Bakat Penulisan Buku Kakitangan MOT Diperkasa Akademi Penulis

19 Disember 2013, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya– Kakitangan di Kementerian Pengangkutan Malaysia menganjurkan Bengkel Sehari Bersama Penulis Bestseller. Bengkel ini diadakan bagi mencungkil dan memperkasakan lagi bakat yang sedia ada pada diri setiap peserta dalam bidang penulisan buku, sekaligus mampu menjadi seorang penulis buku di masa hadapan.

Seramai 50 orang kakitangan menghadiri bengkel ini. Mereka diberikan pendedahan secara umum dalam bidang penulisan buku, majalah, buletin, laporan tahunan dan juga blog. Dalam bengkel tersebut rata-rata peserta yang hadir tidak mempunyai keyakinan untuk menjadi seorang penulis pada mulanya. Malah ada di antara mereka yang takut untuk menghasilkan buku karya sendiri. Namun apabila menghadiri sesi ini, pandangan dan persepsi mereka berubah.

Para peserta khusyuk mendengar setiap perincian ilmu yang disampaikan

Para peserta khusyuk mendengar setiap perincian ilmu yang disampaikan

Antara halangan-halangan yang dinyatakan oleh para peserta adalah mereka:

  • Tiada idea untuk menulis
  • Tidak tahu teknik-teknik menulis
  • Laras penggunaan bahasa dan tatabahasa.
  • Tidak tahu mencari bahan rujukan.
  • Cara penulisan yang berkesan yang mempengaruhi pembaca.
  • Tiada ruang masa untuk menulis.
  • Had umur untuk menulis.
  • Tidak tahu kos penulisan.

Jurulatih Seorang Penulis Bestseller

Jurulatih yang mengendalikan bengkel ini ialah Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis dan juga seorang penulis terkenal yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan di Malaysia. Beliau sudah menghasilkan pelbagai jurul buku bestseller yang hingga kini masih diulang cetak, antaranya Tips Menjadi Penulis Buku Bestseller , 77 Tip Memahami Bahasa Cinta Lelaki, Urus Bisnes dengan Google dan banyak lagi. Selain itu beliau juga aktif dalam menghasilkan buku-buku motivasi yang diterbitkan melalui penerbit terkenal PTS Media Group. Ilmu pengetahuan yang mendalam dan pengalaman yang meluas membolehkan Tuan Zamri menyuntik semangat dan keyakinan para peserta untuk berani menulis . Ini sekaligus mewujudkan harta intelek yang mampu menjana pendapatan aktif berterusan hingga ke akhir hayat.

Jurulatih Kursus, Tuan Zamri Mohamad

Jurulatih Kursus, Tuan Zamri Mohamad

Antara modul yang dijalankan adalah para peserta diberikan tugasan untuk menghasilkan karya sendiri dalam masa 20 minit. Mereka memulakan dengan menghasilkan tajuk halaman buku dan gambaran kasar buku yang ingin dihasilkan. Ini untuk  menjana idea melalui kreativiti masing-masing. Selepas itu, mereka ‘menjual buku’ karya ciptaan mereka pada semua peserta. Setiap peserta akan membeli buku yang dihasilkan dengan wang kertas yang bernilai RM20. Ini bertujuan memberi pengalaman pertama kepada peserta untuk menghasilkan penulisan buku sendiri.

Peserta rancak membeli karya penulisan rakan sekerja

Peserta rancak membeli karya penulisan rakan sekerja

Semoga dengan program ini para peserta tampil berani untuk menulis dan meluahkan ilmu yang ada dalam diri untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Organisasi yang berminat untuk mengadakan kursus serupa, boleh terus menghubungi FINE Academy di talian (+6) 016 2605 506 ataupun (+6) 03 4149 2560 ataupun emel ke info@fineacademy.com.my.

Tempoh Hak Cipta Penulis Perseorangan vs Bersama

Buku merupakan harta intelek yang boleh diwariskan, penulis memegang hak cipta terhadap karyanya sepanjang hayatnya. Selepas itu, hak cipta akan dipegang oleh warisnya selama 50 tahun selepas kematian penulis asal.

Ini bermakna, apabila saudara/saudari sudah berkeluarga, pendapatan daripada buku saudara/saudari bakal diwarisi oleh isteri/suami dan anak-anak.

Sebagai penulis, secara langsung pendapatan berbentuk royalti yang diterima akan menjadi harta warisan kepada isteri dan anak-anak saudara/saudari.

Berbeza pula bagi penulis bersama.

Hak cipta bagi dua individu yang menulis bersama adalah berdasarkan jangka hayat penulis yang masih hidup.

Contohnya jika sesebuah buku ditulis oleh suami dan isteri, kedua-duanya memegang hak cipta bersama sepanjang hayat mereka.

Sekirannya salah seorang meninggal, tempoh hak cipta terus dipegang oleh pasangannya yang masih hidup.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenainya, layari www.penulissuper.com 

Kursus Train The Trainers: Kemahiran Penulisan Ilmiah INSTUN 15-17 April 2011

Akademi Penulis Sdn. Bhd diberikan kepercayaan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mengendalikan Kursus Train The Trainers: Kemahiran Penulisan Ilmiah. Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 15 hingga 17 April 2011
  • Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Tempat: Hotel Quality, Kuala Lumpur

Bengkel 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan olehPrincipal Learning Facilitator Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak