Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku UTHM Hari 1 & 2

Akademi Penulis berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selama 4 hari (10 hingga 13 Mei 2010) bagi mengendalikan Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini adalah dianjurkan oleh Pejabat Penerbit UTHM. Alhamdulillah pihak Akademi Penulis sudah kali ketiga dijemput oleh mereka bagi mengendalikan bengkel sebegini. Sebelum ini pihak Akademi Penulis dijemput mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah yang diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor (2009) dan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai,Pontian, Johor (2009).

Tuan Fauzul Memulakan Sesi Ceramah Beliau

Pada kali ini Akademi Penulis diwakili oleh jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak dengan diiringi Timbalan Pengurus Akademi Penulis, Saudara Qahhar Mohd Noor. Bengkel ini disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik. Hasrat utama pihak Penerbi UTHM untuk memberikan pendedahan kepada mereka ini berkenaan dunia sebenar penerbitan dan penulisan buku di Malaysia. Di samping itu juga, bengkel ini adalah ruang mencungkil bakat penulisan daripada kakitangan bagi menyumbang kepada penerbitan buku di Penerbit UTHM.

Para peserta memperkenalkan diri

Hari pertama berlangsung dengan lancar. Tuan Fauzul memulakan dengan memberi penerangan mengenai asam garam dunia penerbitan buku. Mitos-mitosnya, sebab-sebab seorang pengarang tidak berkarya, tip-tip penulis bestseller dan akhir sekali mengenai hak cipta.

Peserta, Tuan Zulfadhli membentangkan 'Penemuan Dalam Diri' beliau

Hari kedua bermula dengan sesi penerangan mengenai anatomi buku. Kemudian para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk menulis proposal penulisan kumpulan. Pada sesi petangnya, semua kumpulan perlu membentangkan proposal penulisan buku mereka dan dikomen oleh para peserta lain bersama dengan jurulatih. Seterusnya mereka diminta untuk menulis proposal buku mereka sendiri dan menghantarkannya kepada pihak jurulatih untuk tujuan penilaian.

Perbincangan dalam kumpulan

Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 10 hingga 13 Mei 2010

Akademi Penulis Sdn. Bhd bekerjasama dengan Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi mengendalikan Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 10 hingga 13 Mei 2010
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat: Kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor

Bengkel 4 hari ini akan dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak. Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh diperoleh melalui Pejabat Penerbit UTHM.

Bengkel Penulisan Politeknik Johor Bahru Berjaya Dengan Cemerlang

Akademi Penulis berjaya menganjurkan Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah dengan kerjasama Politeknik Johor Bahru pada 6 Mac 2010. Ia dihadiri oleh 32 orang peserta daripada kalangan para pensyarah Politeknik Johor Bahru. Bengkel sehari ini dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak.

Para peserta Bengkel Sehari Penulisan Ilmiah Politeknik Johor Bahru bersama Tuan Fauzul

Buku Percuma Bagi 15 Peserta Pertama Mendaftar Diri Bengkel Penulisan Berita dan Rencana

Akademi Penulis akan mengadakan Bengkel Penulisan Berita dan Rencana pada 19 hingga 21 Mac 2010 di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Bengkel 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan oleh para pakar industri penulisan dan penerbitan buku Malaysia. Jurulatih terlibat adalah Tuan Zamri Mohamad, seorang penulis berita dan rencana terkenal. Artikel-artikel beliau sering menghiasi ruangan berita dan rencana di majalah-majalah dan akhbar-akhbar perdana Malaysia. Beliau akan mendedahkan rahsia bagaimana menghasilkan artikel berita dan rencana yang berpengaruh. Di samping itu beliau akan mendedahkan kaedah bagaimana beliau memasarkan artikel tersebut hingga berjaya diterbitkan oleh akhbar dan majalah perdana.

Selain daripada beliau, Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih kanan Akademi Penulis turut serta menyampaikan input motivasi penulisan beliau. Ini suatu bengkel yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh para individu yang ingin menjadikan ruangan penulisan berita dan rencana sebagai kerjaya sampingan ataupun tetap.

Buku ini percuma untuk 15 peserta pertama

Lebih menarik, pihak Akademi Penulis berbesar hati menawarkan hadiah istimewa percuma. Hadiah berupa buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas karangan Tuan Zamri Mohamad. Buku bestseller terbitan PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. pasti menjadi teman berharga bagi para penulis berita dan rencana nanti.

Jangan lepaskan peluang sekarang. Daftarkan diri di www.penulisanberitarencana.com ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com ataupun hubungi Tuan Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560. Bertindak sekarang. Pastikan satu tempat ditempah khusus untuk Anda.

Bengkel Penulis Super Penuh Warna Warni

Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller yang berlangsung daripada 29 hingga 31 Januari 2010 di Hotel Vistana Kuala Lumpur berakhir dengan jayanya. Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Pada perancangan asal pihak Akademi Penulis mensasarkan penyertaan 30 orang peserta sahaja. Namun atas permintaan yang amat menggalakkan in ia dinaikkan kepada 40 orang.

Para peserta Bengkel Penulis Super 29 hingga 31 Januari 2010

Dalam tempoh 45 hari pembukaan pendaftaran, seramai 75 orang individu yang mendaftarkan diri. Namun disebabkan sebab-sebab teknikal, 36 orang menyatakan hasrat untuk menarik diri dan ingin mengikuti bengkel ini di waktu lain. Satu orang menarik diri di saat-saat akhir atas sebab tidak dapat dielakkan menjadikan peserta yang hadir adalah 38 orang.

Para peserta pada kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada daripada penjawat awam berkedudukan tinggi di kementerian, doktor dan pakar perubatan, pensyarah universiti, jurutera, perunding latihan dan motivasi serta pesara. Ini menjadikannya penuh warna warni.

Antara peserta wanita bergambar dengan Tuan Fauzul Na'im

Sebanyak 38 proposal penulisan berjaya dihasilkan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Proposal-proposal ini akan diberikan khidmat perundingan khas oleh pihak Akademi Penulis dalam beberapa sesi klinik penulisan akan datang.

Pihak Akademi Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Terima kasih juga kepada semua. InsyaAllah, Bengkel Penulis 2 akan dilancarkan tidak berapa lama lagi.

no images were found

Tarikh Tutup Pendaftaran Bengkel Penulis Super Ditunda Ke 25 Januari 2010

Pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. amat berbesar hati untuk melanjutkan tarikh penutupan pendaftaran Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Penulis Buku Umum Bestseller ke 25 Januari 2010. Ini berdasarkan permintaan peserta yang memerlukan tempoh untuk membuat pembayaran pendahuluan. Ia mengambil kira tarikh penerimaan gaji peserta. Di samping itu juga pihak penyedia tempat Hotel Vistana Kuala Lumpur memberikan ruang kepada pihak Akademi Penulis untuk membuat tempahan akhir paling lewat 25 Januari 2010.

Tarikh asal tutup pendaftaran adalah 20 Januari 2010. Sehingga kini pendaftaran penyertaan sudah mencecah 53 orang. 35 orang yang sudah membuat pembayaran penuh dan separa, lebihan 18 orang lagi memohon masa untuk membuat pengesahan. Permintaan kali ini amat menggalakkan melebihi sasaran yang diletakkan iaitu 40 orang pendaftaran.

Alhamdulillah, pihak Akademi Penulis amat berbesar hati dengan sokongan daripada semua individu yang menyokong program ini. Pihak kami memberikan komitmen untuk memberikan yang terbaik untuk bengkel ini. Banyak tip dan rahsia yang belum pernah didedahkan bakal terbongkar di bengkel ini.

Kepada yang masih berminat untuk menyertainya, bertindak sekarang. Kami akan menerima maksima 50 orang sahaja dan ia berdasarkan siapa bayar dahulu. Masih ada masa, layari laman rasmi Bengkel Penulis Super di www.penulissuper.com ataupun hubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560. Bertindak sekarang untuk menempah tempat Anda sebelum terlambat.

Hadiah Istimewa Untuk 15 Peserta Pertama Mendaftar Diri Bengkel Penulis Super

Akademi Penulis Sdn. Bhd. dengan berbesar hati mengumumkan bahawa pihak Akademi menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan kepada para peserta Bengkel Penulis Super yang berlangsung daripada 29 hingga 31 Januari 2010 akan datang. Faedah dan bonus istimewa itu boleh dilayari di www.penulissuper.com.

Tidak cukup dengan itu, pihak Akademi Penulis akan memberikan hadiah istimewa khas untuk 15 peserta pertama mendaftar diri untuk Bengkel Penulis Super. Hadiah berupa buku tulisan jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Zamri Mohamad yang bertajuk Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Tip Menjadi Penulis Bestseller menunggu 15 peserta pertama

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi mereka yang terpilih ini. Layari laman web rasmi bengkel di www.penulissuper.com.

Bengkel Penulisan “Succes Story” IADA Sukses

Akademi Penulis Sdn. Bhd. dijemput untuk mengisis slot Bengkel Penulisan “Success Story” IADA di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia diadakan pada 11 Disember 2009 di Hotel City Bay View, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Bengkel ini membantu staf Kementerian Pertanian & Asas Tani untuk menghasilkan artikel bagi cawangan Kerian-Sungai Salak dari 30 “Success Stories” para peserta. Pihak Akademi Penulis diminta mengisis slot perundingan selama 5 jam. Ia merupakan slot ekspress yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis Sdn Bhd.

Tuan Zamri Mohamad mengendalikan bengkel

Tuan Zamri Mohamad mengendalikan bengkel

Pihak Akademi Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kementerian kerana sudi menjemput kami mengendalikan bengkel ini.

Laman Web Bengkel Penulis Super Dilancarkan

Alhamdulilah selepas beberapa minggu merancang. Perancangan program, perbincangan modul, penghasilan nota jualan, reka bentuk konsep laman mini, lantikan pereka bentuk laman web, urusan teknikal saluran pembayaran dan tarikh pelancaran yang ditunda dua kali. Akhirnya laman web Bengkel Penulis Super : Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller selamat dilancarkan pada 16 Disember 2009.

Bengkel Penulis Super bakal diadakan pada 29 hingga 31 Januari 2010. Ia adalah program pertama dengan kerjasama Hotel Vistana Kuala Lumpur yang bertindak sebagai hotel rasmi. Program bengkel penulisan 3 hari 2 malam ini direka bentuk dengan penuh teliti oleh para jurulatih akademi untuk memastikan ia memenuhi keperluan semasa industri perbukuan Malaysia.

Antara muka laman web. Layari www.penulissuper.com

Antara muka laman web. Layari www.penulissuper.com

Setiap modul mengambil kira keperluan pasaran, penerbit dan tentunya keperluan pembaca. Tulis apa yang orang ingin tahu bukan menulis apa yang kita mahu.

Pendaftaran dibuka sekarang. Para penulis ataupun bakal penulis yang berminat boleh terus lawati www.penulissuper.com. Pihak Akademi menyediakan pelbagai saluran pembayaran. Para peserta boleh menggunakan kad kredit, cek, bayaran tunai dan pembayaran menggunakan perbankan online.

Bertindak sekarang. Jadilah sebahagian daripada komuniti ALUMN Akademi Penulis.

Bengkel Penulisan Ilmiah MBKM di Port Dickson Berakhir Dengan Meriah

Bengkel Penulisan Ilmiah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di Avilion Admiral Cove, Port Dickson berakhir dengan suasana penuh meriah. Ini adalah bengkel pertama kolobrasi di antara Akademi Penulis dengan pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Ia adalah hasil daripada beberapa sesi perbincangan sebelum di antara pihak akademi dengan pihak mereka. Akhirnya kata sepakat, bengkel ini direalisasikan sebagai projek pertama kerjasama kedua-dua pihak.

Para peserta bengkel bergambar bersama Pengarah MBKM, En. Abdul Halim Ismail, para urusetia MBKM dan jurulatih, En. Fauzul Na'im Ishak

Para peserta bengkel bergambar bersama Pengarah MBKM, En. Abdul Halim Ismail, para urusetia MBKM dan jurulatih, En. Fauzul Na'im Ishak

Para peserta yang hadir adalah daripada kalangan pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka datang daripada pelbagai bahagian dalam KPM. Bengkel berjalan lancar dengan pelbagai diskusi intelek di antara jurulatih En. Fauzul Na’im Ishak dan para peserta bengkel penulisan kali ini. Soalan-soalan bertubi-tubi daripada para peserta kali ini menjadikan ia suatu bengkel ilmiah penuh meriah. Pihak jurulatih amat puas hati dengan maklum balas yang cukup baik daripada para peserta.

Ucapan perasmian penutup oleh En. Abdul Halim Ismail, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Ucapan perasmian penutup oleh En. Abdul Halim Ismail, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

InsyaAllah di masa hadapan beberapa lagi bengkel kerjasama dengan MBKM akan diadakan. Diharapkan semua peserta yang hadir dapat memanfaatkan segala tunjuk ajar oleh jurulatih Akademi Penulis ini. Terima kasih kepada pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di atas kepercayaan yang diberikan kepada pihak Akademi Penulis. Jutaan terima kasih kepada En. Abdul Halim Ismail, Pengarah MBKM kerana sudi merasmikan penutupan bengkel. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Puan Adibah Omar dan Cik Shafni atas kerjasama dan sokongan diberikan.