PUBLIC (ADVANCE): Bengkel Penulisan Novel (Karya Kreatif & Fiksyen) 7 & 8 Ogos 2010

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan penganjuran BENGKEL PENULISAN NOVEL BERSAMA CIK SALINA IBRAHIM KE 2 pada 7 & 8 Ogos 2010. Bengkel yang mendapat sambutan menggalakkan ini dikendalikan oleh Cik Salina Ibrahim, jurulatih kanan Akademi Penulis yang juga seorang novelis bestseller. Lebih menarik, bengkel ini diadakan secara awam dengan harga istimewa yang belum pernah diberikan oleh pihak Akademi Penulis sebelum ini.

Yuran program terdahulu adalah RM1,200, namun disebabkan penjimatan yang dibuat disebabkan ia diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis sendiri kami menawarkan yuran bengkel hanya RM650 SAHAJA.

Bengkel ini terhad kepada 24 peserta pertama mendaftar dan membuat pembayaran yuran bengkel. Butiran lanjut mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 7 & 8 ogos 2010
  • Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Daftar Masuk: 2.30 petang, 7 Ogos 2010
  • Tamat Bengkel: 5.30 petang, 8 Ogos 2010
  • Pelaburan: RM650* sahaja (harga asal RM1,200)
  • Tempat: Pusat Latihan Akademi Penulis

*Termasuk makan, minum, sijil, modul pengajaran dan 5 BONUS ISTIMEWA daripada Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Kepada yang berminat, sila hubungi 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Maklumat lanjut sila lawati www.penulisannovel.com(KLIK SINI)

Bengkel Penulisan Novel Yang Ceria dan Penuh Pengajaran

Alhamdulillah, Akademi Penulis selesai menganjurkan Bengkel Penulisan Novel bersama jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Vistana Kuala Lumpur adalah yang julung-julung kali diadakan pihak kami.

Pada mulanya seramai 44 orang peserta mendaftar diri, namun pada ‘waktu-waktu kecemasan’ berlaku penarikan diri beramai-ramai yang amat mengejutkan hingga tinggal 13 orang peserta sahaja. Inilah bengkel yang paling memberikan impak daripada segi emosi, masa dan tenaga keseluruhan karyawan Akademi Penulis.

Para peserta bengkel bergambar dengan jurulatih utama, Tuan Fauzul Na'im dan jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim

Pihak kami sudah mendapat beberapa maklum balas dan dapatan hasil daripada post mortem ringkas yang diadakan sebaik tamat bengkel ini. Namun begitu bengkel ini tetap dianggap berjaya di atas maklum balas yang diberikan oleh para peserta yang hadir.

Alhamdulillah selepas selesai bengkel, kita mendapat permintaan daripada ramai individu yang memohon agar diadakan sekali lagi bengkel ini. InsyaAllah pihak kami sudah merancang satu lagi bengkel seumpama ini pada bulan Ogos ini sebelum kita menghadapi Ramadan tahun ini yang dijangka sekitar 11 Ogos 2010.

Tahniah kepada semua yang terbabit dalam bengkel ini. Tahniah kepada para peserta yang hadir. Terima kasih atas keceriaan dan semangat yang dikongsikan bersama kami sepanjang bengkel ini berlangsung. Kami doakan cita-cita semua peserta yang hadir untuk menghasilkan novel pertama selewat-lewatnya tahun hadapan berjaya.