Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller Mengubah Persepsi Dunia Akademik

Apabila menyebut tesis, ramai berpandangan ia suatu bahan yang dianggap berat dan akademik. Ia ditulis dan digagas berdasarkan disiplin akademik yang cukup tinggi. Para sarjana menulisnya khusus bagi memperoleh pengiktirafan kepada kesarjanaan mereka. Selalunya ia ditulis mengikut kehendak para penilai. Sumber-sumber yang diambil untuk tujuan penulisannya kebanyakan daripada sumber primer, iaitu sumber hasil penyelidikan sendiri sarjana itu.

Persepsi sebegini menyebabkan kebanyakan tesis terhasil hanya menghiasi rak buku sarjana yang menulis dan rak di perpustakaan universiti. Apabila begitu hasil penyelidikan bertahun-tahun itu hanya ‘sia-sia’ dan tidak dapat memanfaatkan masyarakat sekitar. Atas inisiatif inilah Akademi Penulis melihat keperluan untuk mengubah persepsi itu. Penganjuran Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller yang julung-julung kali diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2010 tempoh hari memberikan persepsi baru dunia akademik.

Modul direka bentuk bagi membolehkan hasil penyelidikan dalam tesis tidak kira tesis sarjana muda, sarjana ataupun doktor falsafah diubahsuai menjadi buku umum yang mungkin bestseller. Bengkel 3 hari 2 malam ini mengumpulkan 5 orang sarjana daripada pelbagai latar belakang. Prof. Dr. Rugayah Hj. Tibek, profesor di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, profesor madya di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia, Tuan Zaki dan Puan Farah Deba dari Politeknik Port Dickson dan Tuan Zaki dari Yayasan Ilmuwan. Kesemuanya berbengkel, berdiskusi dan bertukar pandangan dalam mengubahsuai hasil tesis mereka ke dalam bentuk buku.

Para peserta bergambar dengan para jurulatih (tidak kelihatan dalam gambar Prof. Dr. Rugayah Hj. Tibek

Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Ikram Wazir, jurulatih kanan Akademi Penulis dengan dibantu oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis. Akademi Penulis berharap dengan wujudnya program sebegini ia dapat memberikan impak baru kepada dunia penulisan buku akademik. Membuka minda dan rasa bagi memastikan bahan-bahan penyelidikan berkualiti dapat dimanfaatkan kepada orang awam.

Bengkel serupa akan diadakan pada 16 hingga 17 Julai 2011. Kepada yang berminat boleh hubungi Akademi Penulis di talian (+6) 03 4149 2560 ataupun (+6) 012 962 8698 (atiqah) ataupun emailkan ke latihan@akademipenulis.com. Maklumat lanjut boleh ke ruangan Program Pembangunan Penulis di navigasi atas laman ini.

no images were found

Comments

  1. says

    Assalamualaikum warahmatullah,

    Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak di atas tunjuk ajar yang diberi. Fasilitator amat berpengalaman oleh itu saya telah memperolehi banyak pendedahan dan membuka minda ini akan suatu usaha murni. Sungguhpun ini suatu perkara yang baharu dan mencabar, namun saya akan cuba usahakan sebab sememangnya saya suka mencuba sesuatu yang baharu – jadi ni satu peluang yang amat baik…Berkenalan dengan peserta lain juga satu pengalaman yang menyeronokkan.

    Bilangan peserta sedikit membuat sesi perbincangan sangat informal dan santai serta mendapat perhatian sepenuhnya daripada fasilitator.Tempat sesuai dan selesa, hidangan pula sangat sedap…

    Terima kasih daun keladi…

    Wasalam…

  2. Siti Rugayah Hj. Tibek says

    Assalamualaikum,

    Terimakasih kepada Akademi penulis, fasiltator, atas perkongsian ilmu dan pengalaman… kursus ini memberi kesan dalam diri untuk terus berusaha memasyarakatkan tesis yang masih duduk terbelenggu, bertindan tindih tidak tahu bagaimana mahu menyusunya.. Rupanya lebih indah kalau disusun isinya menjadi buku daripada di susun di rak tetap berjilid keras sebagai tesis!

    Kepada rakan yang sama berkursus terima kasih atas perkenalan ilmu yang indah dan manis, salam persaudaraan mari kita sesama berusaha.. siapa siap dulu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *