Formula 3F: Fresh, Fun & Fast Memampankan Kemahiran Pegawai Perhubungan Awam JAKIM

Fresh, Fun, Fast (3F) menjadi formula utama dalam perjalanan Bengkel Perhubungan Awam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini. Bengkel anjuran seksyen komunikasi korporat JAKIM ini disertai seramai 22 orang pegawai dan kakitangan JAKIM diadakan di Marina Cove Resort, Lumut selama tiga hari dua malam.

Objektif utama penganjuran bengkel ini antara lainnya meningkatkan seterusnya memapankan mutu penyampaian maklumat daripada JAKIM kepada masyarakat awam secara lebih santai dan mudah difahami mesejnya.  Turut ditekankan sepanjang perjalanan bengkel ini adalah gaya pemikiran kreatif yang boleh diaplikasikan dalam penganjuran program-program JAKIM amnya dan program jabatan khususnya.

Sepanjang perjalanan bengkel ini juga, turut ditekankan skil kecantikan sosial yang mencerminkan keperibadian sebagai seorang pegawai perhubungan awam. Sebagai contoh, teknik yang betul dalam menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada pihak media sehinggalah membuat jemputan media untuk membuat liputan program.

Selama 3 hari di Lumut, antara perkongsian yang dikendalikan Tuan Zamri Mohamad, jurulatih utama Perhubungan Awam daripada FINE Academy, teknik 6 topi berfikir dalam pengendalian mesyuarat dan isu, format umum kenyataan media serta penggunaan medium maya secara interaktif  sebagai saluran penyampaian maklumat kepada masyarakat di luar sana.

Menurut seorang peserta, “bengkel ini membantu dalam penulisan Fasa Mekah dan Fasa Madinah serta penggunaan teknik topi untuk menyelesaikan masalah. ”

Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Perhubungan Awam JAKIM 2012 ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, YBhg. En. Mohd Nor bin Abd. Hamid.

Jemputan Bengkel Perhubungan Awam boleh diemelkan kepada info@fineacademy.com.my dengan tajuk subjek “Jemputan Bengkel PR”.  Berita ringkas Bengkel PR daripada JAKIM juga boleh diakses di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>