KEKOSONGAN JAWATAN: EKSEKUTIF LATIHAN (JUALAN & PEMASARAN)

Akademi Penulis Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding dan pengendali program latihan penulisan yang sudah beroperasi sejak tahun 2009. Program-program kendalian Akademi Penulis dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman melebihi 5 tahun dalam industri penerbitan buku, majalan dan bidang penulisan. Ia diadakan secara awam dan melalui agensi kerajaan dan swasta.

Akademi Penulis menyediakan pakej pendapatan (gaji) yang menarik termasuk:

  • bekerja 5 + 1/2 hari (cuti pada sabtu pertama dan sabtu ketiga)
  • Kadar gaji bulanan dan komisyen menarik
  • Latihan dalaman disediakan
  • Socso, EPF dan bayaran untuk urusan perubatan

Kami mencari eksekutif untuk mengisi jawatan sebagai

EKSEKUTIF LATIHAN (JUALAN & PEMASARAN)

Deskripsi Kerja

  • Membuat perancangan jadual, aturan penceramah dan menguruskan peserta untuk program latihan anjuran Akademi Penulis
  • Merancang dan menguruskan strategi promosi dan jualan bagi program-program anjuran Akademi Penulis kepada orang awam, agensi kerajaan dan swasta
  • Membantu membangunkan dan mengemas kini bahan-bahan latihan untuk memastikan ia lebih mesra pelanggan dan praktikal

Kelayakan

  • Mempunyai kemahiran komunikasi, pembentangan dan perancangan strategik terutama dalam pemasaran serta jualan yang baik
  • Mempunyai pengetahuan dan pendedahan dalam bidang pembangunan dan pengembangan latihan
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah
  • Mempunyai pengalaman menjadi pemimpin mahasiswa di institusi pengajian tinggi mempunyai kelebihan
  • Mempunyai diploma ataupun ijazah dalam apa sahaja bidang (graduan pentadbiran perniagaan dan sumber manusia mempunyai kelebihan)
  • Mampu mengendalikan kerja dengan baik dan tahan menerima tekanan
  • Mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan (sekurang-kurangnya motosikal)
  • Graduan baru digalakkan memohon

Kepada yang berminat sila kirimkan resume kepada

Akademi Penulis Sdn. Bhd.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA

ataupun kirimkan faks kepada 0341493560
ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com
ataupun hubungi talian 0341492560

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 Julai 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *