18 Peserta Menghadiri Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 25 & 26 Julai 2009

Sekarang sedang berlangsung Bengkel Praktikal Penulis Bestseller di Wisma DPI-Invergold. Ini adalah bengkel kedua dalam masa dua minggu, dua kali sabtu ahad berturut-turut. Minggu lepas di adakan pada 18 & 19 Julai dan kali ini 25 & 26 Julai 2009.

Pada kali ini, seramai 18 orang peserta daripada pelbagai latar belakang. Ada kaunselor, pegawai kanan GLC, pengarah pusat IPTA, guru, pensyarah dan ada pesara. Kebanyakannya datang dengan penuh semangat membara bagi menjadikan penulisan sebagai salah satu kerjaya dan kaedah menyalurkan perjuangan.

Bengkel hari ini meliputi sesi motivasi penulisan, pelan operasi penulisan dan petangnya KJ Metode : Teknik Menulis untuk Orang Sibuk. Bersama ini disertakan koleksi gambar sehari bengkel buat tatapan umum. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel-bengkel anjuran kami boleh hubungi saudara Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun email kepada latihan@akademipenulis.com.

no images were found

Ramai Golongan Professional Menyertai Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 18 & 19 Julai 2009

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 berjaya diadakan pada 18 & 19 Julai 2009 di bilik JomTraining, Wisma DPI-Invergold, Bandar Tasik Selatan. Seramai 24 orang peserta yang hadir menyertai bengkel kali ini. Kebanyakannya daripada kalangan professional seperti arkitek, doktor perubatan, pensyarah IPG, pegawai penerbitan dan broker saham.

Bengkel kali ini juga dihadiri oleh En. Ab. Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Unit Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Bengkel kali ini dikendalikan oleh En. Fauzul Na’im Ishak dan En. Zamri Mohamad.

Semua peserta Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2, 18 & 19 Julai 2009

Semua peserta Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2, 18 & 19 Julai 2009

Satu lagi bengkel serupa akan diadakan pada 25 & 26 Julai 2009. Di bawah dikongsikan koleksi gambar sepanjang bengkel berlangsung.

no images were found

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 (2), 25 & 26 Julai 2009 – Untuk 8 Tempat Duduk Sahaja Lagi

Pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. menganjurkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2, 2 minggu berturut 18 & 19 Julai 2009 dan 25 & 26 Julai 2009.

Butiran lanjut mengenai perkara ini adalah seperti berikut :

  • Nama Program : Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
  • Tarikh : 25 & 26 Julai 2009
  • Tempat : Wisma DPI-Invergold
  • Yuran Penyertaan : RM 650

Bengkel pada 25 & 26 Julai 2009, tinggal 8 tempat sahaja lagi.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh di http://www.janawangdenganmenulis.com ataupun hubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288416 ataupun 03 4149 2560. Terima kasih atas sokongan Tuan kepada program kami.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 (1), 18 & 19 Julai 2009 (Pendaftaran Ditutup)

Pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. menganjurkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2, 2 minggu berturut 18 & 19 Julai 2009 dan 25 & 26 Julai 2009.

Butiran lanjut mengenai perkara ini adalah seperti berikut :

  • Nama Program : Bengkel Praktikal Penulis Bestseller
  • Tarikh : 18 & 19 Julai 2009
  • Tempat : Wisma DPI-Invergold
  • Yuran Penyertaan : RM 650

Penyertaan sudah tutup untuk 18 & 19 Julai 2009. Bengkel pada 25 & 26 Julai 2009, tinggal 8 tempat sahaja lagi.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperoleh di http://www.janawangdenganmenulis.com ataupun hubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288416 ataupun 03 4149 2560. Terima kasih atas sokongan Tuan kepada program kami.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller Diadakan 2 Minggu Berturut-turut, 18 & 19 Julai 2009 dan 25 & 26 Julai 2009

Atas permintaan yang amat menggalakkan, pihak Akademi Penulis membuat keputusan mengadakan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2, 2 minggu berturut-turut. Pada asalnya bengkel ini dihadkan kepada 20 orang sahaja dan diadakan hanya pada 18 & 19 Julai 2009 sahaja. Namun begitu hingga ke hari ini sudah ada 32 orang mendaftar diri.

Sehubungan itu pihak Akademi Penulis mengumumkan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 18 & 19 Julai 2009 (Sudah penuh) dan 25 & 26 Julai 2009 (Kekosongan 8 tempat lagi)
  • Masa : 8.30 hingga 5.30 petang
  • Tempat : Wisma DPI-Invergold

Hanya tinggal 8 tempat sahaja lagi. Sesiapa berminat boleh hubungi terus kepada saudara Qahhar di talian (+6)0136288614 ataupun hubungi pejabat urusan Akademi Penulis di (+)0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Siapa cepat dia dapat.