Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Universiti Malaysia Pahang Berjaya!

Akademi Penulis baru selesai mengendalikan Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah di Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang. Bengkel sehari ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis.

Seramai 14 orang peserta yang kesemuanya daripada kalangan para pensyarah Pusat Bahasa Moden. Ada yang mengajar bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol, bahasa Jerman dan ada mengajar Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Para Peserta Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Universiti Malaysia Pahang

Para Peserta Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Universiti Malaysia Pahang

Semangat waja semua peserta amat memberikan semangat kepada pengendali bengkel dan pasukan Akademi Penulis. Kita amat mengharapkan kumpulan ini dapat menghasilkan buku mereka dengan jayanya.

Minggu hadapan pihak Akademi Penulis akan berkampung di Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor untuk mengendalikan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Kami kongsikan koleksi foto memori sepanjang sesi di Pusat Bahasa Moden Universiti Malaysia Pahang.

no images were found

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>