Kenali Jurulatih & Perunding Anda: Tuan Ahmad Dan Setafa

Apakah latar belakang pendidikan Tuan?

  • Sarjana Muda: Bacelor Komunikasi (Komunikasi Korporat), UPM
  • Diploma : Diploma Pentadbiran Awam & Undang-Undang, UiTM

Adakah Tuan mempunyai sebarang sijil pentauliahan dalam bidang latihan?

  • Usahawan : Certificate of Small Medium Industry Consultancy, MPC
  • Certified Professional Image Consultant daripada Training Cube International Sdn Bhd
  • PLKN : Sijil Fasilitator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
  • BTN : Sijil Fasilitator Biro Tata Negara (BTN)
  • INFRA : Sijil Fasilitator Program Latihan Pengurusan Desa (INFRA)
  • KOMUNIKASI : Sarjana Muda daripada UPM
  • PROTOKOL, ETIKET SOSIAL, MAKAN BERADAB, PENGURUSAN MAJLIS : Tiada sijil pentauliahan tetapi ada mengikuti kursus Protokol, Etiket Sosial, Makan Beradab dan Pengurusan Majlis anjuran Bahagian Istiadat, JPM. Namun begitu, seringkali ditugaskan oleh JPM untuk memberikan ceramah kepada Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan termasuklah INTAN, dan lain-lain sejak 2006 hingga kini dan menjadi tugas seharian untuk menasihati perkara yang berkaitan dengan Protokol, Etiket Sosial dan Makan Beradab dan lain-lain.

Apakah kerjaya sebenar Tuan?

Menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kanan tetapi dipinjamkan sebagai Pegawai Penyelidik (Istiadat dan Protokol).

Apakah kepakaran Tuan?

  • Protokol, Etiket Sosial, Makan Beradab dan Pengurusan Majlis
  • Komunikasi, Pengacaraan Majlis dan Penulisan (Surat, Memo, Minit Mesyuarat, Kertas Jemaah Menteri)
  • Latihan Keusahawanan (Motivasi, Pengurusan, Jurujual, Marketing, Susun Atur, Akaun dll)
  • Motivasi & Team Building (Espirit de Cor, dll)

Bagaimana boleh Tuan mendapat idea dan inspirasi untuk mencipta modul latihan Tuan?

Berdasarkan pengalaman, permintaan serta pertanyaan yg seringkali dikemukan oleh klient. Menitikberatkan kepada perkara-perkara asas, aplikasi semasa (terkini) dan realiti dalam dunia sebenar yang berlaku.

Apakah misi dan perjuangan Tuan dalam mengendalikan program Tuan?

“Memindahkan kepandaian dan kepakaran kepada semua peserta melalui prinsip tahu, faham, laksanakan sendiri dan mahir”.

Memastikan setiap peserta memahami perkara asas yang betul. Kemudian menterjemahkan dalam simulasi yang direka khusus untuk mengaplikasikan teori yang diberikan dalam pelaksanaan dunia sebenar. Menitikberatkan aplikasi dalam realiti sebenar.

Apa bezanya (faedah & bonus) program kendalian Tuan berbanding program kendalian orang lain?

‘Not just a teory, but u can apllied’. Bercakap berdasarkan pengalaman kerja kerana memang berkerja dalam bidang tersebut secara profesion. Bersedia memberi khidmat nasihat tanpa had masa dan tanpa dikenalkan caj. Ada khidmat susulan dan bukan setakat dalam kursus sahaja.

Apakah aktiviti yang paling menarik dalam program kendalian Tuan?

Memberi kursus protokol dan pengurusan majlis kepada peserta yang baru dan terus bertugas untuk simulasi majlis dalam majlis yang sebenar.

Berapakah durasi program kendalian Tuan?

Bergantung kepada keperluan dan matlamat yang ingin dicapai oleh klient.

Adakah Tuan mampu mengendalikannya dalam pelbagai bahasa, bahasa Inggeris sebagai contoh?

Lebih selesa dengan Bahasa Melayu.

Adakah Tuan pernah mengendalikan program di luar daripada Malaysia? Di mana? Bagaimana maklum balas mereka?

Belum pernah.

Apakah hasil yang diperoleh peserta daripada menghadiri program Tuan? Apakah kejayaan kecil/besar hasil daripada program kendalian Tuan?

Peserta boleh mengaplikasikan ilmu pengetahuan, pemahaman yang diterima dalam kursus semasa majlis dan dunia kerja dan kerjaya.

Mengapakah agensi ataupun individu perlu menghadirkan diri atau memilih program kendalian Tuan?

Bercakap melalui pengalaman sebenar. ‘Not just a theory’.

Apakah harapan Tuan daripada program kendalian Tuan?

Supaya semua peserta dapat menguasai perkara asas yang betul dan dapat mengaplikasi kepada dunia kerjaya sebenar.

Jika ada satu tip yang ingin diberikan kepada para pembaca laman web ini, apakah tip yang Tuan ingin berikan?

Berguru dengan ‘orang yang pakar dalam bidang berkaitan’, supaya ‘kita tidak sesat dan menyesatkan orang lain’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>