Tempoh Hak Cipta Penulis Perseorangan vs Bersama

Buku merupakan harta intelek yang boleh diwariskan, penulis memegang hak cipta terhadap karyanya sepanjang hayatnya. Selepas itu, hak cipta akan dipegang oleh warisnya selama 50 tahun selepas kematian penulis asal.

Ini bermakna, apabila saudara/saudari sudah berkeluarga, pendapatan daripada buku saudara/saudari bakal diwarisi oleh isteri/suami dan anak-anak.

Sebagai penulis, secara langsung pendapatan berbentuk royalti yang diterima akan menjadi harta warisan kepada isteri dan anak-anak saudara/saudari.

Berbeza pula bagi penulis bersama.

Hak cipta bagi dua individu yang menulis bersama adalah berdasarkan jangka hayat penulis yang masih hidup.

Contohnya jika sesebuah buku ditulis oleh suami dan isteri, kedua-duanya memegang hak cipta bersama sepanjang hayat mereka.

Sekirannya salah seorang meninggal, tempoh hak cipta terus dipegang oleh pasangannya yang masih hidup.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenainya, layari www.penulissuper.comĀ 

Penulis Tertipu : Akibat Perjanjian Tidak Diteliti & Difahami

Perjanjian adalah persetujuan bersama kedua-dua pihak. Penulis bersetuju menulis dan penerbit bersetuju menerbitkan karya penulis.

Perjanjian ini diperincikan dengan terma dalam perjanjian bagi memastikan kedua-duanya mematuhi segala aspek berkaitan.

Baca setiap baris ayat dalam surat perjanjian. Ia menentukan nasib seseorang penulis dan karya yang akan diterbitkan.

Penulis tidak boleh ambil mudah dengan perjanjian yang sediakan walaupun penerbit mempunyai hubungan persaudaraan.

Apabila menandatangani sesuatu perjanjian ia melibatkan amalan perniagaan.
Oleh itu, amalkan sikap profesional dan bertindak seperti rakan kongsi bekerja.

Elakkan daripada menandatangani sebarang perjanjian jika isi kandungannya tidak fahami. Ambil masa dengan membaca dan memahaminya terlebih dahulu.

Pihak penerbit tidak boleh mendesak saudara menandatanganinya selagi saudara tidak memahami sepenuhnya perjanjian yang diberikan.

Berhati-hati apabila ada penerbit yang tidak membantu saudara dalam memahami isi kandungan perjanjian. Ini dapat dilihat apabila penerbit dan editor perolehan mengelak daripada menjawab soalan yang diajukan.

Sikap berdalih dan mengelak daripada menjawab soalan menunjukkan sikap penerbit yang tidak telus dan tidak berlaku jujur terhadap penulis.

Jika berlaku keadaan itu, jangan teruskan hasrat untuk menerbitkan buku dibawah penerbit itu.