Bengkel Penulisan di Hotel Residence, UNITEN Sukses

Tempoh hari pihak Akademi Penulis dijemput oleh rakan trainer, syarikat e-Rehal Training & Services bagi mengendalikan bengkel penulisan di Hotel Residence, UNITEN, Bangi. Bengkel diadakan pada 7 hb. Mac 2009. Bengkel ini adalah atas inisiatif e-Rehal bagi mewujudkan lebih ramai penulis di samping menjana penulis khusus bagi penerbitan di bawah bumbung D’Reka Publications Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan baru.

Bengkel dihadiri oleh 32 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada guru, ada pensyarah, ada pengurus, ustaz dan ramai lagi. Bengkel bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 6 petang. Di bawah dikongsikan foto yang diambil sepanjang bengkel.

no images were found

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *