Jawapan Kepada Abdul Malek : Adakah Tesis Ph.D. ataupun Master Boleh Diterbitkan

Saya tertarikh hendak berkongsi beberapa maklumat mengenai penerbitan buku berasaskan tesis. Ada soalan di chat box bertanyakan sama ada tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan dan sudah diterbitkan.

Jawapannya YA dan TIDAK.

YA tesis Ph.D. atau Master boleh diterbitkan. Ia adalah khazanah ilmu yang cukup berharga. Hasil kajian bertahun-tahun dari para pakar ini seharusnya diterbitkan bagi manfaat umum.

TIDAK boleh diterbitkan dalam keadaan asal. Ia harus diolah semula dalam bentuk baru, bentuk yang lebih memberikan manfaat kepada semua. Dalam tesis, bab pertama yang berkaitan metodologi dan teorinya itu tidak memberikan makna kepada para pembaca. Bab-bab lain itu diambil dan diolah semula dalam bentuk yang lebih mesra pembaca.

Bagaimana? Isi utama diambil dari setiap tesis dan diterjemahkan ke dalam bahasa orang awam. Segala terma saintifik yang canggih dan sukar difahami dipermudahkan bagi pemahaman umum.

Saya melihat dan berjumpa dengan banyak tesis di barat yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku dengan olahan baru. Ada di antaranya sudah menjadi bestseller di sana. Saya yakin dan percaya hasil kajian orang Malaysia setaraf dengan mereka. Malahan ada yang lebih dari itu. Berjumpa dengan penerbit ataupun hadiri bengkel-bengkel penulisan yang ada bagi mengetahui lanjut mengenai perkara ini.

InsyaAllah ada program pembangunan penulis yang bakal dilancarkan dalam oktober 2008. Ia pasti memberikan input terbaik buat Tuan Puan semua. Nantikan kehadirannya dan sentiasalah melawati laman ini bagi maklumat terbaru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>