Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Berjaya Dengan Cemerlang

Alhamduillah, pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. berjaya menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 dengan jayanya. Seminar 1 hari yang diadakan di Hotel Vistana Kuala Lumpur dihadiri oleh 50 orang peserta yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Ada dari Sabah, Melaka, Johor, Terengganu dan lain-lain negeri. Kesemuanya bersemangat untuk menimba ilmu bagi menjadi seorang pengarang yang mempunyai ilmu kepengarangan.

Kehadiran seminar ini adalah yang terbesar dalam sejarah penganjurannya. Hingga hari penutup pendaftaran, permintaan untuk menjadi peserta masih diperoleh. Namun begitu disebabkan oleh ruang yang terhad dan untuk kelancarang pengendalian program pihak Akademi Penulis terpaksa menghadkan peserta kepada 50 orang sahaja.

Semua peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Semua peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Masih ramai yang memohon agar seminar ini diteruskan di masa akan datang. Namun begitu pihak Akademi sudah mengambil keputusan ini adalah yang terakhir atas perancangan strategik Akademi. Namun begitu masih ada ruang perbelajaran yang lain bakal dirancang oleh Akademi Penulis. InsyaAllah pihak Akademi bakal mengumumkannya dalam masa terdekat.

Tahniah kepada tenaga penggerak latihan Akademi Penulis yang berusaha bertungkus lumus menjayakan program ini. Kepada para peserta, terima kasih atas sokongan tidak berbelah bahagi kepada program anjuran kami. Semoga segala input diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi titik tolak kepada penghasilan buku berkualiti dalam pasaran.

Kami kongsikan memori sepanjang Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 di sini. Kepada para peserta berdaftar, kita jumpa di Bengkel Praktikal Penulis Bestseller 2 akan datang.

no images were found

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Diadakan Di Bilik Sitiawan, Tingkat 3, Hotel Vistana Kuala Lumpur

Besok adalah hari Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2. Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Walaupun sudah tutup tetapi tetap ada peserta yang memohon untuk menyertainya. Di atas permintaan yang tinggi pihak Akademi Penulis membuka hingga 50 orang peserta, ini pun tidak mencukupi kerana masih ada yang memohon untuk menyertainya.

Pihak Akademi Penulis dalam proses perbincangan semula untuk mengadakannya semula di akan datang atas permintaan yang amat menggalakkan. InsyaAllah kita sama-sama doakan.

hvistanaseminar

Suasana tepi kolam menyegarkan minda para peserta Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2

Buat peserta yang menyertainya. Butiran mengenai tempat adalah seperti berikut :

  • Tempat : Hotel Vistana Kuala Lumpur
  • Bilik : Bilik Sitiawan, Tingkat 3, bersebelahan dengan kolam renang dan surau.

Peta untuk ke Hotel Vistana di sertakan di bawah :


View Seminar Jana Wang Dengan Menulis in a larger map

Penyertaan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Paling Ramai

Alhamdulillah, Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 yang akan diadakan pada 20 Jun 2009 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penyertaan sudah ditutup pada hari Ahad 14 Jun 2009 jam 12 tengah malam. Namun begitu panggilan telefon individu dan organisasi yang ingin menjadi peserta ke pejabat Akademi Penulis masih bertalu-talu hingga hari ini. Penyertaan sehingga jam 6 petang tadi adalah 47 orang peserta dan pihak kami sudah muktamad tidak menerima sebarang penyertaan lain lagi selepas ini.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller juga mendapat sambutan menggalakkan. Pihak Akademi Penulis meletakkan sasaran hanya 20 orang peserta kerana tempat bengkel terhad. Namun begitu permintaan amat menggalakkan hingga ketika ini sudah ada 28 orang peserta yang mendaftar diri. Kami sudah menutup pendaftarannya hingga jam 6 petang tadi.

Mungkin ada yang bertanya mungkinkah program di atas ini akan diteruskan di masa hadapan? InsyaAllah kita hanya mampu merancang hanya Allah sahaja penentunya. Sehingga sekarang pihak pengurusan sudah bersetuju untuk menamatkannya. Namun begitu apapun boleh berlaku di masa hadapan.