Hari Ini Bermulanya Bengkel Penulis Super

Alhamdulillah selepas 45 hari bertungkus lumus membuat segala persiapan, promosi dan sebaran maklumat mengenai BENGKEL PENULIS SUPER: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller akhirnya hari ini ia bermula. Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai golongan akan berada di Hotel Vistana Kuala Lumpur selama 3 hari 2 malam bagi menggali segala input dan info terbaru dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia.

Bengkel 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan oleh dua orang pakar penulisan dan penerbitan buku Akademi Penulis Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. Mereka sendiri amat teruja untuk membongkar segala rahsia penulisan dan penerbitan buku kepada para peserta kelak. Mereka beberapa hari ini berusaha bersungguh-sungguh mengemaskini segala nota dan modul dengan input terbaru yang bakal dibentangkan dalam bengkel ini.

Pihak Akademi Penulis akan mengemaskini maklumat daripada masa ke semasa di sini untuk tatapan para pelawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *