Bengkel Penulisan Ilmiah di CIAST Shah Alam dan Bengkel Penulisan Buletin di Port Dickson Berlangsung Serentak

Hari ini bermula 2 bengkel anjuran Akademi Penulis iaitu Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) yang berlangsung di Shah Alam dan Bengkel Penulisan Buletin anjuran CIDB di Port Dickson. Kedua-duanya berlangsung secara serentak di dua tempat berbeza.

Bengkel yang berlangsung di Shah Alam dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FN, Puan Nurulhilyati Abdul Halim. Manakala bengkel di Port Dickson dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad, jurulatih kanan Akademi Penulis dengan diiringi saudara Abdul Qahhar Mohd Noor, Timbalan Pengurus Akademi Penulis.

Para peserta Bengkel Penulisan Ilmiah CIAST tengah khusyuk menulis 5 Langkah Penemuan Dalam Diri

Penganjuran serentak di dua organisasi kerajaan berbeza ini pada pandangan Akademi Penulis sebagai suatu kejayaan yang membanggakan dan menggambarkan Akademi Penulis sudah dipercayai sebagai antara penyedia program latihan penulisan terbaik di negara ini. Alhamdulillah. Kedua-dua bengkel ini diadakan daripada 1 hingga 3 Jun 2010. Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan ini.

Bengkel Penulisan Novel Yang Ceria dan Penuh Pengajaran

Alhamdulillah, Akademi Penulis selesai menganjurkan Bengkel Penulisan Novel bersama jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Vistana Kuala Lumpur adalah yang julung-julung kali diadakan pihak kami.

Pada mulanya seramai 44 orang peserta mendaftar diri, namun pada ‘waktu-waktu kecemasan’ berlaku penarikan diri beramai-ramai yang amat mengejutkan hingga tinggal 13 orang peserta sahaja. Inilah bengkel yang paling memberikan impak daripada segi emosi, masa dan tenaga keseluruhan karyawan Akademi Penulis.

Para peserta bengkel bergambar dengan jurulatih utama, Tuan Fauzul Na'im dan jurulatih kanan, Cik Salina Ibrahim

Pihak kami sudah mendapat beberapa maklum balas dan dapatan hasil daripada post mortem ringkas yang diadakan sebaik tamat bengkel ini. Namun begitu bengkel ini tetap dianggap berjaya di atas maklum balas yang diberikan oleh para peserta yang hadir.

Alhamdulillah selepas selesai bengkel, kita mendapat permintaan daripada ramai individu yang memohon agar diadakan sekali lagi bengkel ini. InsyaAllah pihak kami sudah merancang satu lagi bengkel seumpama ini pada bulan Ogos ini sebelum kita menghadapi Ramadan tahun ini yang dijangka sekitar 11 Ogos 2010.

Tahniah kepada semua yang terbabit dalam bengkel ini. Tahniah kepada para peserta yang hadir. Terima kasih atas keceriaan dan semangat yang dikongsikan bersama kami sepanjang bengkel ini berlangsung. Kami doakan cita-cita semua peserta yang hadir untuk menghasilkan novel pertama selewat-lewatnya tahun hadapan berjaya.

PUBLIC (ADVANCE): Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Bestseller 25 hingga 27 Jun 2010 (Hanya Untuk 14 Peserta Sahaja)

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan penganjuran BENGKEL TRANSFORMASI TESIS KEPADA BUKU BESTSELLER. Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini akan dikendalikan sendiri oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis dan Tuan Mohd. Ikram Wazir, jurulatih kanan Akademi Penulis. Lebih menarik, bengkel ini diadakan secara awam dengan harga istimewa yang belum pernah diberikan oleh pihak Akademi Penulis sebelum ini.

Bengkel ini terhad kepada 15 peserta pertama mendaftar dan membuat pembayaran yuran bengkel. Butiran lanjut mengenai bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 25 hingga 27 Jun 2010
  • Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Daftar Masuk: 2.30 petang, 25 Jun 2010
  • Tamat Bengkel: 5.30 petang, 27 Jun 2010
  • Pelaburan: RM950* sahaja (harga asal RM1,200)
  • Tempat: Bilik Latihan Akademi Penulis

*Termasuk makan, minum, sijil, modul pengajaran dan 5 BONUS ISTIMEWA daripada Fauzul Na’im Sdn. Bhd.

Kepada yang berminat, sila hubungi 0136288614 ataupun 0341492560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Bengkel Penulisan Novel Bersama Cik Salina Ibrahim Bermula Semalam Hingga 30 Mei 2010

Buat julung-julung kalinya Bengkel Penulisan Novel diadakan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Bengkel 3 hari 2 malam ini diadakan daripada 28 hingga 30 Mei 2010. Seramai 13 orang peserta daripada pelbagai latar belakang, ada pegawai kerajaan, pengurus agensi swasta dan ada mahasiswa.

Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Salina Ibrahim, seorang novelis terkenal dan banyak karya tulisan beliau pernah menduduki carta top 10 kedai buku terkenal Malaysia. Antara karya beliau yang menjadi bestseller adalah Mahligai dan Bukan Yang Pertama. Pelbagai rahsia menghasilkan novel bestseller didedahkan beliau dalam bengkel kali ini.

Yang lebih menarik adalah, modul ini tidak pernah dibentangkan di mana-mana bengkel kendalian beliau. InsyaAllah di masa akan datang bengkel seumpama ini akan dianjurkan secara berkala. Kepada yang berminat boleh mendapatkan makluman lanjut melalui laman web ini ataupun hubungi 0136288614 bercakap dengan saudara Qahhar ataupun 0341492560 bercakap dengan saudari Husni ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku UTHM Menghasilkan 11 Proposal Buku

Bengkel Penghasilan Manuskrip Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berlangsung daripada 10 hingga 13 Mei 2010 berakhir dengan jayanya. Bengkel yang disertai kakitangan akademik dan pentadbiran UTHM ini berjaya menghasilkan 11 proposal buku. Berdasarkan maklum balas jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak keseluruhan proposal yang dihasilkan ini berpotensi untuk diterbitkan.

Para peserta bergambar dengan jurulatih utama, Tuan Fauzul Na'im

Pihak Pejabat Penerbit UTHM dengan kerjasama Akademi Penulis akan menganjurkan 2 lagi bengkel dalam masa terdekat. Bengkel-bengkel ini adalah Bengkel Pengalihan Modul Kepada Buku dan Bengkel Penulisan Buletin. Bagi yang berminat untuk menghadirinya sila hubungi Pejabat Penerbit UTHM bagi mengetahui prosedurnya.

no images were found

Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku UTHM Hari 1 & 2

Akademi Penulis berada di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selama 4 hari (10 hingga 13 Mei 2010) bagi mengendalikan Bengkel Penghasilan Manuskrip Buku Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini adalah dianjurkan oleh Pejabat Penerbit UTHM. Alhamdulillah pihak Akademi Penulis sudah kali ketiga dijemput oleh mereka bagi mengendalikan bengkel sebegini. Sebelum ini pihak Akademi Penulis dijemput mengendalikan Bengkel Penulisan Ilmiah yang diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat, Johor (2009) dan Bengkel Pemerkasaan Manuskrip di Tanjung Piai,Pontian, Johor (2009).

Tuan Fauzul Memulakan Sesi Ceramah Beliau

Pada kali ini Akademi Penulis diwakili oleh jurulatih kanan Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak dengan diiringi Timbalan Pengurus Akademi Penulis, Saudara Qahhar Mohd Noor. Bengkel ini disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik. Hasrat utama pihak Penerbi UTHM untuk memberikan pendedahan kepada mereka ini berkenaan dunia sebenar penerbitan dan penulisan buku di Malaysia. Di samping itu juga, bengkel ini adalah ruang mencungkil bakat penulisan daripada kakitangan bagi menyumbang kepada penerbitan buku di Penerbit UTHM.

Para peserta memperkenalkan diri

Hari pertama berlangsung dengan lancar. Tuan Fauzul memulakan dengan memberi penerangan mengenai asam garam dunia penerbitan buku. Mitos-mitosnya, sebab-sebab seorang pengarang tidak berkarya, tip-tip penulis bestseller dan akhir sekali mengenai hak cipta.

