Bengkel Penulis Super Penuh Warna Warni

Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller yang berlangsung daripada 29 hingga 31 Januari 2010 di Hotel Vistana Kuala Lumpur berakhir dengan jayanya. Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pada perancangan asal pihak Akademi Penulis mensasarkan penyertaan 30 orang peserta sahaja. Namun atas permintaan yang amat menggalakkan in ia dinaikkan kepada 40 orang.

Para peserta Bengkel Penulis Super 29 hingga 31 Januari 2010

Dalam tempoh 45 hari pembukaan pendaftaran, seramai 75 orang individu yang mendaftarkan diri. Namun disebabkan sebab-sebab teknikal, 36 orang menyatakan hasrat untuk menarik diri dan ingin mengikuti bengkel ini di waktu lain. Satu orang menarik diri di saat-saat akhir atas sebab tidak dapat dielakkan menjadikan peserta yang hadir adalah 38 orang.

Para peserta pada kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada daripada penjawat awam berkedudukan tinggi di kementerian, doktor dan pakar perubatan, pensyarah universiti, jurutera, perunding latihan dan motivasi serta pesara. Ini menjadikannya penuh warna warni.

Antara peserta wanita bergambar dengan Tuan Fauzul Na'im

Sebanyak 38 proposal penulisan berjaya dihasilkan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Proposal-proposal ini akan diberikan khidmat perundingan khas oleh pihak Akademi Penulis dalam beberapa sesi klinik penulisan akan datang.

Pihak Akademi Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Terima kasih juga kepada semua. InsyaAllah, Bengkel Penulis 2 akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.

no images were found

Comments

  1. umiadzlin says

    Seribu bintang untuk bengkel seribu langkah penulis super!
    Misi tuan sudah berakhir
    Misi kami baru bermula:)
    Langkah ke seribu satu ialah saya dah buka ‘master folder’ dan Gmail.
    Salam penulisan!

  2. says

    Tahniah Puan Umi, teruskan usaha. Kami menunggu kehadiran karya pertama Puan. Langkah kami juga masih belum berakhir. Lebih jauh lagi perjuangan kami bagi melahirkan para penulis yang dapat menghasilkan karya berkualiti dan mempelbagaikan bahan bacaan untuk memandaikan bangsa.

    Mari kita sama-sama usahakannya.

  3. says

    Saya ucapkan terima kasih kepada guru-guru saya yang telah mencurahkan begitu banyak sekali pengetahuan dan maklumat dalam bidang penulisan. Tak lupa juga kepada sahabat seperjuangan. Doakanlah kami dapat mengamalkan apa yang telah dipelajari.

    Buah cempedak di luar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Kami ni ‘budak’ baru belajar
    Kalau salah tolong ajarkan

  4. says

    Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya petikan ini,

    “Sebanyak 38 proposal penulisan berjaya dihasilkan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Proposal-proposal ini akan diberikan khidmat perundingan khas oleh pihak Akademi Penulis dalam beberapa sesi klinik penulisan akan datang.”

    Justeru itu, ingin ambo mengungkapkan rasa hati,

    “Berapa tinggi pucuk pisang,
    Tinggi lagi asap api,
    Berapa tinggi gunung tahan,
    Tinggi lagi hajat dihati (untuk hadir sesi klinik penulisan)

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray hard,work smart & creative”

    Assalamdualaikum

  5. shamsul says

    Meskipun tak pernah dengar ttg KJ Method, tp apa yg saya lakukan masa tulis tesis, sama dgn KJ Method!. Saya ada byk bahan yg sedia untuk ditulis. Satu2nya kekangan ialah kejahilan saya ttg dunia penerbitan. Stlh bengkel tempohari, segala kekangan utk menulis sudah tiada.Terima kasih pihak penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *