Hoorey-Hoorey Pangkor 2011 Berlangsung dengan Meriah

Hoorey Hoorey Pangkor 2011 berjalan dengan jayanya daripada 27 hingga 29 Disember 2011 di Pulau Pangkor. Program ini adalah program percutian yang diadakan sebagai ruang untuk berehat, bercuti dan bergembira bagi kakitangan FINE Academy dan para jurulatihnya. Nama Hoorey Hoorey adalah hasil ilham Tuan Alizan Nasyran, pengurus Divisyen Pemasaran & Jualan sebelum disahkan sebagai nama rasmi percutian keluarga FINE Academy oleh pihak pengurusan tertinggi FINE Academy. Pada tahun ini Hoorey Hoorey FINE Academy diadakan di Palma Beach Reasort, Pulau Pangkor, Perak.

Rombongan kali ini terdiri daripada Tuan Presiden FINE Academy, Fauzul Na’im Ishak, isteri Puan Nurulhilyati Abdul Halim (juga merupakan Timbalan Presiden FINE Academy) bersama keluarga, Tuan Ahmad Dan Setafa bersama keluarga, Tuan Azree Hanifiah, Cik Puan Salina Ibrahim dan para kakitangan FINE Academy. Turut serta adalah para mahasiswa yang pernah menjalankan latihan industri di FINE Academy dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Laporan penuh perjalanan dibuat oleh pengarah projek Hoorey Hoorey Pangkor 2011, Cik Puan Norhidayah Ngadiman.

Laporan Pengarah Projek, Cik Puan Norhidayah Ngadiman

27 Januari 2011 (Selasa)

Kami bertolak dari pejabat urusan FINE Academy seawal 8.00 pagi dengan menaiki 3 buah kenderaan iaitu sebuah van sewa KIA Pregio yang dipandu Tuan Fauzul Na’im, sebuah Toyota Innova dipandu Puan Nurulhilyati dan sebuah Proton Wira dipandu Tuan Ahmad Dan Setafa. Keseluruhan ahli rombongan berjumlah 22 orang termasuk ahli keluarga warga FINE Academy. Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 4 jam. Kami melalui bandar Sungkai, Telok Intan, Sitiawan sebelum tiba ke Terminal Jeti, Lumut sekitar jam 1.00 petang. Dari sana dengan menaiki feri pada jam 1.30 petang ke Jeti Pangkor.

Sesi taklimat oleh pengarah program

Van dipandu Tuan Presiden

Bergambar di jeti

Di dalam feri

Dari Jeti Pangkor kami dibawa oleh van sewa yang disediakan oleh agen pelancongan ke Pantai Teluk Nipah. Di sana, kami menginap di Palma Beach Resort. Walaupun ada sedikit masalah teknikal yang berlaku disebabkan salah faham di antara agen dengan pemilik resort, namun kesemua ahli rombongan berjaya mendaftar masuk pada jam 3.00 petang. Alhamdulillah Palma Beach Resort yang lengkap dan selesa. Walaupun ia hanya sebuah resort kecil namun kemudahan yang disediakan tidak kalah jika dibandingkan dengan hotel 3 bintang. Antara fasiliti yang disediakan adalah televisyen, alat penghawa dingin dan khidmat katering.

Palma Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Antara bilik penginapan peserta

Sebaik sahaja solat Zohor (jamak taqdim) iaitu sekitar jam 4.oo petang, semua ahli rombongan berkumpul di Pantai Teluk Nipah untuk acara permainan pantai. Antara permainan yang dimainkan adalah water balloon-throw the farthest, Dice, The Longest Line, Water Fill in the Bottle With Sponge, Wrap Mummies dan Run in Sack. Program ini berjalan dengan penuh kemeriahan dan suasana gembira. Kesemua warga Fine Academy dan ahli keluarga yang hadir turut serta dalam setiap permainan yang dijalankan. Selepas selesai permainan pantai, kesemuanya bebas untuk mandi manda di laut.

Permainan dadu besar

Pada malam harinya selepas selesai makan malam. Satu pertemuan di antara para kakitangan FINE Academy dan jurulatih mengadakan sesi perbincangan secara santai dengan dipengerusikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Presiden FINE Academy di sebuah gerai sambil menikmati bayu malam Pantai Teluk Nipah.

28 Januari 2011 (Rabu)

Pada hari kedua acara bermula seawal 8.00 pagi. Acara kesemuanya berlangsung di Pantai Teluk Nipah. Pelbagai acara yang menyeronokkan berlangsung. Antara programnya adalah menaiki Banana Boat Ride, Fun Jet ski, bermain bola tampar pantai dan Island Hopping & Snorkeling. Acara berlangsung sehingga lewat petang sekitar jam 5.00 petang. Pada malamnya, kami menikmati keenakan Beach BBQ Land sambil mendengar suara merdu para jurulatih dan kakitangan FINE Academy berkaraoke mendendangkan lagu. Acara malam berakhir jam 10.30 malam.

Banana Boat Ride

Bersedia untuk snorkeling

BBQ yang melazatkan

Cik Atiqah menunjukkan bakat :)

29 Januari 2011 (Khamis)

Pada hari terakhir sebelum kami meninggalkan Palma Beach Resort, Pangkor, satu sesi penyampaian hadiah bagi permainan yang telah dipertandingkan pada hari pertama. Selepas itu kami menghabiskan masa mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar di sekitar Pantai Teluk Nipah.

Upacara penyampaian hadiah

Kesemua ahli rombongan Hoorey Hoorey Pangkor 2012, mengapa kelihatan muka semuanya gelap?

Amoi tengah bergaya di tepi makanan laut yang sedang dijemur

Selamat tinggal Pangkor

Ada rezeki kami datang lagi

Acara terakhir yang disediakan adalah melawat keseluruhan Pulau Pangkor. Kami melawat dengan menggunakan van yang disediakan agen pelancongan. Kami melawat dan membeli belah di kilang makanan laut. Melawat tokong China dan Kota Belanda. Selepas itu kami berlepas dari Jeti Pangkor sekitar jam 1.00 petang. Kami tiba di Terminal Jeti Lumut dalam jam 1.45 petang. Dari sana kami terus berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Kenangan Pangkor amat indah, kepada para pelawat laman web ini boleh menghayati saat-saat indah ini daripada koleksi gambar di bawah. InsyaAllah Hoorey Hoorey 2012 akan tiba. Di mana ya boss :)?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>