Institut Integriti Malaysia Memperkasa Kemahiran Presentation dalam Bulan Ramadhan

16 Julai 2013 – FINE Academy dijemput untuk mengendalikan sebuah kursus berkaitan kemahiran membentang / presentation skill oleh Institut Integriti Malaysia. Kursus yang diberikan judul Pembentang Super Seni Magis Pembentang Gaya NLP telah diadakan pada 15 hingga 16 Julai 2013. Program ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan juga Tuan Zamri Mohamad.

Institut Integriti Malaysia adalah buah fikir Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, bekas perdana menteri Malaysia. Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mula beroperasi sejak tahun 2004. Ia ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional .Fungsi utama Institut Integriti Malaysia adalah untuk membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada warga Institut Integriti Malaysia mengenai kaedah pembentangan berwibawa. Kaedah yang diperkenalkan adalah berdasarkan kajian dan praktis yang dijalan oleh jurulatih profesional FINE Academy. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pembentang, Peserta, Pembentangan dan Penilaian.

Para peserta dalam sesi ICE BREAKING

Para peserta dalam sesi ICE BREAKING, turut hadir Timbalan Presiden IIM, Dr. A. Bakar Sarpon.

Pada bahagian Pembentang, para peserta didedahkan kaedah untuk membuat persediaan minda para pembentang. Ia berkaitan persepsi dan tanggapan para pembentang mengenai pembentangan yang bakal dilakukan. Suntikan rasa NLP diberikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak. Beliau menerangkan 7 RUKUN PEMBENTANG SUPER dan bagaimana mengaplikasikan rukun-rukun ini ke dalam pembentangan. Beliau juga berkongsi kaedah bagaimana meletakkan diri seorang pembentang dalam SITUASI PEMBENTANG SUPER dan juga meletakkan diri peserta dalam SITUASI PESERTA SUPER. Ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam dewan pembentangan.

Sesi interaksi peserta dengan jurulatih bengkel

Sesi interaksi peserta dengan jurulatih bengkel

Seterusnya para peserta didedahkan bagaimana kaedah mewujudkan hubungan baik dengan peserta bagi mengurangkan penentangan. Berdasarkan kajian NLP, penentangan peserta wujud disebabkan kurangnya hubungan baik pembentang dengan pesertanya. Para peserta didedahkan mengenai modul komunikasi efektif untuk pembentang. Tuan Fauzul berkongsi kaedah mengenali gaya pembelajaran peserta melalui bahasa badan peserta.

Jurulatih bengkel Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Fauzul Na'im Ishak

Jurulatih bengkel Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Fauzul Na’im Ishak, memberikan pandangan kepada pembentangan peserta dalam sesi Penilaian Pembentangan

Pada bahagian ketiga iaitu Pembentangan, Tuan Zamri memberikan input mengenai kaedah menghasilkan pembentangan menggunakan power point gaya SLIDEOLOGY. Ini adalah kaedah yang diamalkan oleh para pembentang hebat dunia sepertimana Steve Jobs dan Al-Gore. Tuan Zamri juga mendedahkan kaedah pembentangan menggunakan flip chart.

Seterusnya diadakan sesi Penilaian Pembentangan dilakukan kepada 12 orang peserta yang terpilih. Sesi pembentangan selama 8 minit seorang termasuk dengan sesi soal jawab bersama peserta. Selepas pembentangan dibuat, para jurulatih yang menjadi penilai memberikan pandangan kepada pembentangan ini.

Sesi penilaian pembentangan oleh jurulatih Sesi penilaian pembentangan oleh jurulatih

Kursus presentation skill ini diberikan maklum balas positif Presiden Institut Integriti Malaysia dalam mesyuarat pengurusan. Beliau sempat hadir sebentar dalam slot yang dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad. Ini adalah petikan daripada mesej pegawai yang menguruskan kursus ini melalui facebook Tuan Zamri Mohamad.

Mesej daripada pegawai pengendali kursus mengenai maklum balas Dato' Presiden IIM

Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Integriti Malaysia atas kepercayaan diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Divisyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605 506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Academy di talian (+6) 03 4149 560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *