAN BIL. 1/2014 : EDISI KOMUNIKASI Sedia untuk Dimuat Turun

Pihak FINE Academy dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran BULETIN LATIHAN : Rujukan Utama Unit Sumber Manusia dan Latihan Organisasi Cemerlang. Buletin diterbitkan bagi berkongsi ilmu secara bertulis bagi memperkasa organisasi dan kakitangannya. Ia diterbitkan dalam dua versi digital dan bercetak. Mana-mana organisasi yang berminat untuk memperoleh secara berkala buletin ini boleh emelkan permohonan di info@fineacademy.com.my ataupun hubungi 0162605506. Ia boleh juga dibaca secara atas talian di bawah.

BULETIN LATIHAN BIL. 1 : 2014 Edisi Komunikasi Berkesan by buletinlatihan

Bakat Penulisan Buku Kakitangan MOT Diperkasa Akademi Penulis

19 Disember 2013, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya– Kakitangan di Kementerian Pengangkutan Malaysia menganjurkan Bengkel Sehari Bersama Penulis Bestseller. Bengkel ini diadakan bagi mencungkil dan memperkasakan lagi bakat yang sedia ada pada diri setiap peserta dalam bidang penulisan buku, sekaligus mampu menjadi seorang penulis buku di masa hadapan.

Seramai 50 orang kakitangan menghadiri bengkel ini. Mereka diberikan pendedahan secara umum dalam bidang penulisan buku, majalah, buletin, laporan tahunan dan juga blog. Dalam bengkel tersebut rata-rata peserta yang hadir tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi seorang penulis pada mulanya. Malah ada di antara mereka yang takut untuk menghasilkan buku karya sendiri. Namun apabila menghadiri sesi ini, pandangan dan persepsi mereka berubah.

Para peserta khusyuk mendengar setiap perincian ilmu yang disampaikan

Para peserta khusyuk mendengar setiap perincian ilmu yang disampaikan

Antara halangan-halangan yang dinyatakan oleh para peserta adalah mereka:

  • Tiada idea untuk menulis
  • Tidak tahu teknik-teknik menulis
  • Laras penggunaan bahasa dan tatabahasa.
  • Tidak tahu mencari bahan rujukan.
  • Cara penulisan yang berkesan yang mempengaruhi pembaca.
  • Tiada ruang masa untuk menulis.
  • Had umur untuk menulis.
  • Tidak tahu kos penulisan.

Jurulatih Seorang Penulis Bestseller

Jurulatih yang mengendalikan bengkel ini ialah Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis dan juga seorang penulis terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Malaysia. Beliau sudah menghasilkan pelbagai jurul buku bestseller yang hingga kini masih diulang cetak, antaranya Tips Menjadi Penulis Buku Bestseller , 77 Tip Memahami Bahasa Cinta Lelaki, Urus Bisnes dengan Google dan banyak lagi. Selain itu beliau juga aktif dalam menghasilkan buku-buku motivasi yang diterbitkan melalui penerbit terkenal PTS Media Group. Ilmu pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang meluas membolehkan Tuan Zamri menyuntik semangat dan keyakinan para peserta untuk berani menulis . Ini sekaligus mewujudkan harta intelek yang mampu menjana pendapatan aktif berterusan hingga ke akhir hayat.

Jurulatih Kursus, Tuan Zamri Mohamad

Jurulatih Kursus, Tuan Zamri Mohamad

Antara modul yang dijalankan adalah para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan karya sendiri dalam masa 20 minit. Mereka memulakan dengan menghasilkan tajuk halaman buku dan gambaran kasar buku yang ingin dihasilkan. Ini untuk  menjana idea melalui kreativiti masing-masing. Selepas itu, mereka ‘menjual buku’ karya ciptaan mereka pada semua peserta. Setiap peserta akan membeli buku yang dihasilkan dengan wang kertas yang bernilai RM20. Ini bertujuan memberi pengalaman pertama kepada peserta untuk menghasilkan penulisan buku sendiri.

Peserta rancak membeli karya penulisan rakan sekerja

Peserta rancak membeli karya penulisan rakan sekerja

Semoga dengan program ini para peserta tampil berani untuk menulis dan meluahkan ilmu yang ada dalam diri untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Organisasi yang berminat untuk mengadakan kursus serupa, boleh terus menghubungi FINE Academy di talian (+6) 016 2605 506 ataupun (+6) 03 4149 2560 ataupun emel ke info@fineacademy.com.my.

Kursus High Impact Presentation di Kolej Komuniti Kuantan Ditunda

Alhamdulillah sudah berada di lobi Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, Terengganu. Pagi tadi berlepas dari Terminal Tambang Murah Kuala Lumpur menaiki pesawat Air Asia jam 7.22 pagi, dihantar ke sana oleh isteri tercinta. Kapal terbang sepatutnya berlepas lebih awal iaitu pada jam 7.00 pagi. Ia ditangguh sementara kerana didapati bilangan penumpang berada di dalam kapal terbang tidak sama dengan jumlah penumpang yang mendaftar masuk. Mereka terpaksa membuat kiraan semula dan Alhamdulillah selepas 20 minit tertunda, kapal terbang dapat berlepas.

Ini adalah minggu ketiga berturut-turut saya mengendalikan kursus, sejak mengendalikan Kursus TEAM SUPER Re-CHARGE! di Pulau Langkawi untuk Perbadanan Putrajaya hinggalah ke hari ini. Besok akan mengendalikan kursus KOMUNIKATOR SUPER untuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu di sini. Alhamdulillah sibuk yang baik :).

Minggu lepas berlaku satu lagi sejarah menarik dalam hidup saya sebagai seorang jurulatih dan inspirator. Alhamdulillah FINE Academy diberikan kepercayaan untuk mengendalikan kursus HIGH IMPACT PRESENTATION untuk kumpulan pensyarah dan pengarah Kolej Komuniti bagi tujuan kenaikan pangkat ataupun lebih dikenali sebagai kursus CPCM (Career Path Competency Matrix). Saya bersama pasukan saya disertai Tuan Zamri Mohamad, Cik Farah Lina dan beberapa fasilitator menjelajah 3 Kolej Komuniti untuk mengendalikan kursus sama buat 3 kumpulan. Kumpulan pertama di Kolej Komuniti Jasin, kedua di Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan ketiga di Kolej Komuniti Kuantan.

Alhamdulillah kami sudah selesai sepenuhnya untuk dua kursus awal iaitu untuk Kolej Komuniti Jasin, Melaka dan Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu. Transformasi pesertanya amat mengagumkan. Daripada hari pertama bermula kelas hinggalah ke hari akhir ketika proses penilaian dilakukan, boleh dikatakan 80 ke 90 peratus menunjukkan perubahan 360 darjah. Perubahan daripada segi keyakinan diri, kaedah berhadapan dengan audiens dan juga presentasi slaid mereka. Pihak kami amat gembira dengan perubahan yang berlaku pada mereka.

High Impact Presentation JPKK

High Impact Presentation JPKK

Namun apabila bermula sahaja kursus di Kolej Komuniti Kuantan, berlaku bencana banjir besar di Pahang. Kawasan Kolej Komuniti Kuantan air naik mendadak selepas hujan tanpa henti sejak 2 hari, pada mulanya sudah kelihatan bibit air dalam perjalanan dari homestay di mana kami menginap ke tempat kursus. Pada ketika itu dalam hati sudah terdetik ‘banjir’. Apabila memulakan kursus jam 8.30 pagi, kami terpaksa menghentikan sesi pada jam 10.00 pagi kerana diumumkan supaya kereta para peserta perlu dialihkan akibat kenaikan paras air di hadapan bangunan Kolej Komuniti Kuantan. Kemudian kursus diteruskan sehingga jam 12.20 tengah hari dan sekali lagi ditangguhkan selepas pengumuman bahawa air naik dengan cepat dan diminta kesemua kereta dialihkan ke kawasan yang lebih tinggi.

Banjir di Kolej Komuniti Kuantan

Banjir di Kolej Komuniti Kuantan

Pada ketika itu hati saya sudah mula berkata-kata, rasanya ada sesuatu yang akan berlaku. Pada ketika wakil penganjur datang bertemu dengan saya. Beliau baru sahaja dihubungi oleh wakil Jabatan Pengajian Kolej Komuniti meminta saya membuat pertimbangan sama ada kursus ini dapat diteruskan ataupun tidak. Suatu keputusan penting yang perlu saya lakukan. Jika diteruskan kemungkinan peserta terperangkap dalam banjir dan sukar keluar daripada kawasan, jika tidak perlu ditunda ke tarikh lain. Kasihan kepada para peserta yang datang dari Perak, Selangor dan kawasan luar Kuantan. Pada ketika itu saya berbincang dengan para peserta termasuk salah seorang daripadanya Ketua Jabatan di Kolej Komuniti Kuantan, Tuan Yusof. Kami sebulat suara bersetuju untuk  menunda kursus kerana merasakan situasi sebegini berbahaya untuk kesemua peserta. Kebarangkalian tidak dapat keluar dari Kuantan ada kerana berita terbaru bandar Kuantan sudah ditenggelami air pada ketika itu.

Teringat peristiwa serupa sebelum ini pada ketika saya mengendalikan kursus di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah di mana pihak kami terpaksa menunda satu hari kursus daripada tiga hari ke bulan lain. Ini berlaku selepas air di kawasan Jitra dinaiki air dan banyak jalan keluar terputus. Air di kawasan Kolej Komuniti Bandar Darulaman sudah naik hingga ke paras betis. Pada ketika itu kami membuat keputusan untuk menunda satu hari ke tarikh lain.

Selepas memaklumkan keputusan penundaan kursus kepada pihak Jabatan Pembangunan Kolej Komuniti, para peserta yang sudah dimaklumkan mengenainya mula beransur meninggalkan bangunan. Saya bersama dua orang fasilitor terpaksa menunggu sebentar untuk air surut sedikit bagi membolehkan kereta Innova yang dipandu isteri dapat memasuki kawasan. Alhamdulillah selepas menunggu kurang lebih 4 jam, air surut sedikit kami dapat keluar daripada kawasan. Cabaran kedua adalah untuk keluar dari Kuantan. Kami mendapat makluman berita melalui radio bahawa beberapa jalan keluar dari Kuantan sudah ditenggelami air. Jalan daripada Bandar Indera Mahkota, tempat kami menginap ke Lebuhraya Pantai Timur juga ditenggelami air. Saya membuat keputusan untuk mengirimkan dua fasilitator menaiki bas malamnya, manakala rombongan kedua yang terdiri daripada saya dan ahli keluarga keluar dengan kereta saya besok pagi. Pada malamnya letrik ditutup TNB kerana ada beberapa pencawang letrik sudah ditenggelami air, bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku ia terpaksa ditutup.

Paginya, kami keluar jam 7 pagi. Namun tidak keluar kerana jalan di hadapan Kolej Shahputra ditutup akibat air sungai bergerak deras. Kami singgah tomakninah bersarapan pagi di sebuah restoran berdekatan untuk mengisi perut. Alhamdulillah selepas bertanya dengan beberapa individu di restoran yang penuh dengan orang senasib dengan kami. Mereka mencadangkan kami keluar ke LPT melalui jalan Jabor, itupun jika jalan ke sana tidak tutup. Dengan tawakal kami melalui jalan dicadangkan dengan jayanya dan kami berjaya keluar dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

Satu lagi rombongan FINE Academy yang masih berada di Kuala Terengganu menghadapi situasi sama. Mereka berada di sana kerana perlu menyelesaikan sesi penilaian hari terakhir HIGH IMPACT PRESENTATION di Kolej Komuniti Kuala Terengganu sebelum menyertai saya di Kolej Komuniti Kuantan selepas itu, Mereka sukar untuk keluar dari Kuala Terengganu kerana jalan terdekat ke Kuala Lumpur kebanyakannya sudah dinaiki air. Mereka terpaksa bermalam satu malam lagi sebelum dapat keluar melalui Gua Musang dan turun ke Kuala Lumpur melalui Cameron Highlands. Alhamdulillah semua sudah selamat tiba di Kuala Lumpur dan pulang bertemu keluarga.

