Dahulu Akademi Penulis, Sekarang AKADEMI PENULIS SDN. BHD.

Alhamdulillah hari ini dengan sukacitanya saya mengumumka bahawa mulai hari ini Akademi Penulis bukan hanya sebuah akademi virtual, tetapi ia sudah dinaik taraf menjadi AKADEMI PENULIS SDN. BHD.. Berita yang cukup menggembirakan ini saya baru sahaja dapat petang tadi apabila dihubungi oleh setiausaha syarikat dan memberitahu pendaftaran ini sudah selesai.

Sejarah Akademi Penulis ini cukup panjang dan menarik. Dahulunya ia bermula daripada portal www.akademipenulis.com yang merupakan sebuah blog peribadi. Blog peribadi di mana saya mengongsikan segala pengalaman dan kisah di sekitar kehidupan saya sebagai seorang penerbit buku. Tip-tip terbaru dunia penulisan dan penerbitan, kisah penulis, kaedah pemasaran dan banyak lagi dikongsikan di sini.

sijilpendaftaranakademipenulisKemudian bermula akhir tahun lepas saya memutuskan bahawa AkademiPenulis.Com tidak boleh hanya tinggal sebagai sebuah portal. Ia perlu lebih berperanan dalam menghasilkan lebih ramai pengarang. Saya naik tarafkan ia daripada hanya sekadar blog menjadi ruang makluman dan perkongsian program penulisan anjuran B Pro Management & Training. B Pro Management & Training adalah sebuah syarikat persendirian yang menjalankan aktiviti latihan pengarang. Program pertama anjurannya adalah Bengkel Penulisan Buku Non Fiksyen di bawah dana pembangunan industri buku. Alhamdulillah sukses.

Kemudiannya ia mengorak langkah hingga mencetuskan penubuhan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB). Pada mulanya FNSB menjadi syarikat induk saya untuk mengendalikan keseluruhan aktiviti bisnes saya. Latihan pembangunan penulisan, perkhidmatan penerbitan dan pengedaran secara online. Akhirnya pada bulan Mac saya memutuskan untuk mewujudkan satu syarikat khusus untuk menjalan aktiviti latihan pembangunan penulis. Alhamdulilah akhirnya Akademi Penulis Sdn. Bhd. tertubuh juga akhirnya.

Ini merupakan langkah seribu selepas dalam beberapa bulan ini, Akademi Penulis yang virtual ini sudah menjalankan banyak program. Sekarang ia tidak virtual lagi, ia sudah rasmi akhirnya. Doakan kejayaan dan penerusan perjuangan AKADEMI PENULIS SDN. BHD. ini. Amiin.

Comments

  1. says

    SEJUTA TAHNIAH!

    Biarlah saya menjadi orang pertama merakamkan tahniah kerana kejayaan Akademi Penulis telah menjadi sebuah syarikat SDN BHD. Saya membaca setiap perkataan dan baris mesej anda. Saya dapat rasakan bagaimana tuan begitu bersyukur dan puas dengan pencapaian anda sekarang. Saya juga tumpang gembira dan berbangga.

    Saya berdoa agar AKADEMI PENULIS SDN BHD terus berkembang menuju kemuncak kegemilangan. Saya percaya, APSB boleh memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat yang berminat menulis. Lantas menjadi salah satu sumbangan tuan untuk memartabatkan BAHASA kita.

    Saya sedang memerhatikan ruang bagaimana kita boleh bekerjasama di dalam dunia penulisan.

    Saya telah memulakan usaha untuk mengumpulkan mereka yang berminat untuk menulis, terutama dalam subjek ICT. Dari pengamatan kami, terlalu sedikit bahan bacaan yang ada di dalam Bahasa Malaysia. Usaha kami di dorong oleh kepercayaan; Bahasa Malaysia juga boleh menjadi Bahasa Teknologi” Hasilnya, kami telah mula menulis subjek ICT dalam Bahasa Malaysia.

    Semoga kejayaan tuan-tuan menjadi pendorong kepada kami untuk mengorak langkah yang sama. Harapan kami di Mindasys; tuan-tuan sentiasa membuka pintu untuk melihat ruang kerjasama “menang-menang”

    Terima kasih..

  2. says

    Alhamdulillah dan terima kasih. Sama-samalah kita berjuang dalam arena ini. InsyaAllah pihak kami akan membantu sedaya upaya bagi mengharmonikan dunia penulisan dan penerbitan buku.

    Tahniah juga kepada Tuan. Ini satu perjuangan yang cukup besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>