Peserta, Tuan Zulfadhli membentangkan 'Penemuan Dalam Diri' beliau

Hari kedua bermula dengan sesi penerangan mengenai anatomi buku. Kemudian para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk menulis proposal penulisan kumpulan. Pada sesi petangnya, semua kumpulan perlu membentangkan proposal penulisan buku mereka dan dikomen oleh para peserta lain bersama dengan jurulatih. Seterusnya mereka diminta untuk menulis proposal buku mereka sendiri dan menghantarkannya kepada pihak jurulatih untuk tujuan penilaian.

Perbincangan dalam kumpulan

Betapa Mudah Menjadi Penulis Rencana kepada Si Pakar

  • Saya tidak tahu menulis kerana saya tidak ada idea.
  • Saya kurang pengalaman untuk menulis bidang yang saya tahu.

Pernahkah saudara mendengar ayat ini? Tidak ada idea dan tidak ada pengalaman yang lama dalam sesuatu bidang untuk menulis.

Jika demikian, jadilah penulis kepada si pakar.

Itulah yang dilakukan oleh para wartawan akhbar dan majalah apabila menulis sesuatu rencana. Mereka menulis kepakaran orang lain atas nama mereka sendiri. Seorang wartawan tidak perlu menjadi seorang pakar ekonomi bagi menulis rencana ekonomi, beliau perlu menguasai kefahaman asas dan mendapatkan autoriti yang mengesahkan fakta yang ditulis.

Izinkan saya bercerita mengenai Lea Beadling, seorang penulis bebas yang menulis rencana mengenai dunia perubatan, sedangkan beliau bukan seorang pakar!

Lee Beadling merupakan seorang penulis bebas yang tersohor di Amerika Syarikat. Salah satu artikelnya yang menarik perhatian pembaca bertajuk ‘Man With The Baby’.

Kisahnya sungguh unik yang menggambarkan bagaimana beliau menjadi seorang penulis bebas yang dikenali pakar dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya dalam bidang ortopedik.

Tetapi beliau bukanlah seorang doktor dan tiada apa-apa kelulusan daripada mana-mana institusi perubatan dunia yang mengesahkan kelayakannya.

Apabila beliau menamatkan pengajiannya di kolej, beliau bekerja sebagai penulis staf di sebuah majalah, Orthopedics Today. Dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang tersebut dan pada masa yang sama tidak meminatinya.

Beadling tetap mahu menulis, ketika itu beliau sudah berumah tangga dan baru bergelar ayah, jadi dia memerlukan pekerjaan. Dia mempelajari ilmu ortopedik dengan menghadiri konferens, mendengar ucapan-ucapan mereka, membaca kertas kerja mereka, menyoal mereka dan merujuk kepada bahan bacaan lain seperti kamus perubatan Dorland.

Dia menulis lapan jam sehari, lima hari seminggu dikhususkan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang kajian terbaru dan perubatan serta mencari berita-berita dari sumber kerajaan dan agensi lain yang berkaitan dengan bidang ortopedik.

Hari ini sebagaimana digambarkannya, “Saya dikenali dan dihormati oleh mereka dan ada yang meminta saya menuliskan ucapan untuk mereka.”

Beadling berhenti dan menjadi penulis bebas bukan sahaja untuk majalah Orthopedics Today, pada masa yang sama terdapat badan-badan berkaitan memintanya menulis tentang bidang tersebut bagi tujuan kenyataan akhbar.

Saya pernah menjadi Lee Beadling dalam acuan Malaysia. Sebagai penulis bebas, saya menemuramah individu dan mendapatkan bahan berautoriti dalam penulisan rencana.

Saya menjadi Lea Beadling dalam satu bidang yang bukan kemahiran saya. Tetapi penulisan itu tidak mustahil jika tahu caranya. Para pembaca berpuas hati kerana ia adalah maklumat baru yang bermanfaat kepada mereka. Malah mereka memintanya lagi dan lagi.

Anda juga boleh jadi begitu, semuanya bermula dari dalam diri.

Nukilan:

Zamri Mohamad
Jurulatih Kanan Akademi Penulis

Program Klinik Penulisan Dimulakan 8 Mei 2010

Akademi Penulis buat julung-julung kalinya mengadakan klinik penulisan khusus bagi memberikan khidmat nasihat dan perundingan buat para pengarang dan bakal pengarang dalam kumpulan yang kecil. Klinik penulisan disasarkan dalam kumpulan 3 hingga 5 orang yang dikendalikan oleh para jurulatih kanan Akademi Penulis.

Fasa pertama klinik dikhususkan untuk para ALUMNI Akademi Penulis yang pernah menghadiri bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis sebelum ini. Akademi Penulis mensasarkan dalam masa setahun daripada bengkel dianjurkan para ALUMNI berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 1 karya. Alhamdulillah sehingga sekarang sudah ramai ALUMNI yang berjaya menghasilkan karya mereka. Antaranya Tuan Rizal Rashid, Tuan Md. Ali Berahim, Dr. Azman Sharif dan Tuan Zakaria Sungip.

Klinik Pertama

Klinik Pertama dianjurkan pada 8 Mei 2010. Klinik kendalian Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis ini dihadiri oleh 4 ALUMNI Akademi Penulis yang datang daripada segenap penjuru Malaysia. Tuan Mohd Ali Mohd Noor dari Ipoh, Perak, Cik Puan Tuan Kalsum dari Pulau Pinang, Puan Ayu Darlu dari Batu Pahat, Johor dan Prof. Ir. Jailani dari Putrajaya menyertai kumpulan pertama klinik penulisan. Turut hadir berkongsi pengalaman Tuan Zamri Mohamad.

Alhamdulillah hasil daripada perbincangan dalam klinik penulisan selama separuh hari ini menghasilkan 8 proposal buku yang bakal diterbitkan pada tahun 2010-2011. Proposal semua peserta diulas dan dicincang oleh jurulatih kemudiannya diberikan tarikh akhir bagi menyiapkan proposal baru dan penghasilan manuskrip buku. Pihak Akademi Penulis sudah mendapatkan maklum balas penerbit yang bersetuju untuk menerbitkan karya-karya keempat-empat peserta klinik kali. InsyaAllah kita akan dapat memperoleh buku-buku tulisan mereka paling lewat awal tahun 2011. Tahniah semua peserta dan terima kasih kepada para jurulatih.

Jurulatih Utama, Tuan Fauzul Na'im mengendalikan sesi bersama para peserta klinik penulisan

Diskusi peserta bersama dengan Tuan Fauzul

Tuan Mohd Ali yang penuh semangat

no images were found

Pembukaan Bilik Latihan Akademi Penulis di Wangsa Melawati

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pembukaan bilik latihan Akademi Penulis di 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Bilik latihan ini diwujudkan bagi kegunaan program latihan peringkat asas dan pertengahan. Jadual bengkel ini akan dinaikkan di laman Akademi Penulis daripada semasa ke semasa. Bagi program latihan peringkat termaju akan diadakan di hotel rasmi Akademi Penulis, Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Di bawah dikongsikan imej-imej ruang latihan Akademi Penulis buat tatapan umum.

Papan Tanda Di Pintu Masuk Ke Ruang Latihan Akademi Penulis

Pintu Masuk Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Tangga Naik Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Tangga yang Bercahaya Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Ruang Letak Kasut Menuju Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Pintu Masuk Ke Bilik Latihan Akademi Penulis

Bilik Latihan Akademi Penulis

Bilik Latihan Akademi Penulis Di Kelilingi Buku

Bilik Latihan Akademi Penulis

Laman Web Bengkel Penulisan Novel Dilancarkan

Pihak Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pelancaran laman web rasmi Bengkel Penulisan Novel di www.penulisannovel.com. Sehingga ke hari ini sudah ada 20 orang yang mendaftar diri dan bengkel kali ini dihadkan kepada 40 orang peserta pertama sahaja.

Laman Bengkel

Laman Bengkel Penulisan Novel di www.penulisannovel.com

Kepada yang berminat menyertainya, bertindak sekarang. Layari www.penulisannovel.com ataupun hubungi 013 6288614 ataupun 0341492560 ataupun emailkan ke latihan@akademipenulis.com sekarang.