Laman Web Seminar Jana Wang Dengan Menulis Ditutup Dengan Rasminya Jam 12 Malam 14 Jun 2009

Seminar Jana Wang Dengan Menulis adalah seminar awam pertama dianjurkan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Ia diperkenalkan buat pertama kali pada 17 Januari 2009 di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Bilangan pesertanya adalah seramai 35 orang. Sambutan yang menggalakkan ini membawa kepada penganjurannya yang kedua iaitu pada 20 Jun 2009. Hingga pada saat ini (14 Jun 2009 jam 11.22 malam) seramai 42 orang peserta sudah mendaftar diri untuk seminar dan tambahan 23 orang mendaftarkan diri bagi Bengkel Praktikal Penulis Bestseller yang diadakan pada 18 & 19 Julai 2009. Suatu pencapaian yang amat membanggakan ahli pasukan Akademi Penulis.

Laman Jana Wang Dengan Menulis Dalam Kenangan

Laman Jana Wang Dengan Menulis Dalam Kenangan

Namun begitu, apa yang bermula pasti berakhir. Apa yang wujud pasti akan hilang. Pihak Akademi Penulis dengan berat hatinya mengumumkan bahawa Seminar Jana Wang Dengan Menulis ditutup pendaftarannya dengan rasmi tepat jam 12 malam ini (14 Jun 2009). Bersempena dengan itu juga, laman web Seminar Jana Wang Dengan Menulis di http://www.janawangdenganmenulis.com juga ditutup.

Penutupan ini disebabkan oleh beberapa faktor yang sudah dibincangkan secara mendalam oleh ahli pasukan Akademi Penulis. Bukan kerana tidak ada sambutan malahan amat menggalakkan, tetapi ada beberapa perkara lain yang sudah dirancang di masa hadapan. Semoga para peserta yang sudah menghadiri dan bakal menghadiri Seminar Jana Wang Dengan Menulis dapat memanfaatkan segala input diberikan oleh pihak para pakar perunding Akademi Penulis.

Mungkinkah akan diadakan semula? Kita tunggu dan lihat.

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 17 hb. Januari 2009
  • Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Para pakar dan mentor AkademiPenulis.Com akan memberikan input terbaik mereka di bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dibuat kepada pihak kami melalui talian 1-700-80-2776 ataupun email akademipenulis@bookpro.my