Bengkel Penulisan Ilmiah di CIAST Shah Alam dan Bengkel Penulisan Buletin di Port Dickson Berlangsung Serentak

Hari ini bermula 2 bengkel anjuran Akademi Penulis iaitu Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) yang berlangsung di Shah Alam dan Bengkel Penulisan Buletin anjuran CIDB di Port Dickson. Kedua-duanya berlangsung secara serentak di dua tempat berbeza.

Bengkel yang berlangsung di Shah Alam dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FN, Puan Nurulhilyati Abdul Halim. Manakala bengkel di Port Dickson dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis dengan diiringi saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Timbalan Pengurus Akademi Penulis.

Para peserta Bengkel Penulisan Ilmiah CIAST tengah khusyuk menulis 5 Langkah Penemuan Dalam Diri

Penganjuran serentak di dua organisasi kerajaan berbeza ini pada pandangan Akademi Penulis sebagai suatu kejayaan yang membanggakan dan menggambarkan Akademi Penulis sudah dipercayai sebagai antara penyedia program latihan penulisan terbaik di negara ini. Alhamdulillah. Kedua-dua bengkel ini diadakan daripada 1 hingga 3 Jun 2010. Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *