Tuan Fauzul Na’im di Selamat Pagi Malaysia 16 April 2012: Tip Menangani Panik Ketika Bencana

Tuan Fauzul Na’im Ishak sekali lagi dijemput oleh pihak Radio Televisyen Malaysia saluran 1 (RTM1) untuk menjadi ahli panel di rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 16 April 2012. Slot kali ini adalah slot Motivasi Pagi dengan topik Tip Menangani Panik Ketika Bencana. Ikuti rakaman rancangan ini yang disediakan khas untuk Tuan dan Puan

Kepada mana-mana stesen radio ataupun televisyen yang berminat untuk menjemput jurulatih dan perunding FINE Academy boleh terus menghubungi Pengurus Perhubungan Awam dan Korporat FINE Academy di talian 0162605509. Terima kasih.

Presiden FINE Academy di TV Al-Hijrah Bercakap Mengenai Industri Latihan dan Pembangunan Insan

Pada 8 April 2012, Presiden FINE Training Academy Sdn. Bhd. Tuan Fauzul Na’im Ishak muncul di televisyen Malaysia, TV Al-Hijrah. Beliau berada dalam rancangan Assalamualaikum di sesi bersama Tuan Amin Idris untuk slot Darah Muda. Turut bersama beliau seorang trainer professional, Puan Maria Marzuki. Tuan Fauzul Na’im ke sana mewakili TAMRIN di mana beliau berfungsi sebagai Naib Presiden dan juga Professional Learning Facilitator (PLF). Tuan Fauzul memberikan pandangan mengenai industri latihan dan pembangunan insan, perkembangan dan hala tuju. Di samping itu juga beliau bersama Puan Maria Marzuki mempromosikan program dianjurkan di bawah PLF.

Professional Learning Facilitator Programme, sebuah program melatih jurulatih dan motivator (TOT) yang diasaskan oleh Tuan Mohd Rizal Hassan. Program ini berbeza daripada program TOT lain kerana ia mengubah konsep daripada mengalihkan ilmu dan kemahiran kepada memandu pembelajaran. Pembelajaran yang diberikan disesuaikan dengan para pesertanya. Pendekatan ini amat berkesan untuk memberikan pengajaran berkesan.

Bergambar dengan Pemudah Cara, Tuan Amin Idris dan Irma Hasmie. Turut bersama Ustazah Isfadiyah

Professional Learning Facilitator (PLF) mengubah antara muka dunia latihan dan pembangunan insan dengan melatih para trainer dan motivator berpengalaman dan baru dengan kaedah ini. Sehingga sekarang sudah ada beberapa batch PLF yang dilahirkan. Pada program TV Al-Hijrah ini, Tuan Fauzul Na’im dan Puan Maria Marzuki menerangkan mengenai PLF Showcase 2.0 yang akan diadakan pada 28 & 29 April 2012. Ia menggabungkan 12 orang PLF yang sudah dilatih menunjukkan kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam bidang mereka tersendiri. Program 2 hari ini membawa pendekatan holistik pembangunan diri. Acara yang hebat ini akan berlangsung di Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam.

Tuan Presiden dengan Maher Zain dan Puan Maria Marzuki

Bersama ini dikongsikan rakaman sesi itu. Hayati dan dengarkan 🙂

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk menjemput para jurulatih dan perunding kami bagi mengisi mana-mana slot di televisyen ataupun radio, boleh hubungi pengurus perhubungan awam, Cik Atiqah di talian 016 2605 509 ataupun emelkan ke nuratiqah@fineacademy.com.my. Kami menunggu panggilan Tuan dan Puan.