Dua Jurulatih Kanan Menjadi Pembimbing Terapi Ketawa Bertauliah

21 Julai 2013- FINE Academy melangkah satu langkah ke hadapan apabila dua orang jurulatih kanan FINE Academy diiktiraf sebagai Pembimbing Terapi Ketawa Bertauliah daripada Dr. Madan Kataria School Of Laughter. Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih prinsipal dan Tuan Ikram Wazir, jurulatih kanan memperoleh tauliah dalam kursus Certified Yoga Laughter Leader yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan pada 20 dan 21 Julai 2013.

Sebelum ini FINE Academy seorang lagi jurulatih kanan, Tuan Iskandar Syah Ismail atau lebih dikenali sebagai Dr. Bubbles memperoleh tauliah yang sama di Johor Baharu. Sekarang FINE Academy mempunyai 3 jurulatih kanan yang mempunyai kepakaran mengenai Terapi Ketawa.

Tuan Fauzul memperoleh tauliah daripada master trainer Fung Lee Jean

Tuan Fauzul memperoleh tauliah daripada master trainer Fung Lee Jean

Tuan Ikram memperoleh tauliah daripada master trainer Fung Lee Jean

Tuan Ikram memperoleh tauliah daripada master trainer Fung Lee Jean

 

Apakah itu Terapi Ketawa

Terapi Ketawa diperkenalkan oleh seorang doktor perubatan, Dr. Madan Kataria selepas bertahun-tahun membuat kajian mengenai kesan ketawa kepada para psikologi pesakit. Hasil kajian beliau diterjemahkan ke dalam sebuah artikel jurnal bertajuk ‘Laughter – The Best Medicine’. Beliau mendapati banyak kajian menunjukkan kebaikan ketawa kepada minda dan tubuh badan manusia. Ia juga diberikan ulasan oleh Norman Cousins dalam buku karangan beliau “Anatomy of Illness”.

Aktiviti Terapi Ketawa di Taman Tasik Seremban

Aktiviti Terapi Ketawa di Taman Tasik Seremban

Antara latihan senaman Terapi Ketawa

Antara latihan senaman Terapi Ketawa

Terinspirasi dengan kajiannya, beliau memulakan kumpulan ketawa beliau di sebuah taman di Mumbai. Ia membesar daripada hanya 5 orang peserta hingga sekarang mempunyai pengikut di lebih daripada 65 buah negara termasuk Malaysia. Ia dikenali di seluruh dunia sebagai Yoga Ketawa. Ini kerana ia menggabungkan teknik pernafasan dengan senaman ketawa. Hasilnya menjadikan tubuh badan dapat menyerap masuk lebih banyak oksigen dan menyebabkan otak berasa lebih sihat dan bertenaga.

Dr. Madan Kataria, pengasas Terapi Ketawa

Dr. Madan Kataria, pengasas Terapi Ketawa

Konsep Terapi Ketawa

Konsep ini adalah berdasarkan fakta saintifik yang menunjukkan bahawa tubuh badan tidak dapat membezakan di antara ketawa yang dibuat-buat dengan ketawa yang sebenar. Ini disokong oleh salah satu anggapan Neurolinguistic Programming yang menyatakan bahawa tubuh badan dan minda mempunyai hubungan sistemik. Apabila terapi ketawa dilakukan, tubuh badan dan minda memperoleh kebaikan seumpama kesan ketawa yang sebenar.

Ketawa mengeluarkan aura positif dan sifat keanak-anakan dalam diri peserta

Ketawa mengeluarkan aura positif dan sifat keanak-anakan dalam diri peserta

Kajian saintifik menunjukkan bahawa seseorang individu perlu ketawa berterusan sekurang-kurangnya 10 minit untuk mendapat kesan positif terhadap kesihatan.  Seorang individu perlu ketawa dengan kuat dan secara mendalam daripada diafragmanya. Secara realitinya aktiviti ketawa yang kuat sukar diterima oleh masyarakat, inilah kelebihannya apabila aktiviti terapi ketawa ini dilakukan secara berkumpulan.

Terapi ketawa dapat mengurangkan stress dan meningkatkan antibodi. Ini menjadikan tubuh badan lebih kuat untuk melawan penyakit. Pelbagai penemuan yang menarik hasil pengalaman terapi ketawa.

Terapi Ketawa untuk Urus Ketenangan Hati

FINE Academy mengadaptasikan terapi ketawa di dalam kursus SENYUM SELALU: Urus Ketenangan Hati. Ia sudah diadakan di beberapa buah agensi antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Universiti Sains Malaysia Kampus Perubatan, Majlis Amanah Rakyat dan banyak lagi.

Tuan Iskandar Syah AKA Dr. Bubbles menggunakan Terapi Ketawa untuk menghiburkan anak-anak dengan penyakit kritikal dalam aktiviti klaun beliau

Tuan Iskandar Syah AKA Dr. Bubbles menggunakan Terapi Ketawa untuk menghiburkan anak-anak dengan penyakit kritikal dalam aktiviti klaun beliau

Tahniah diucapkan kepada Tuan Fauzul Na’im dan Tuan Ikram, juga tahniah kepadan Tuan Iskandar Syah sebagai antara pemula gerakan Terapi Ketawa di FINE Academy. Kepada mana-mana agensi berminat untuk menganjurkan kursus pengurusan stress dengan menggunakan Terapi Ketawa, boleh terus hubungi kami di talian (+6) 03 4149 2560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *