Seminar Penulisan Buku Popular UIAM Penuh Warna Warni

Alhamdulillah hari ini Akademi Penulis dengan kerjasama Event Unite dan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM berjaya julung-julung kalinya menganjurkan Seminar Penulisan Buku Popular. Seminar yang pertama kali ini diadakan di Auditorium Kulliyyah Architecture & Environmental Design, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Pada mula seramai 49 orang peserta mendaftar diri. Ia adalah campuran antara peserta daripada kalangan mahasiswa dan juga orang awam. Bagi mahasiswa, pihak Akademi Penulis mengenakan kadar yuran RM150 manakala orang awam RM250. Namun di saat hadir hanya 29 orang sahaja yang menghadirkan diri.

Para jurulatih dan ahli pasukan Akademi Penulis bergambar kenangan bersama para peserta seminar

Para jurulatih dan ahli pasukan Akademi Penulis bergambar kenangan bersama para peserta seminar

Namun apa yang menggembirakan pihak Akademi Penulis kali ini penuh warna warni. Gabungan peserta daripada latar belakang pelbagai menjadikan seminar ini lebih berprestij. Ada daripada kalangan guru, editor, usahawan, pengarang dan mahasiswa. Salah seorang pengarang terkenal yang turut hadir adalah Cik Zabrina Abu Bakar, pengarang buku Life Is An Open Secret. Karya beliau pernah beberapa kali menduduki cara buku bestseller MPH. Terima cik Zabrina atas sokongan kepada program kami.

Seminar kali ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. 2 orang jurulatih berpengalaman dalam dunia penerbitan dan penulisan buku. Pelbagai input dikongsikan. InsyaAllah dalam masa terdekat kita kongsikan pandangan para peserta mengenai seminar kali ini. Tahniah kepada semua penggerak program, tahniah kepada semua peserta atas partisipasi yang cukup baik. Kita doakan semua peserta berjaya merealisasikan semua karya paling lewat hujung tahun 2010. Amiin

no images were found

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2, 20 Jun 2009 Di Hotel Vistana Kuala Lumpur

Pihak Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan bahawa pihak kami akan menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 dalam bulan Jun 2009. Ini adalah kesinambungan kepada kejayaan penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis 1 bulan Januari 2009 yang lalu. Sambutannya cukup menggalakkan dengan kehadiran para peserta yang penuh semangat dan komitmen.

Alhamdulillah, kebanyakan peserta sudah memulakan penulisan buku mereka. Ramai juga yang sudah menyerahkan Pelan Operasi Penulisan (POP) mereka untuk tujuan khidmat nasihat di peringkat Akademi Penulis. Pihak kami juga menjangkakan ada di antara mereka yang akan berjaya mengeluarkan karya pertama sebelum pertengahan tahun 2009. Tahniah dan syabas.

Testimonial Para Peserta Program Lepas


Puan Halimah Abdul Hamid, Pengarah Brindley Training & Camp
Alhamdulillah, kursus yang mantap. Bukan sahaja memberikan ilmu dan kemahiran tetapi juga membakar semangat untuk menulis. Teruskan perjuangan! Cemerlang!

Dr. Indriaty Ismail, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
Menambah banyak pengetahuan tentang penulisan & pemasaran. Seminar membuka minda saya dari selama ini menjadi penulis akademik ‘baku’ menjadi lebih terbuka, minda lebih terbuka dan melihat peluang perniagaan, celik IT dan lain-lain. Penulis mesti berjuang untuk karyanya sendiri

Cik Nurulhusna Hamid

Alhamdulillah. Secara keseluruhannya kedua-dua program baik. Malah diajar daripada A kepada Z dengan tip-tip yang bermanfaat. Jazakallahu Khair

Puan Norehan Mohd Noh, seorang penulis novel
Bengkel penulisan ini padat dengan maklumat tentang dunia penulisan. Amat sesuai bagi sesiapa sahaja yang mempunyai minat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan. Amat berbaloi!

Puan Norabeerah Safarrudin
Program ini telah menjawab soalan yang bermain-main dalam fikiran saya. Malah ada tambahan seperti pemasaran yang disampaikan oleh jurulatih terlatih. Banyak maklumat, dan masa tak cukup.

En. Lokman Annas Othman, guru Maktab Rendah Sains MARA Mersing, Johor
Program yang mantap. Penuh motivasi membuatkan kita hendak mula menulis. Semoga semangat berkekalan hingga menghasilkan sebuah buku.

Puan Aliza Ali
Bagus! Program sebegini perlu kerap dianjurkan. Bagus dan syabas Akademi Penulis!

Saudari Siti Rahmah Abu Bakar
Saya amat berpuas hati dengan program ini kerana banyak ilmu tentang dunia penulisan dan penerbitan yang saya pelajari. Di harap program ini akan diadakan secara berterusan agar lebih ramai penulis yang berjaya akan lahir di Malaysia

Puan Azrina Hussin
Program anjuran Akademi Penulis sangat bermanfaat untuk orang baru ataupun sudah lama di dalam bidang penulisan. Saya melihat cahaya yang terang selepas menyertai Akademi Penulis. Terima kasih!

En. M. Fakhrurrazy M. Amin, pegawai di Pusat Zakat Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah program ini sungguh memberangsangkan. Saya mendapat pelbagai input yang berguna untuk memajukan diri, keluarga dan agama

Dr. Yasir Bin Ismail, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Memberi pendedahan yang luas kepada bakal penulis, serta menaikkan semangat mereka untuk berusaha supaya dapat menghasilkan buku pertama mereka.

Testimonial para peserta ini membakar semangat Akademi Penulis untuk terus berjuang dalam melahirkan lebih ramai penulis masa hadapan. Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 20 hb. Jun 2009
  • Tempat : Hotel Vistana Kuala Lumpur
  • Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, boleh terus hubungi talian Hotline kami di 1-700-80-2776 ataupun email kepada akademipenulis@fauzulnaim.com. Anda juga boleh melayari dan mendaftarkan diri secara online di laman web rasmi Seminar Jana Wang Dengan Menulis di http://www.janawangdenganmenulis.com. Kami menunggu kehadiran anda di sana. Di bawah kami sertakan koleksi imej seminar yang lalu untuk anda hayati apa yang bakal berlaku di seminar akan datang.

Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009

Saya dengan bangganya mengumumkan dengan rasmi bahawa Hotel Vistana Kuala Lumpur adalah tempat penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang berlangsung pada 17 Januari 2009. Ada beberapa sebab mengapa hotel ini dipilih oleh pihak pengurusan Akademi Penulis.

Pihak pengurusan menetapkan beberapa kriteria pemilihan. Tempat dipilih haruslah tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Status hotel perlu sekurang-kurangnya 4 bintang kerana apabila begitu, ia mempunyai kemudahan yang baik bagi menjalankan program. Tempat bengkel seharusnya suatu tempat yang menjana minda dan merangsang minda. Saya tidak berapa suka dengan idea memilih tempat yang hanya melihat dinding sahaja dengan tiada tempat untuk menghirup udara segar. Di samping itu juga kriteria tempat dipilih mempunyai pusat aktiviti yang berpusat. Segala proses bengkel, seminar, makan dan minum dibuat dalam satu tempat bagi memudahkan dan melancarkan program.

Di samping itu juga ia haruslah berdekatan dengan pengangkutan awam bagi memudahkan peserta ke sana. Dekat dengan jalan raya, tidak perlu ke sana dengan kereta. Kesemua kriteria ini dipenuhi oleh Hotel Vistana. Hotel Vistana adalah hotel 4 bintang yang mempunyai ciri berikut:

  • Bilik disediakan bersebelahan dengan kawasan kolam renang terbuka dengan aturan menarik. Ia merangsang minda dan mata. Kawasan sebegini memudahkan para peserta keluar untuk menenangkan fikiran.
  • Biliknya berpusat yang mana kesemua aktiviti diadakan dalam satu bilik saja.
  • Surau berdekatan dengan tempat seminar.
  • Berdekatan dengan pengangkutan awam terdekat. Mempunyai akses terdekat dengan STAR LRT, KL Monorel, Stesen Bas Pekeliling dan Stesen Bas Terminal Putra bagi peserta dari timur.
  • Makanan yang disediakan juga berada dalam kelas tersendiri. Ini perlu dialami apabila menghadiri seminar nanti.

Bersama ini saya sertakan koleksi gambar tempat seminar di Hotel Vistana, ia bukan untuk iklan tetapi bagi memberikan inspirasi kepada peserta dan bakal peserta.

Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 17 hb. Januari 2009
  • Masa : 8.30 pagi hingga 6.00 petang
  • Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Para pakar dan mentor AkademiPenulis.Com akan memberikan input terbaik mereka di bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dibuat kepada pihak kami melalui talian 1-700-80-2776 ataupun email akademipenulis@bookpro.my