
FINE Academy diasaskan oleh dua orang individu yang menjadi pemegang saham terbesar dan lembaga pengarahnya. Individu yang tersebut adalah Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Puan Nurulhilyati Abdul Halim. Mereka suami isteri adalah individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang penerbitan buku dan perundingan motivasi.
Tuan Fauzul Na’im Ishak memulakan kerjaya sebagai seorang editor perolehan di PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Beliau merupakan tenaga penting dalam membangunkan PTS daripada sebuah syarikat kecil tidak dikenali hingga menjadi syarikat penerbitan buku berbahasa Melayu popular nombor satu Malaysia. Pengalaman dalam membangunkan produk buku bestseller di PTS menjadikan beliau adalah antara individu paling berautoritatif dalam bidang penerbitan buku Malaysia. Beliau bersama isteri Puan Nurulhilyati Abdul Halim membangunkan FINE Academy daripada sebuah perniagaan perkongsian Book Pro Publishing Services hingga sekarang sudah menjadi syarikat bertaraf sendirian berhad dengan 3 anak syarikat iaitu Akademi Penulis Sdn Bhd, Book Pro Publishing Services dan The Next Store. Beliau diiktiraf sebagai jurulatih penulisan buku paling berautoritatif dan sering dijemput mengendalikan bengkel penulisan dan motivasi di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sekarang memegang jawatan sebagai Presiden FINE Academy.
Puan Nurulhilyati Abdul Halim adalah orang yang amat berpengalaman dalam bidang editorial. Bermula daripada anak didik pengasas PTS, Puan Ainon Mohd., menjadi editor pengurusan pertama PTS. Beliau dialihkan sebagai editor pengurusan PTS Professional Publishing Sdn Bhd dengan fokus membangunkan produk pendidikan. Kemudian diberikan kepercayaan oleh pihak pengurusan PTS sebagai Pengarah Akademi Penerbitan PTS yang pertama. Namun atas keinginan membangunkan bisnes sendiri bersama suami, beliau meletakkan jawatan dan sekarang memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden FINE Academy.

