KEMAS Negeri Johor Membangunkan TEAM SUPER di FELDA Residence Tanjung Leman

6 Februari 2013, Tanjung Leman, Mersing- Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Johor melantik FINE Training Academy Sdn Bhd sebagai perunding latihan untuk program TEAM SUPER Re-CHARGE: Membangunkan Pasukan Dinamik dan Efektif. Program selama 3 hari 2 malam daripada 4 hingga 6 Februari 2013 di FELDA Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor. Seramai 53 orang peserta termasuk urusetia KEMAS Negeri Johor berkampung di sana.

Pasukan Kaizer yang bersemangat waja

Pasukan Kaizer yang bersemangat waja

Kursus ini dikendalikan oleh dua orang jurulatih utama, Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Ikram Wazir dengan dibantu 7 orang fasilitator yang didatangkan khas untuk membantu program ini. Program dimulakan dengan mengenal potensi diri untuk memacu kejayaan organisasi. Sebarang kepercayaan negatif memberikan kesan negatif kepada kejayaan organisasi.

Trainer dan fasilitator terbabit: Ustaz Sufi, Tuan Amir Muhammad dan jurulatih kanan, Tuan Fauzul Na'im

Trainer dan fasilitator terbabit: Ustaz Sufi, Tuan Amir Muhammad dan jurulatih kanan, Tuan Fauzul Na’im

Kemudian para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diberikan nama Daya Ulung Sdn Bhd, Teguh Corporation Sdn Bhd, Islamic Corporations Sdn Bhd, Super Power Sdn Bhd dan Kaizer Sdn Bhd oleh ahlinya. Setiap pasukan diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan secara berkumpulan daripada hari pertama hingga ketiga.

Para peserta membuat persembahan pada malam persembahan

Para peserta membuat persembahan pada malam persembahan

Tahniah kepada pasukan yang memperoleh tempat pertama hingga ke lima dalam program ini. Terima kasih kepada KEMAS Negeri Johor atas kepercayaan yang diberikan kepada FINE Training Academy.

Syarikat Super Power Sdn Bhd membuat pembentangan logo syarikatnya

Syarikat Super Power Sdn Bhd membuat pembentangan logo syarikatnya

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk mengadakan program serupa di tempat Tuan dan Puan, boleh hubungi pejabat urusan kami di talian 0341492560 ataupun emelkan ke info@fineacademy.com.my ataupun menggunakan borang online yang disediakan di laman web ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>