Bengkel Penulisan Novel Bersama Cik Salina Ibrahim Bermula Semalam Hingga 30 Mei 2010

Buat julung-julung kalinya Bengkel Penulisan Novel diadakan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Bengkel 3 hari 2 malam ini diadakan daripada 28 hingga 30 Mei 2010. Seramai 13 orang peserta daripada pelbagai latar belakang, ada pegawai kerajaan, pengurus agensi swasta dan ada mahasiswa.

Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Salina Ibrahim, seorang novelis terkenal dan banyak karya tulisan beliau pernah menduduki carta top 10 kedai buku terkenal Malaysia. Antara karya beliau yang menjadi bestseller adalah Mahligai dan Bukan Yang Pertama. Pelbagai rahsia menghasilkan novel bestseller didedahkan beliau dalam bengkel kali ini.

Yang lebih menarik adalah, modul ini tidak pernah dibentangkan di mana-mana bengkel kendalian beliau. InsyaAllah di masa akan datang bengkel seumpama ini akan dianjurkan secara berkala. Kepada yang berminat boleh mendapatkan makluman lanjut melalui laman web ini ataupun hubungi 0136288614 bercakap dengan saudara Qahhar ataupun 0341492560 bercakap dengan saudari Husni ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Comments

  1. Salma says

    saya ingin tanya….bila bengkel penulisan novel akan diadakan lagi?
    Saya ingin menyertainya. sekian

    • says

      Bengkel Penulisan Novel seterusnya pada 7 & 8 Ogos 2010. Yurannya juga diturunkan daripada RM1200 kepada RM650 sahaja. Bengkel dibuka kepada 30 peserta pertama sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>