Apakah Azam Kita Dalam Bidang Penulisan?

Hari ini adalah hari pertama di dalam kalendar hijrah 1429 H. Orang selalunya akan bercakap mengenai azam. Apakah azam kita dalam tahun baru. Itu yang selalu ditanya. Saya pula hendak bertanya, apakah azam Anda di dalam bidang penulisan?

Apakah buku yang Anda ingin tulis pada tahun ini? Apakah tajuknya? Berapakah buku dalam siri tersebut? Berapakah buku yang bakal ditulis dalam tahun ini?

Pada pandangan saya, sebagai seorang pengarang kita perlu ada sasaran tersendiri dalam bidang penulisan. Berapakah buku yang bakal diterbitkan dalam masa 10 tahun. Daripada itu kita boleh turunkan kepada tahun, bulan dan hari. Sasaran itu sebolehnya abadi dan realistik. Jika tidak kita akan berasa lelah apabila sasaran itu sesuatu yang sukar dicapai. Begitu juga apabila ia tidak abadi.

Apakah yang tidak abadi? Masa, tempat dan perkara adalah sesuatu yang tidak abadi. Sebagai contoh, saya pernah bertemu dengan seorang pengarang yang cukup prolifik. Sasaran utamanya adalah menulis jumlah buku yang melebihi jumlah buku tulisan ayahnya. Saya percaya sekarang beliau sudah mencapainya. Kemudian selepas itu apa? Sasaran sudah tercapai. Ini yang saya ingin kita fikirkan bersama.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>