Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku UTHM Hari 1 & 2

Akademi Penulis berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selama 4 hari (10 hingga 13 Mei 2010) bagi mengendalikan Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini adalah dianjurkan oleh Pejabat Penerbit UTHM. Alhamdulillah pihak Akademi Penulis sudah kali ketiga dijemput oleh mereka bagi mengendalikan bengkel sebegini. Sebelum ini pihak Akademi Penulis dijemput mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah yang diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor (2009) dan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai,Pontian, Johor (2009).

Tuan Fauzul Memulakan Sesi Ceramah Beliau

Pada kali ini Akademi Penulis diwakili oleh jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak dengan diiringi Timbalan Pengurus Akademi Penulis, Saudara Qahhar Mohd Noor. Bengkel ini disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik. Hasrat utama pihak Penerbi UTHM untuk memberikan pendedahan kepada mereka ini berkenaan dunia sebenar penerbitan dan penulisan buku di Malaysia. Di samping itu juga, bengkel ini adalah ruang mencungkil bakat penulisan daripada kakitangan bagi menyumbang kepada penerbitan buku di Penerbit UTHM.

Para peserta memperkenalkan diri

Hari pertama berlangsung dengan lancar. Tuan Fauzul memulakan dengan memberi penerangan mengenai asam garam dunia penerbitan buku. Mitos-mitosnya, sebab-sebab seorang pengarang tidak berkarya, tip-tip penulis bestseller dan akhir sekali mengenai hak cipta.

Peserta, Tuan Zulfadhli membentangkan 'Penemuan Dalam Diri' beliau

Hari kedua bermula dengan sesi penerangan mengenai anatomi buku. Kemudian para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk menulis proposal penulisan kumpulan. Pada sesi petangnya, semua kumpulan perlu membentangkan proposal penulisan buku mereka dan dikomen oleh para peserta lain bersama dengan jurulatih. Seterusnya mereka diminta untuk menulis proposal buku mereka sendiri dan menghantarkannya kepada pihak jurulatih untuk tujuan penilaian.

Perbincangan dalam kumpulan

Comments

  1. Zulfadli Jusoh says

    Terima Kasih banyak2 kepada Tuan Fauzul atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Sepanjang hidup saya, HADIR bengkel ini memberikan saya fokus 200% dan KEPUASAN yang belum pernah dirasai.. Azam dan impian saya dengan bimbingan Trainers yang sangat berinformasi dan sangat tinggi keserakanannya, mudah2an akan membuahkan hasil yang baik dengan izin Allah.. Terima Kasih juga kepada Penerbit UTHM dan rakan2

  2. Syidah says

    En Fauzul saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan terima kasih di atas ilmu yang diberikan semasa bengkel tempohari. Telah lama terfikir utk mengikuti kursus penulisan dan alhamdulillah dengan izin Nya dapat mengikutinya…Thanks sekali lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *