Bengkel Penulisan Intensif Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia Di Seri Dinar, Janda Baik, Bentong, Pahang

Pasukan Akademi Penulis, En. Fauzul Na’im Ishak dan En. Najib M Noor berada di Seri Dinar Training Retreat, Janda Baik, Bentong, Pahang bagi mengendalikan bengkel Penulisan Intensif Laporan Tahunan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Seramai 20 orang peserta di kalangan pegawai tertinggi Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Kesihatan Malaysia berkampung di sini selama 4 hari 3 malam bermula 24 hingga 27 Mac 2009.

Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel yang pertama diadakan di Palm Garden, Putrajaya bulan Februari yang lalu. Sasaran bengkel kedua ini adalah bagi menyiapkan satu manuskrip laporan tahunan BPM bagi tahun 2009. Di bawah dikongsikan koleksi gambar hari pertama dan kedua bengkel.

no images were found

Kursus Latihan Penulisan Laporan Tahunan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, KPT di Hotel Goldcourse, Klang Berjaya

Alhamdulillah Kursus Latihan Penulisan Laporan Tahunan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berjaya diadakan dengan cemerlang. Seramai 20 orang pegawai kanan JPPKK, para pensyarah politeknik dan kolej komuniti mendapat pelbagai input terbaru mengenai dunia penulisan buku amnya dan penulisan laporan tahunan khususnya.

            
		
        

Bengkel dikendalikan oleh dua orang jurulatih dan perunding Akademi Penulis Sdn. Bhd. En. Fauzul Na’im Ishak dan En. Mohd Ikram Wazir. Bengkel yang diselangi dengan aktiviti praktikal ini memberikan impak maksimum kepada para peserta. Di bawah disertakan sebahagian lagi gambar yang diambil sepanjang hari-hari akhir bengkel yang diadakan di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor.

no images were found

Kursus Latihan Penulisan Laporan Tahunan JPPKK Bermula

Ahli pasukan Akademi Penulis sekarang berada di Hotel Goldcourse, Klang, Selangor Darul Ehsan bersama dengan para pegawai kanan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, para pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kami berada di sini bagi bersama dalam Kursus Latihan Penulisan Laporan Tahunan JPPKK, KPT.

Akademi Penulis dipilih sebagai perunding dan jurulatih bagi pengendalian bengkel selama 4 hari 3 malam bermula 18 hb. Mac 2009. Hari ini adalah hari ketiga dan pada pagi ini adalah sesi bengkel penghasilan plan laporan tahunan dan pembentangan setiap kumpulan. Di bawah dikongsikan koleksi gambar sepanjang 2 hari di sini.

no images were found

Bengkel Latihan Penulisan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat KKM Berjalan Lancar

Akademi Penulis berjaya mengadakan dan menganjurkan Bengkel Latihan Penulisan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bengkel ini diadakan pada 19 & 20 hb. Februari 2009 di Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya. Bengkel pertama di bawah program penghasilan Laporan Tahunan Bahagian Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia ini dihadiri oleh 20 orang peserta dari kalangan para pegawai dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

Bengkel 2 hari ini dipenuhi dengan pengisian ilmu dan input penceramah dan perunding Akademi Penulis mengenai kaedah penulisan terkini. Bermula daripada motivasi penulisan hinggalah kepada teknik menulis. Bengkel kedua diadakan pada 24 hingga 27 Februari 2009 di Seri Dinar, Janda Baik. Di bawah dikongsikan koleksi gambar sepanjang perjalanan program di Hotel Palm Garden, Putrajaya

no images were found

Bengkel Penulisan Laporan Tahunan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi

Pihak AkademiPenulis.Com dilantik sebagai perunding dan jurulatih bagi bengkel Laporan Tahunan Jabatan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Ini adalah salah satu pakej di bawah program penghasilan Laporan Tahunan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti dan Prospektus Politeknik Malaysia. Butiran lanjut bagi bengkel tersebut adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 18 hingga 21 Mac 2009
  • Tempat : Hotel Goldcourse, Klang
  • Peserta : 20 orang

Para peserta yang mengikuti bengkel ini di kalangan para pegawai kanan Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.