Hotel Vistana Kuala Lumpur, Tempat Berlangsungnya Seminar Jana Wang Dengan Menulis 17 Januari 2009

Saya dengan bangganya mengumumkan dengan rasmi bahawa Hotel Vistana Kuala Lumpur adalah tempat penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang berlangsung pada 17 Januari 2009. Ada beberapa sebab mengapa hotel ini dipilih oleh pihak pengurusan Akademi Penulis.

Pihak pengurusan menetapkan beberapa kriteria pemilihan. Tempat dipilih haruslah tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Status hotel perlu sekurang-kurangnya 4 bintang kerana apabila begitu, ia mempunyai kemudahan yang baik bagi menjalankan program. Tempat bengkel seharusnya suatu tempat yang menjana minda dan merangsang minda. Saya tidak berapa suka dengan idea memilih tempat yang hanya melihat dinding sahaja dengan tiada tempat untuk menghirup udara segar. Di samping itu juga kriteria tempat dipilih mempunyai pusat aktiviti yang berpusat. Segala proses bengkel, seminar, makan dan minum dibuat dalam satu tempat bagi memudahkan dan melancarkan program.

Di samping itu juga ia haruslah berdekatan dengan pengangkutan awam bagi memudahkan peserta ke sana. Dekat dengan jalan raya, tidak perlu ke sana dengan kereta. Kesemua kriteria ini dipenuhi oleh Hotel Vistana. Hotel Vistana adalah hotel 4 bintang yang mempunyai ciri berikut:

  • Bilik disediakan bersebelahan dengan kawasan kolam renang terbuka dengan aturan menarik. Ia merangsang minda dan mata. Kawasan sebegini memudahkan para peserta keluar untuk menenangkan fikiran.
  • Biliknya berpusat yang mana kesemua aktiviti diadakan dalam satu bilik saja.
  • Surau berdekatan dengan tempat seminar.
  • Berdekatan dengan pengangkutan awam terdekat. Mempunyai akses terdekat dengan STAR LRT, KL Monorel, Stesen Bas Pekeliling dan Stesen Bas Terminal Putra bagi peserta dari timur.
  • Makanan yang disediakan juga berada dalam kelas tersendiri. Ini perlu dialami apabila menghadiri seminar nanti.

Bersama ini saya sertakan koleksi gambar tempat seminar di Hotel Vistana, ia bukan untuk iklan tetapi bagi memberikan inspirasi kepada peserta dan bakal peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *