High Impact Presentation CPCM JPKK Bermula di Kolej Komuniti Jasin

28 November 2013 –Jabatan Pembangunan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan kepercayaan kepada FINE Academy untuk mengendalikan 3 siri kursus High Impact Presentation: Seni Membentang Gaya Pembentang Super. Kursus ini diadakan di Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kuantan.

Sesi dimulakan dengan aktiviti 'pemanas badan'

Sesi dimulakan dengan aktiviti ‘pemanas badan’

Kursus siri pertama yang bertempat Kolej Komuniti Jasin di Melaka dihadiri 32 orang peserta yang terdiri daripada pengarah dan pensyarah Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Kursus siri pertama ini diadakan daripada 26 hingga 28 November 2013 yang dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Tuan Zamri Mohamad dan Cik Faralina Abdul Rahim.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada warga Kolej Komuniti Jasin mengenai kaedah pembentangan berwibawa. Di Kaedah yang diperkenalkan adalah berdasarkan kajian dan praktis yang dijalan oleh jurulatih profesional FINE Academy. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pembentang, Peserta, Pembentangan dan Penilaian. Di samping itu juga kursus ini diadakan di bawah siri kursus CPCM Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Salah satu aktiviti yang berjalan dalam kursus High Impact Presentation

Salah satu aktiviti yang berjalan dalam kursus High Impact Presentation

Pada bahagian Pembentang, para peserta didedahkan kaedah untuk membuat persediaan minda para pembentang. Ia berkaitan persepsi dan tanggapan para pembentang mengenai pembentangan yang bakal dilakukan. Suntikan rasa membentang gaya Neurolinguistic Programming (NLP) diberikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak. Beliau menerangkan 7 RUKUN PEMBENTANG SUPER dan bagaimana mengaplikasikan rukun-rukun ini ke dalam pembentangan. Beliau juga berkongsi kaedah bagaimana meletakkan diri seorang pembentang dalam SITUASI PEMBENTANG SUPER dan juga meletakkan diri peserta dalam SITUASI PESERTA SUPER. Ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam dewan pembentangan.

Seterusnya para peserta didedahkan bagaimana kaedah mewujudkan hubungan baik dengan peserta bagi mengurangkan penentangan. Berdasarkan kajian NLP, penentangan peserta wujud disebabkan kurangnya hubungan baik pembentang dengan pesertanya. Para peserta didedahkan mengenai modul komunikasi efektif untuk pembentang. Tuan Fauzul berkongsi kaedah mengenali gaya pembelajaran peserta melalui bahasa badan peserta. Seterusnya, peserta diminta untuk melakukan pembentangan seterusnya iaitu mengekalkan eye-contact dengan peserta lain di dalam kumpulan, Mereka dikehendaki untuk berdiri tegak selama 5 minit tanpa sebarang pergerakan dan haruslah mengekalkan eye-contact dengan peserta lain didalam kumpulan masing-masing.

Pada sesi seterusnya, Cik Faralina Abdul Rahim berkongsi kaedah berpakaian seorang pembentang super. Peserta belajar kaedah untuk menyesuaikan penggunaan warna pada pakaian. Peserta dikongsikan kaedah berpakaian ketika menghadiri majlis formal. Cara berpakaian ini akan membantu para peserta untuk kelihatan lebih proresional dan segak dalam berpakaian. Selain itu, jurulatih turut berkongsi cara untuk memilih pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan dan fizikal mereka.

Sesi pembentangan oleh Cik Farah Lina mengenai kaedah berpakaian yang profesional

Sesi pembentangan oleh Cik Farah Lina mengenai kaedah berpakaian yang profesional

Pada bahagian ketiga iaitu Pembentangan, Tuan Zamri memberikan input mengenai kaedah menghasilkan pembentangan menggunakan power point gaya SLIDEOLOGY. Ini adalah kaedah yang diamalkan oleh para pembentang hebat dunia sepertimana Steve Jobs dan Al-Gore. Tuan Zamri juga mendedahkan kaedah pembentangan menggunakan flip chart. Peserta juga didedahkan cara untuk menyediakan slide dengan menggunakan rukun 3F iaitu, FUN, FAST and FRESH.

Seterusnya diadakan sesi Penilaian Pembentangan dilakukan kepada semua peserta. Sesi pembentangan berlangsung selama 9 minit seorang termasuk dengan sesi soal jawab bersama peserta. Selepas pembentangan dibuat, para jurulatih yang menjadi penilai memberikan pandangan dan kritikan membina kepada pembentangan ini.

Salah seorang peserta membentangkan input untuk tujuan penilaian akhir

Salah seorang peserta membentangkan input untuk tujuan penilaian akhir

Kursus ini telah mendapat maklumbalas yang positif semua peserta. Kursus ini telah membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat pembentangan.

Menambahkan Keyakinan dalam Membuat Pembentangan yang Berimpak Tinggi

5

Bahan yang disampaikan adalah bertepatan dengan tajuk. Dapat memperkemas serta menambahkan keyakinan dalam membuat pembentangan yang berimpak tinggi.  Tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada FINE Training Academy.

by Md Kasim bin Jaafar from Kolej Komuniti Jelebu
Md Kasim bin Jaafar, Pengarah Kolej Komuniti Jelebu

Syabas dalam Memberi Input yang Fun, Fast dan Fresh

4

Tambah lagi nilai contoh dalam ABM. Penekanan masa amat baik kerana on time dan padat. Syabas dalam memberi input yang fun, fast dan fresh.

by Radzuan Othman from Kolej Komuniti Batu Pahat
Radzuan Othman, Pengarah Kolej Komuniti Batu Pahat

Objektif yang Dirangka Sangat Jelas dan Sesuai kepada Semua

5

Objektif yang dirangka sangat jelas dan sesuai kepada semua. Jurulatih yang sesuai dengan bidang yang dipilih.

by Zaidi Othman from Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Zaidi Othman, Pegawai Khas JPKK.

Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atas kepercayaan diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Divisyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605 506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Academy di talian (+6) 03 4149 560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>