Bengkel Penulisan Berita & Rencana IAB Berakhir Dengan Jayanya

Alhamdulillah, hari ini pihak Akademi Penulis berjaya menyelesaikan satu lagi misi penting iaitu melatih kumpulan individu mengenali penulisan berita dan rencana. Selama 3 hari kami mengendalikan Bengkel Penulisan Berita & Rencana anjuran Institut Aminuddin Baki. Seramai 19 orang peserta dari kalangan para pensyarah IAB (kampus induk dan utara) dan para guru dilatih dengan ilmu-ilmu terbaru dunia penulisan berita dan rencana.

Bengkel kendalian En. Fauzul Na’im Ishak (mentor utama Akademi Penulis) dan En. Zamri Mohamad (mentor Akademi Penulis) memberikan input segar dan menarik kepada pesertanya. Konsep berita dan rencana, kenali pasaran, bedah siasat industri adalah antara input dalam modul kendalian mereka selama 3 hari ini. InsyaAllah semakin ramai penulis baru dilahirkan hasil penjelajahan penuh berilmu ini.

Terima kasih kepada Institut Aminuddin Baki atas ruang dan peluang yang diberikan kepada pihak Akademi Penulis bagi berkongsi ilmu kepada para peserta. Kepada peserta bengkel, teruskan iltizam dalam menghasilkan karya berkualiti untuk ummah. Terima kasih semua.

no images were found

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>