Saya sepatutnya dari Kuantan terus ke Kuala Terengganu untuk kursus besok, terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dan menaiki kapal terbang ke Kuala Terengganu hari ini.

Bersangka Baik dengan Allah

Sebuah hadis dari Jabir bin Abdillah ra  berkata beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata tiga hari sebelum wafat

“Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.”

Hadis Riwayat Muslim

Sejak saya pulang ke Kuala Lumpur, setiap jam ada sahaja kemaskini melalui facebook, radio, televisyen dan akhbar online mengenai situasi banjir di Pahang, Terengganu dan Johor. Hingga di dalam parlimen juga dibangkitkan isu cadangan mengisyhtiharkan darurat di Kuantan kerana situasi genting ini. Walaupun cadangan itu tidak diterima atas sebab tertentu, namun bencana alam ini tidak dapat ditahan oleh manusia. Ia adalah ketentuan dan di bawah kuasa Allah. Tidak ada yang lain dapat menahannya kerana Allah sahaja yang dapat mengawalnya. Manusia boleh berusaha dan terus berusaha.

Apabila sesuatu bencana sebegini berlaku, selalu timbul di minda saya apakah sebabnya ia berlaku? Adakah ia disebabkan oleh tingkah laku manusia? Adakah ia memang situasi alam menghampiri kiamat? Adakah ia balasan yang ditimpa Allah atas alpa manusia? Apapun perkara yang kita fikirkan, hanya Allah sahaja yang tahu apa sebab ia berlaku.

Kita sebagai manusia perlu melihat perspektif positifnya walau ada yang suka melihat sisi negatifnya. Buat saya, situasi saya terpaksa menunda kursus ke tarikh lain adalah hikmah yang tersirat. Kos untuk datang semula ke Kuantan, membawa kembali rombongan jurulatih, menyewa tambahan malam di homestay ataupun hotel, tanggungan kos melepas yang perlu di’serap’ akibat penundaan, pulang ke Kuala Lumpur dan terpaksa menaiki kapal terbang untuk datang semula ke Kuala Terenggany adalah amat tinggi pada mata pandang seorang usahawan. Namun ia suatu situasi perlu dihadapi sebagai ujian atau kurnia kepada manusia yang mengatakan ia beriman kepada Maha Kuasa.

Apabila kita melihat pada mata pandang hikmah, kita akan menemuinya. Jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang. Antara hikmah yang saya peroleh adalah ruang untuk melakukan perkara tertangguh yang saya tinggalkan selama berada di luar kawasan sejak 3 minggu. Kerja ‘atas meja’ di pejabat dapat diselesaikan dengan efektif dengan 2 hari lapang akibat tiada kursus. Di tambah dengan itu saya dapat meluang masa atas threadmill yang terpaksa ‘keseorangan’ kerana tuannya tidak ada masa untuk berlari atasnya. Saya juga dapat merehatkan badan sementara menunggu kursus hari esok. Juga ada ruang untuk menulis blog saya yang sudah semakin usang ini :). Banyak lagi hikmah yang saya akan temui di masa hadapan, hanya masa dan waktu yang menentukan saya menemuinya ataupun tidak.

Saya noktahkan sebentar tinta ini, mahu membuka slaid KOMUNIKATOR SUPER untuk kursus esok bila. Doakan saya ada ruang kekosongan untuk kembali di sini 🙂

TULISAN OLEH: FAUZUL NA’IM ISHAK, JURULATIH UTAMA FINE ACADEMY

Para Peserta JPKK Didedahkan Kaedah High Impact Presentation

3 Disember 2013 – FINE Training Academy telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebuah kursus berkaitan dengan kemahiran membentang (presentation skill) anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus yang berjudul High Impact Presentation itu diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2013 bertempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kursus di Kuala Terengganu ini adalah untuk kumpulan kedua di bawah kursus Career Path Competencies Matrix (CPCM). Sebelum ini FINE Academy mengendalikan kursus serupa di Kolej Komuniti Jasin, Melaka.Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti seluruh Malaysia menyertai program ini. Program ini dikendalikan sendiri oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak bersama Tuan Zamri Mohamad.

IMAG1883

Sesi hari pertama bersama dengan Tuan Fauzul Na’im Ishak

Bengkel ini mendedahkan kepada para pensyarah Kolej Komuniti mengenai kaedah pembentangan yang berwibawa dan berimpak tinggi. Kaedah yang diperkenalkan adalah berdasarkan kajian dan praktis yang dijalankan oleh jurulatih profesional FINE Training Academy. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pembentang, Peserta, Pembentangan dan Penilaian.

Pada hari pertama para peserta didedahkan bagaimana untuk membuat persediaan minda sebagai seorang pembentang. Ia berkaitan dengan persepsi dan tanggapan para pembentang mengenai pembentangan yang akan bakal dilakukan. Tuan Fauzul Na’im Ishak menerangkan mengenai 7 RUKUN PEMBENTANG SUPER dan bagaimana untuk mengaplikasikan rukun-rukun tesebut ke dalam pembentangan. Beliau juga berkongsi kaedah bagaimana meletakkan diri seorang pembentang dalam SITUASI PEMBENTANG SUPER dan juga meletakkan diri peserta dalam SITUASI PESERTA (learning state).

Kaedah COACH: pemantapan .inda seorang Pembentang

Kaedah COACH: pemantapan .inda seorang Pembentang

Kemudiannya para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk melaksanakan tugasan pembentangan yang akan dipantau secara individu oleh Tuan Fauzul, Tuan Amir dan Tuan Zamri. Dalam bahagian ini peserta didedahkan dengan cara bagaimana untuk menwujudkan hubungan baik dengan peserta bagi mengurangkan penentangan. Para peserta juga didedahkan bahasa badan untuk pembentang yang efektif.

Tuan Zamri menerangkan kaedah membentang menggunakan flip chart

Tuan Zamri menerangkan kaedah membentang menggunakan flip chart

Pada sesi seterusnya Tuan Zamri memberikan input mengenai gaya SLIDEOLOGY dalam power point dan flip chart. Ini adalah kaedah yang diamalkan oleh para pembentang hebat dunia sepertimana Steve Jobs dan Al-Gore.Tuan Zamri juga mendedahkan kaedah pembentangan menggunakan power point dan flip chart. Pada hari akhir, setiap peserta dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan para jurulatih dilantik bagi tujuan audit prestasi.

Para peserta menghadapi 'worst case scenario'

Para peserta menghadapi ‘worst case scenario’

Pihak FINE Training Academy mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia atas kepercayaan yang diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Diviyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Training Academy di talian (+6) 03 4149560.

Pembentangan untuk sesi penilaian

Pembentangan untuk sesi penilaian

Peserta seterusnya

Peserta seterusnya

High Impact Presentation CPCM JPKK Bermula di Kolej Komuniti Jasin

28 November 2013 –Jabatan Pembangunan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan kepercayaan kepada FINE Academy untuk mengendalikan 3 siri kursus High Impact Presentation: Seni Membentang Gaya Pembentang Super. Kursus ini diadakan di Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kuantan.

Sesi dimulakan dengan aktiviti 'pemanas badan'

Sesi dimulakan dengan aktiviti ‘pemanas badan’

Kursus siri pertama yang bertempat Kolej Komuniti Jasin di Melaka dihadiri 32 orang peserta yang terdiri daripada pengarah dan pensyarah Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kursus siri pertama ini diadakan daripada 26 hingga 28 November 2013 yang dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad dan Cik Faralina Abdul Rahim.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada warga Kolej Komuniti Jasin mengenai kaedah pembentangan berwibawa. Di Kaedah yang diperkenalkan adalah berdasarkan kajian dan praktis yang dijalan oleh jurulatih profesional FINE Academy. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pembentang, Peserta, Pembentangan dan Penilaian. Di samping itu juga kursus ini diadakan di bawah siri kursus CPCM Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Salah satu aktiviti yang berjalan dalam kursus High Impact Presentation

Salah satu aktiviti yang berjalan dalam kursus High Impact Presentation

Pada bahagian Pembentang, para peserta didedahkan kaedah untuk membuat persediaan minda para pembentang. Ia berkaitan persepsi dan tanggapan para pembentang mengenai pembentangan yang bakal dilakukan. Suntikan rasa membentang gaya Neurolinguistic Programming (NLP) diberikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak. Beliau menerangkan 7 RUKUN PEMBENTANG SUPER dan bagaimana mengaplikasikan rukun-rukun ini ke dalam pembentangan. Beliau juga berkongsi kaedah bagaimana meletakkan diri seorang pembentang dalam SITUASI PEMBENTANG SUPER dan juga meletakkan diri peserta dalam SITUASI PESERTA SUPER. Ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam dewan pembentangan.

Seterusnya para peserta didedahkan bagaimana kaedah mewujudkan hubungan baik dengan peserta bagi mengurangkan penentangan. Berdasarkan kajian NLP, penentangan peserta wujud disebabkan kurangnya hubungan baik pembentang dengan pesertanya. Para peserta didedahkan mengenai modul komunikasi efektif untuk pembentang. Tuan Fauzul berkongsi kaedah mengenali gaya pembelajaran peserta melalui bahasa badan peserta. Seterusnya, peserta diminta untuk melakukan pembentangan seterusnya iaitu mengekalkan eye-contact dengan peserta lain di dalam kumpulan, Mereka dikehendaki untuk berdiri tegak selama 5 minit tanpa sebarang pergerakan dan haruslah mengekalkan eye-contact dengan peserta lain didalam kumpulan masing-masing.

Pada sesi seterusnya, Cik Faralina Abdul Rahim berkongsi kaedah berpakaian seorang pembentang super. Peserta belajar kaedah untuk menyesuaikan penggunaan warna pada pakaian. Peserta dikongsikan kaedah berpakaian ketika menghadiri majlis formal. Cara berpakaian ini akan membantu para peserta untuk kelihatan lebih proresional dan segak dalam berpakaian. Selain itu, jurulatih turut berkongsi cara untuk memilih pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan dan fizikal mereka.

Sesi pembentangan oleh Cik Farah Lina mengenai kaedah berpakaian yang profesional

Sesi pembentangan oleh Cik Farah Lina mengenai kaedah berpakaian yang profesional

Pada bahagian ketiga iaitu Pembentangan, Tuan Zamri memberikan input mengenai kaedah menghasilkan pembentangan menggunakan power point gaya SLIDEOLOGY. Ini adalah kaedah yang diamalkan oleh para pembentang hebat dunia sepertimana Steve Jobs dan Al-Gore. Tuan Zamri juga mendedahkan kaedah pembentangan menggunakan flip chart. Peserta juga didedahkan cara untuk menyediakan slide dengan menggunakan rukun 3F iaitu, FUN, FAST and FRESH.

Seterusnya diadakan sesi Penilaian Pembentangan dilakukan kepada semua peserta. Sesi pembentangan berlangsung selama 9 minit seorang termasuk dengan sesi soal jawab bersama peserta. Selepas pembentangan dibuat, para jurulatih yang menjadi penilai memberikan pandangan dan kritikan membina kepada pembentangan ini.

Salah seorang peserta membentangkan input untuk tujuan penilaian akhir

Salah seorang peserta membentangkan input untuk tujuan penilaian akhir

Kursus ini telah mendapat maklumbalas yang positif semua peserta. Kursus ini telah membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat pembentangan.

Menambahkan Keyakinan dalam Membuat Pembentangan yang Berimpak Tinggi

5

Bahan yang disampaikan adalah bertepatan dengan tajuk. Dapat memperkemas serta menambahkan keyakinan dalam membuat pembentangan yang berimpak tinggi.  Tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada FINE Training Academy.

by Md Kasim bin Jaafar from Kolej Komuniti Jelebu
Md Kasim bin Jaafar, Pengarah Kolej Komuniti Jelebu

Syabas dalam Memberi Input yang Fun, Fast dan Fresh

4

Tambah lagi nilai contoh dalam ABM. Penekanan masa amat baik kerana on time dan padat. Syabas dalam memberi input yang fun, fast dan fresh.

by Radzuan Othman from Kolej Komuniti Batu Pahat
Radzuan Othman, Pengarah Kolej Komuniti Batu Pahat

Objektif yang Dirangka Sangat Jelas dan Sesuai kepada Semua

5

Objektif yang dirangka sangat jelas dan sesuai kepada semua. Jurulatih yang sesuai dengan bidang yang dipilih.

by Zaidi Othman from Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Zaidi Othman, Pegawai Khas JPKK.

Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atas kepercayaan diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Divisyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605 506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Academy di talian (+6) 03 4149 560.

UTEM Menyerlahkan Keterampilan Diri Setiausaha Super

17 November 2013, Hotel Quayside, Melaka – Seramai 40 orang kakitangan Univiersiti Teknikal Malaysia Melaka menyertai Program Tampil Bergaya :Serlahkan Kredibiliti Tingkatkan Reputasi anjuran FINE Training Academy Sdn Bhd. Kursus selama 2 hari ini dikendalikan oleh Cik Farah Lina Rahim, jurulatih dalam bidang penampilan diri. Kursus memberikan input terkini kaedah penampilan diri dan pengurusan imej.

Antara yang dikongsikan adalah mengenai pakej diri yang perlu ada dalam diri seseorang itu bagi menunjukkan ciri-ciri individu berpenampilan diri profesional. Imej individu ini membina persepsi positif terutama dalam berurusan dengan orang lain terutamanya para pelanggan, rakan sekerja juga pengurusan atasan.

IMAG1085

Kursus ini menerapkan elemen A (Appearance), B (Behavior) dan C (Communication). Ketiga-tiga elemen ini penting dalam membentuk sebuah imej yang berketerampilan. Para peserta juga didedahkan dengan kaedah komunikasi berkesan untuk memperbaiki cara mereka berhubung sesama individu di dalam dan di luar organisasi. Mereka juga memahami kaedah menganalisis imej diri dan apa yang perlu untuk ditambahbaik pada diri mereka.

Kursus ini mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan daripada para peserta. Suasana program ini dihidupkan lagi dengan pelbagai soalan menarik diajukan kepada Cik Farah Lina yang memeriahkan lagi suasana semasa program dijalankan.

Pihak FINE Training Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UTEM di atas kepercayaan yang diberikan. Kepada organisasi yang berminat untuk menganjurkan program serupa di tempat Tuan dan Puan, boleh terus hubungi pejabat di 0341492560 ataupun emel ke info@fineacademy.com.my ataupun guna borang online yang disertakan pada laman web ini.

KEMAS Johor Membangunkan Pasukan Dinamik dan Efektif Di Pagoh

18 November 2013 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Johor adalah sebuah  proaktif dalam menganjurkan program yang dapat meningkatkan kualiti kerja para kakitangannya. Kursus TEAM SUPER Re-CHARGE! yang diadakan di Kem PLKN adalah salah satu daripadanya. Antara objektif utama kursus ini adalah untuk membentuk kumpulan kakitangan yang dinamik dan efektif dan dapat bekerja secara berpasukan bagi merealisasikan visi dan misi organisasi.

Seramai 40 orang kakitangan terbabit dalam kursus team building ini. Mereka dilatih dengan melakukan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor  yang dapat membangkitkan semangat setiakawan dan kerjasama yang tinggi di kalangan mereka. FINE Academy diberi kepercayaan untuk mengendalikan program  ini. Kursus selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh jurulatih utama, Tuan Fauzul Na’im Ishak bersama kumpulan fasilitatornya.

DSC02745

2013-11-20 10.35.59

Program ini terbahagi kepada 30 peratus indoor dan 70 peratus outdoor. Kursus ini direka bentuk dengan menggabungkan elemen motivasi, pembentukan kumpulan setiakawan, gerak kerja berpasukan dan latihan berbentuk fizikal.

DSC02743
Antara aktiviti-aktiviti berkumpulan yang peserta perlu tempuhi adalah survival enviro hunt, night walk, malam persembahan dan lakonan, jungle tracking dan pelbagai lagi. Kesemua aktiviti dan modul yang direka adalah untuk memantapkan lagi kualiti diri peserta terutamanya ketika bekerjasama di dalam sesebuah kumpulan. Selain daripada membina jati diri, potensi diri, semangat berpasukan dan membentuk pasukan yang dinamik, program ini juga direka bagi mengurangkan tekanan di tempat kerja di samping memberi keseronokan dan pengalaman baharu kepada peserta dan turut dapat mengeratkan silaturrahim di antara mereka.

