Klinik Penulisan Ke 2 Menghasilkan Dua Proposal Buku Yang Saintifik

Akademi Penulis mengadakan klinik penulisan yang kedua pada 12 Jun 2010. Klinik penulisan ini dihadiri oleh dua orang ALUMNI Akademi Penulis, Dr. Faridah Idris dan En. Zaini Nanyan. Dr. Faridah Idris adalah seorang pensyarah di Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia dan Tuan Zaini Nayan adalah pegawai penyelidik di Lembaga Koko Malaysia, Sabah.

Dr. Faridah dan Tuan Zaini Nanyan khusyuk mendengar penerangan Tuan Fauzul

Kedua-dua mereka membentangkan dua proposal yang cukup menarik dan pihak Akademi Penulis amat teruja menunggu hasilnya. Latar belakang kedua-dua ALUMNI ini menjadikan hasil proposal mereka ditulis dalam bentuk yang saintifik. Klinik kali ini dikendalikan oleh jurulatih utama Akademi Penulis, