FINE Training Academy: Syarikat Perunding Latihan & Motivasi No. 1 Malaysia dalam Pembikinan

FINE ACADEMY di bawah pengurusan FINE Training Academy Sdn. Bhd. adalah nama baru dalam persada dunia perunding latihan dan motivasi di Malaysia. Ia sebenarnya sudah bertapak sejak tahun 2009 dengan nama Fauzul Na’im Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Pihak lembaga pengarah bersetuju dengan cadangan penjenamaan semula yang dibentangkan oleh pengarah urusannya Tuan Fauzul Na’im Ishak (sekarang jawatan pengarah urusan dinaiktaraf sebagai Presiden).

Logo FINE Training Academy

Penjenamaan semula ini meliputi:

a) Logo

b) Penstrukturan Anak Syarikat

c) Penstrukturan Divisyen

d) Pengenalan Produk Baru

Alhamdulillah selepas penjenamaan semula ini ia bergerak dengan pesat dan sudah mula diiktiraf oleh badan kerajaan dan swasta. Beberapa projek yang dikategorikan sebagai projek mega diperoleh dengan penjenamaan baru ini. Antaranya adalah pihak FINE Academy diberikan kepercayaan untuk mengendalikan program Re-Code DiSC! Transformasi Insan Super untuk seluruh kakitangan Kolej Poly-Tech MARA berjumlah 1,180 orang. Kolej Poly-Tech MARA atau singkatannya KPTM adalah sebuah kolej swasta milik MARA yang mempunyai 9 cawangan seluruh Malaysia. Program Re-Code DiSC! sudah masuk siri ke 6 dan ada 6 lagi yang akan diadakan.

InsyaAllah FINE Training Academy adalah sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi no. 1 dalam pembikinan.

Comments

  1. IkramShafiq says

    assalamualaikum.. sy Mohd Ikram Shafiq. ingin bertanya. kalau saya menjemput pihak Tuan\Puan untuk memberikan motivasi atau seminar kepada pelajar Kolej di tempat saya boleh tidak ? kerana saya merupakan pelajar tahun akhir dan perlu melakukan projek atau seminar kepada pelajar-pelajar kolej saya. Dengan itu, saya ingin bertanyakan terlebih dahulu adakah pihak Tuan\Puan bersetuju?

  2. mohamad firdaus says

    salam. boleh saya tahu konsultan ni bertapak dimana?? dan kalau saya ingin menyertai konsultan ini boleh ke dan apa syarat2 utk menyertai group ni..??

  3. siti hawa mohammad says

    Assalamualaikum dan selamat petang,

    Saya Siti Hawa daripada Hospital Kuala Lumpur ingin memohon sebut harga bagi Program Team Building yang melibatkan:

    1. Seramai 35 orang staff
    2. 1 hari penuh atau 2 hari satu malam
    3. Termasuk penginapan @ tidak termasuk penginapan
    4. Makan/Minum
    5. Fasilitator

    Nota: Tarikh dan tempat belum ditetapkan(Selepas Raya Puasa 2016).

    Kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.
    Terima kasih.

    Siti Hawa Mohammad
    Pegawai Sains Mikrobiologi Perubatan
    0192859164(WA/mesej/call)

  4. ayub says

    assalamualaikum tuan saya dri USAS kuale kangsar ingin bertanya jika saya nak jemput company ni buat program train of trainer kelab pelajar disini berpa kosnya dan apa benefit dari program tu? terima kasih

    • FINE Tribune says

      Pohon berikan maklumat nama, nombor telefon bimbit dan emel. Kami akan hubungi Tuan

  5. siti edah ramlee says

    sy ingin menjemput tuan utk motivasi kepimpinan sekolah sy ..minta berikan quatation utk kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *