Bengkel Penulisan Novel Yang Ceria dan Penuh Pengajaran

Alhamdulillah, Akademi Penulis selesai menganjurkan Bengkel Penulisan Novel bersama jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Vistana Kuala Lumpur adalah yang julung-julung kali diadakan pihak kami.

Pada mulanya seramai 44 orang peserta mendaftar diri, namun pada ‘waktu-waktu kecemasan’ berlaku penarikan diri beramai-ramai yang amat mengejutkan hingga tinggal 13 orang peserta sahaja. Inilah bengkel yang paling memberikan impak daripada segi emosi, masa dan tenaga keseluruhan karyawan Akademi Penulis.

Para peserta bengkel bergambar dengan jurulatih utama, Tuan Fauzul Na'im dan jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim

Pihak kami sudah mendapat beberapa maklum balas dan dapatan hasil daripada post mortem ringkas yang diadakan sebaik tamat bengkel ini. Namun begitu bengkel ini tetap dianggap berjaya di atas maklum balas yang diberikan oleh para peserta yang hadir.

Alhamdulillah selepas selesai bengkel, kita mendapat permintaan daripada ramai individu yang memohon agar diadakan sekali lagi bengkel ini. InsyaAllah pihak kami sudah merancang satu lagi bengkel seumpama ini pada bulan Ogos ini sebelum kita menghadapi Ramadan tahun ini yang dijangka sekitar 11 Ogos 2010.

Tahniah kepada semua yang terbabit dalam bengkel ini. Tahniah kepada para peserta yang hadir. Terima kasih atas keceriaan dan semangat yang dikongsikan bersama kami sepanjang bengkel ini berlangsung. Kami doakan cita-cita semua peserta yang hadir untuk menghasilkan novel pertama selewat-lewatnya tahun hadapan berjaya.

Comments

  1. Nooraini Khaironi says

    Assalamualaikum,
    Bengkel ini berjaya mengasah kembali kebolehan saya berimaginasi, lalu melakarkan di skrin putih komputer.
    Terima kasih Akademi Penulis dan Cik Salina. Wasalam

  2. Kamarzaman Mustafa says

    Tuan FauzuL.
    Saya merakamkan ‘ syukur alhamdulillah ‘ dan jazakumullah jaza’ kepada Tuan kerana atas semangat dan keikhlasan untuk meneruskan bengkel ini meskipun kerugian dan semangat serta keikhlasan itulah yg menaikkan semangat kami untuk terus menyokong akedemi ini dan berdoa akademi ini akan terus maju dengan melahirkan penulis yang hebat hebat dan insyaalah saya berharap tuan dapat mendoakan kami agar dapat merealisasikan impian kami ini menjadi seorang penulis novel diatas didikan yang diberi hasil dari bengkel ini insyaalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>