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk mengadakan kursus serupa boleh terus menghubungi Cik Noranita, 0162605506 ataupun 0341492560.

Bahagian Pinjaman Perumahan Menganjur Kursus Pengurusan Stress di Bukit Tinggi, Pahang

13 November 2013- Fine Training Academy mengendalikan Kursus Pengurusan Stress : Mengurus Ketenangan Hati anjuran Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia. Kursus diadakan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ILPKT), Bukit Tinggi Pahang. Seramai 40 orang kakitangan sokongan Bahagian Pinjaman Perumahan berkampung di sana daripada 13 hingga 15 November 2013. Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih utama FINE Academy, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Sesi mengenal deria dominan dalam diri

Sesi mengenal deria dominan dalam diri

Urus ketenangan hati adalah bengkel mengurus stress secara efektif. Mengurus stress adalah suatu kemahiran yang penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Jika ia tidak diuruskan dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh dan akan memudaratkan kesihatan. Produktiviti akan menurun dan kehidupan rumah tangga akan terganggu. Antara perkara yang dikongsikan oleh jurulatih dalam kursus ini adalah teknik relaksasi (relaxation technique) mudah dan praktikal malah menyeronokan yang dapat diamalkan di pejabat atau di rumah.

Selain daripada itu para peserta didedahkan mengenai KUASA MINDA dan bagaimana menggunakannya dalam menangani tekanan setiap hari. Perkara yang paling menjentik minda adalah apabila jurulatih menyatakan bahawa STRESS ADALAH PILIHAN. Kita boleh memilih untuk stress dan tidak stress. Seringkali individu menyatakan pelbagai masalah berkaitan stress. Antaranya adalah disebabkan kerja banyak, jalan raya sesak, anak menangis malam dan pelbagai lagi alasan. Namun ada individu yang tidak stress apabila kerja banyak malah beliau seronok apabila perkara ini berlaku. Malahan apabila tidak ada kerja beliau jadi stress pula. Maka ini membuktikan pernyataan di atas.

Sesi Teknik Relaksasi di ruangan terbuka menyegarkan minda

Sesi Teknik Relaksasi di ruangan terbuka menyegarkan minda

Jurulatih memperkenalkan satu kaedah pengurusan stress yang diperkenalkan oleh seorang pakar perubatan daripada India, Dr. Madan Kataria. Kaedah ini dinamakan sebagai TERAPI KETAWA. Terapi Ketawa diamalkan di lebih daripada 30 buah negara seluruh dunia dan dimanfaatkan lebih 30,000 orang seluruh dunia. Pelbagai gerakan Terapi Ketawa diperkenalkan dan maklum balas mengenainya amat menggalakkan.

Terapi Ketawa menggunakan keupayaan fizikal dan mental peserta. Memang menyeronokkan

Terapi Ketawa menggunakan keupayaan fizikal dan mental peserta. Memang menyeronokkan

Saya merasa yakin terhadap diri dan takkan lagi memberikan peluang kepada stress hadir dalam diri. Lebih mengenali diri serta menghargai diri
– Rozanah binti Majin, PT (P/O) N17

Saya suka apabila penceramah dapat menjelaskan dengan terperinci mengenai teknik-teknik untuk menjadi manusia yang tenang dan bahagia. Saya dapat menimba banyak ilmu dan merasa diri semakin tenang, bahagia dan perasaan keyakinan diri makin mendalam
– Norleen binti Sama’ amin, PA W27

Saya dapat mempelajari teknik-teknik khusus untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam diri saya dan saya juga dapat mempelajari TERAPI KETAWA
– Mohd Hafidza bin Ahmad, PA W17

Para peserta daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia mengabadikan memori bersama jurulatih, Tuan Fauzul Na'im

Para peserta daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia mengabadikan memori bersama jurulatih, Tuan Fauzul Na’im

Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia atas kepercayaan diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Divisyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605 506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Academy di talian (+6) 03 4149 560.