Institut Integriti Meningkatkan Capaian Sosial Menggunakan Kempen Facebook

1 Ogos 2013 – Kempen Media Sosial menjadi satu medium penting dalam organisasi dan agensi berkaitan kerajaan. Ia menjadi saluran untuk menyebarluaskan maklumat agensi di samping menjadi medium terbaik untuk berinteraksi dengan rakyat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom dalam satu majlis di Hotel Dynasty, Miri melaporkan bahawa Malaysia berada pada kedudukan ke 8 paling ramai pelanggan akaun Facebook di Asia dan ke 21 di dunia. 34.5 peratus daripada adalah di kalangan berusia 18 hingga 24 tahun, 29.5 peratus di antara 25 hingga 34 tahun dan 16.3 peratus 13 hingga 17 tahun. Medium ini dilihat sebagai medium media sosial yang dapat digunakan untuk mendekati golongan Gen-Y.

Sumber: Sarawak Tribune

Sumber: Sarawak Tribune

Ini disokong oleh saranan Ketua Setiausaha Negara buat semua pemimpin tertinggi organisasi kerajaan untuk mempunyai akaun Facebook dan Twitter.

Kata beliau pada pertemuan dengan para ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbira dan Diplomatik

“”Saya minta agar pegawai kerajaan terutamanya pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang aktif dalam laman sosial dapat memberikan fakta dan maklumat yang tepat dan benar bagi ‘counter-attack’ sebarang fitnah tersebut.┬áJika kita tidak membantu keadaan ini dengan fakta sebenar, rakyat akan terus percaya serta sebarkan fitnah itu dan ia hanya akan memburukkan lagi situasi semasa”

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Institut Integriti Malaysia mengambil langkah aktif dengan menganjurkan Kursus Kempen Pemerkasaan Media Sosial: Kempen Facebook pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2013 buat 41 orang kakitangan Pengurusan dan Professional. Kursus ini dikendalikan oleh dua pakar pemasaran Facebook daripada FINE Training Academy Sdn Bhd. Kursus selama dua hari ini dimudahcara oleh Tuan Zamri Mohamad, Jurulatih Kanan FINE Training Academy dan Tuan Aqif Azizan, Jurulatih Bersekutu FINE Training Academy.

Kursus ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama mengenai Kepentingan Facebook dalam Menyebar Luaskan Maklumat Organisasi, bahagian kedua mengenai Kempen Facebook secara Organik dan bahagian ketiga Kempen Facebook melalui Pengiklanan.

Tuan Zamri Menerangkan Model Kempen Facebook menggunakan Kanvas Model Bisnes

Tuan Zamri Menerangkan Model Kempen Facebook menggunakan Kanvas Model Bisnes

20 Formula Kempen Facebook

20 Formula Kempen Facebook

Para peserta membuat analisa kajian kes yang diberikan

Para peserta membuat analisa kajian kes yang diberikan

Para peserta fokus kepada penerangan yang diberikan oleh Jurulatih

Para peserta fokus kepada penerangan yang diberikan oleh Jurulatih

Sesi praktikal yang dimoderasikan oleh dua fasilitator, Tuan Aqif Azizan dan Tuan Fauzul Na'im

Sesi praktikal yang dimoderasikan oleh dua fasilitator, Tuan Aqif Azizan dan Tuan Fauzul Na’im

Kesan segera daripada kursus ini menyebabkan Facebook Institut Integriti Malaysia mendapat kenaikan LIKE secara drastik dalam tempoh 3 hari perjalanan program. Kursus ini diadakan secara Hand On yang mana kesemua peserta perlu mempraktikkan setiap pengajaran dengan dimoderasikan oleh jurulatih dan fasilitator.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *