Bengkel Rekaan Grafik Buku & Penerbitan Ilmiah (Perekaan Penerbitan) di IAB Bermula

Akademi Penulis Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Rekaan Grafik Buku & Penerbitan Ilmiah (Perekaan Penerbitan) di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Bentong Pahang. Pasukan Akademi Penulis diketuai Puan Nurulhilyati, Pengarah Eksekutif Akademi Penulis dengan diiringi oleh saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Eksekutif Pemasaran (Latihan).

Bengkel hari pertama yang meliputi dua modul dikendalikan oleh jurulatih Akademi Penulis saudara Mohd Ikram Wazir yang juga Pemangku Pengurus PTS Millennia Sdn. Bhd. Kehadiran hari pertama hanya sekitar 12 orang sahaja kerana masih ada peserta yang masih dalam perjalanan.

Bengkel ini adalah bengkel 3 hari. Ia berakhir pada hari 1 Julai 2009.

no images were found

Bengkel Perekaan Penerbitan Institut Aminuddin Baki 29 Jun hingga 1 Julai 2009

Pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. dilantik sebagai perunding dan pengendali Bengkel Perekaan Penerbitan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 29 Jun hingga 1 Julai 2009
  • Masa 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  • Tempat : Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands

Para peserta adalah daripada kalangan para pensyarah IPG, guru dan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh rujuk di laman web Institut Aminuddin Baki di www.iab.gov.my.

Bengkel Pemindahan Hasil Penyelidikan Kepada Penulisan Ilmiah, IAB Bermula

Pasukan Akademi Penulis Sdn. Bhd. kini berada di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Akademi Penulis dilantik sebagai jurulatih Bengkel Pemindahan Hasil Penyelidikan Kepada Penulisan Ilmiah. Ia diadakan daripada 27 hingga 29 April 2009.

Pada kali ini, para pesertanya lebih ramai dan pelbagai. Para peserta dari Institut Perguruan Malaysia seluruh negara dan para pendidik. Ada yang datang dari Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dll. Ini adalah bengkel kedua kerjasama di antara Akademi Penulis dengan Institut Aminuddin Baki. Di bawah disertakan koleksi gambar hari kedua (hari ini)

no images were found