Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 1 Berjaya!

Alhamdulillah, Bengkel Praktikal Penulis Bestseller yang pertama berjaya diadakan dan dianjurkan. Ini adalah program kedua di bawah siri Penulis Super. Program pertama diadakan di Hotel Vistana di bawah nama Seminar Jana Wang dengan Menulis. Sebanyak 15 orang peserta daripada program pertama itu memilih untuk menyertai program kedua iaitu program advance di bawah siri ini.

Para peserta yang hadir diberikan input dan disertai dengan latihan praktikal. Input-input segar daripada para perunding latihan Akademi Penulis yang berpengalaman bertahun-tahun dalam industri penulisan dan penerbitan buku. Para perunding seperti Fauzul Na’im Ishak, En. Ahmad Naim Jaafar dan Zamri Mohamad adalah mereka yang sudah berjaya dalam industri ini. En. Fauzul memberikan worldview dunia penulisan, En. Ahmad Naim Jaafar khusus mengenai teknik menulis dan En. Zamri Mohamad khusus mengenai pemasaran karya cara non tradisional.

Semua peserta memberikan maklum balas yang amat baik. InsyaAllah dalam masa terdekat maklum balas mereka akan dinaikkan di sini. Di bawah kami sertakan koleksi gambar sepanjang program berlangsung. Pihak Akademi Penulis menjemput Tuan Puan yang berminat menyertai program Penulis Super 2. Seminar Jana Wang dengan Menulis 2 diadakan pada 20 Jun 2009 dan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 3 pada 18 & 19 Julai 2009. Boleh daftarkan diri di laman web rasmi program ini di www.janawangdenganmenulis.com.

no images were found

Comments

  1. says

    Saya juga berminat untuk menyertai bengkel ini. Insya-Allah jika ada kelapangan saya takkan lepaskan peluang untuk menimba ilmu di bengkel seperti ini.

  2. norehan says

    Salam semua,

    Saya sarankan agar semua di luar sana menyertai bengkel penulisan ini. Banyak maklumat yang kita dapat. Saya sudah pun menyertainya dan sangat berpuas hati. Berbaloi sungguh. Betul tak, En Fauzul?

  3. Md Ali Berahim says

    Tuan Fauzul, bengkel yang tuan kendalikan ini amat berguna bagi mereka yang ingin menjadi penulis. Walaupun saya ada cara tersendiri menulis buku, saya dapat banyak manfaat dari bengkel ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan dan rakan-rakan tuan di PTS yang sudi menerima manuskrip pertama saya dan yakin menerbitkan buku pertama saya. Insya Allah buku pertama saya “Sembuhkan Virus-virus Bisnes” akan berada di pasaran pada 1.12.2009 (Pembaca boleh melayari laman web PTS Publications untuk melihat kandungan buku seterusnya membeli buku secara online). Saya sekarang sedang menulis manuskrip untuk buku kedua saya mengenai kesetiaan pelanggan. Nota yang tuan berikan semasa bengkel yang mengandungi 7 modul saya rujuk berulangkali. Ada fatktor motivasi tersembunyi di setiap modul. Sekali lagi terima kasih Tuan Fauzul.

  4. maz says

    Salam. sebenarnya saya amat berminat dalam penulisan.kadang2 idea tu ada.tapi saya terlalu banyak kekangan masa dan bila hendak mula berkarya ada saja halangannya.selain drpd menyertai bengkel adakah cara lain yg mungkin boleh en fauzul kongsi dengan saya bagaimana hendak memulakan penulisan saya ini.

  5. says

    sya mnt sgt nak jd seorang pnulis tp mmndgkan sya masih lagi brgelar seorg mahasiswi,jadi mgkin x ckp bajet nak pgi program2 yg mahal2.ada tak ya program2 yg agak murah dan mampu utk sya join?

    mgkin under rm1000 ok sikit..

  6. says

    Asalamualaikum.
    En. Faizul, boleh tolong kirimkan maklumat lanjut berkaitan “Bengkel Penulis Super, Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Best Seller” yang akan diadakan pada 29-31 Jan. 2010. Contoh maklumat yang saya perlukan seperti kos, modul dan jadualnya untuk saya ajukan kepada pihak atasan bagi mendapat peruntukan pakej dan kebenaran daripada Bahagian Kewangan.

  7. Noraini Baharu says

    Saya setuju dengan imtiaz. Mungkin yuran tinggi kerana kos tempatnya. Kalau dapat tempat yang tidak menelan belanja yang tinggi mungkin yurannya dapat dikurangkan. Saya pernah hadir dalam bengkel yang diadakan di UPSI. Yurannya dalam ratusan sahaja dengan penginapan dan makan. Apa pendapat En Fauzul? Lagipun makanan kat hotel bukannya sedap sangat….
    Saya juga ingin tahu tentang penulisan skrip drama…pernah tak bengkel seumpama itu diadakan? Kalau dilihat drama di Tv..alahai, lemah betul skripnya.

  8. says

    Tuan Mohd Noor, Pohon berikan email dan pihak kami akan kirimkan maklumatnya.

    Bagi peserta di kalangan pelajar, pohon hubungi saudara Qahhar untk mendapatkan kadar pelajar.

    Pihak kami akan adakan program sehari penulisan buku. Ia diadakan di bilik latihan kami. Nantikan kemunculannya. Namun ia tidak selengkap Bengkel Penulis Super.

  9. UMMUFATEH says

    BENGKEL NI SAPE JE YANG BOLEH ATTEND. SAYA NI SURIRUMAH JE, TAPI SUKA MEMBACA, N CUBA HENDAK MENYAMPAIKAN ILMU MELALUI MENULIS JUGA. TAHAP ASAS JE SAYA NI, SESUAI KE MASUK BENGKEL NI.

    • says

      Bengkel ini boleh dihadiri oleh individu yang tiada asas sekalipun. Apa yang perlu puan ada adalah keinginan untuk menulis dan tindakan selepas berbengkel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *