Bahagian Pinjaman Perumahan Menganjur Kursus Pengurusan Stress di Bukit Tinggi, Pahang

13 November 2013- Fine Training Academy mengendalikan Kursus Pengurusan Stress : Mengurus Ketenangan Hati anjuran Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia. Kursus diadakan di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (ILPKT), Bukit Tinggi Pahang. Seramai 40 orang kakitangan sokongan Bahagian Pinjaman Perumahan berkampung di sana daripada 13 hingga 15 November 2013. Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih utama FINE Academy, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Sesi mengenal deria dominan dalam diri

Sesi mengenal deria dominan dalam diri

Urus ketenangan hati adalah bengkel mengurus stress secara efektif. Mengurus stress adalah suatu kemahiran yang penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Jika ia tidak diuruskan dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh dan akan memudaratkan kesihatan. Produktiviti akan menurun dan kehidupan rumah tangga akan terganggu. Antara perkara yang dikongsikan oleh jurulatih dalam kursus ini adalah teknik relaksasi (relaxation technique) mudah dan praktikal malah menyeronokan yang dapat diamalkan di pejabat atau di rumah.

Selain daripada itu para peserta didedahkan mengenai KUASA MINDA dan bagaimana menggunakannya dalam menangani tekanan setiap hari. Perkara yang paling menjentik minda adalah apabila jurulatih menyatakan bahawa STRESS ADALAH PILIHAN. Kita boleh memilih untuk stress dan tidak stress. Seringkali individu menyatakan pelbagai masalah berkaitan stress. Antaranya adalah disebabkan kerja banyak, jalan raya sesak, anak menangis malam dan pelbagai lagi alasan. Namun ada individu yang tidak stress apabila kerja banyak malah beliau seronok apabila perkara ini berlaku. Malahan apabila tidak ada kerja beliau jadi stress pula. Maka ini membuktikan pernyataan di atas.

Sesi Teknik Relaksasi di ruangan terbuka menyegarkan minda

Sesi Teknik Relaksasi di ruangan terbuka menyegarkan minda

Jurulatih memperkenalkan satu kaedah pengurusan stress yang diperkenalkan oleh seorang pakar perubatan daripada India, Dr. Madan Kataria. Kaedah ini dinamakan sebagai TERAPI KETAWA. Terapi Ketawa diamalkan di lebih daripada 30 buah negara seluruh dunia dan dimanfaatkan lebih 30,000 orang seluruh dunia. Pelbagai gerakan Terapi Ketawa diperkenalkan dan maklum balas mengenainya amat menggalakkan.

Terapi Ketawa menggunakan keupayaan fizikal dan mental peserta. Memang menyeronokkan

Terapi Ketawa menggunakan keupayaan fizikal dan mental peserta. Memang menyeronokkan

Saya merasa yakin terhadap diri dan takkan lagi memberikan peluang kepada stress hadir dalam diri. Lebih mengenali diri serta menghargai diri
- Rozanah binti Majin, PT (P/O) N17

Saya suka apabila penceramah dapat menjelaskan dengan terperinci mengenai teknik-teknik untuk menjadi manusia yang tenang dan bahagia. Saya dapat menimba banyak ilmu dan merasa diri semakin tenang, bahagia dan perasaan keyakinan diri makin mendalam
- Norleen binti Sama’ amin, PA W27

Saya dapat mempelajari teknik-teknik khusus untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam diri saya dan saya juga dapat mempelajari TERAPI KETAWA
- Mohd Hafidza bin Ahmad, PA W17

Para peserta daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia mengabadikan memori bersama jurulatih, Tuan Fauzul Na'im

Para peserta daripada Bahagian Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia mengabadikan memori bersama jurulatih, Tuan Fauzul Na’im

Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan Malaysia atas kepercayaan diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Divisyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605 506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Academy di talian (+6) 03 4149 560.

Comments

  1. Siti Norain Abd Rahman says

    Puan,

    Pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera berminat untuk menghantar peserta kursus Pinjaman Perumahan Agensi Kerajaan. Mohon hubungi saya di talian 03-21489777 / 019-3300720 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>