Bengkel Intensif Penulisan Buku Rujukan BPTV di MITC Ancasa Melaka Mencapai Sasaran

datoAlhamdulillah, 3 hari AkademiPenulis.Com berkampung di MITC Ancasa Melaka bersama-sama dengan para pegawai Bahagian Teknik & Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan para guru kanan sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Bengkel Intensif Penulisan Buku Rujukan BPTV ini adalah bagi menyiapkan penulisan dokumentasi sejarah mengenai pendidikan teknik dan vokasional.

Buku yang diberikan tajuk Citra Kecemerlangan ini dibuat dalam dua bahasa dengan dua versi. Ia ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan rancangan penghasilan dua versi buku, buku versi kulit biasa dan versi meja kopi (coffe table book) yang mewah. Buku ini adalah hasil ilham Yang Berbahagia Dato’ Yusoff Haron, Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional KPM. Perbincangan mengenai program penghasilan buku ini bermula pada bulan Januari 2009 dengan sasaran menghasilkan buku sebelum 1 April 2009.

Satu plan bersepadu dicadangkan oleh syarikat induk AkademiPenulis.Com, Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dan dibentangkan kepada pihak pengurusan BPTV bagi merealisasikan impian ini. Ia meliputi 3 fasa iaitu :

  • Fasa 1 : Latihan dan pengumpulan bahan
  • Fasa 2 : Penulisan dan pengeluaran draf
  • Fasa 3 : Suntingan dan percetakan

Kesemua ini dirancang dalam program pembangunan 3 bulan. Sekarang dua fasa sudah dijalankan dan bengkel penulisan ini adalah salah satu program di bawah fasa kedua. Alhamdulillah selepas 4 hari 3 malam, pihak pasukan penulisan berjaya menghasilkan draf 1. Satu gerak kerja yang dirancang dengan cukup teliti dengan sokongan penuh BPTV.

zamriikramPasukan penulisan terdiri daripada para pegawai BPTV, pengetua dan guru cemerlang sekolah menengah teknik seluruh Malaysia. Gabungan 32 orang tenaga dengan dibantu oleh dua orang fasilitator berpengalaman yang juga perunding kanan AkademiPenulis.Com menjadikan projek berjaya mencapai tahap ini. En. Zamri Mohamad dan En. Muhammad Ikram Wazir dibawa khas oleh AkademiPenulis.Com dan diketuai oleh perunding utama, En. Fauzul Na’im Ishak.

Draf 1 setebal 300 halaman berjaya dihasilkan dan sudah memasuki fasa pemurnian yang dilakukan oleh para perunding kanan terlibat. Pihak FNSB amat optimis ia akan berjaya mencapai sasarannya. Tahniah kepada para penulis dan doakan kejayaan kita bersama. Terima kasih atas kerjasama semua.

no images were found

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>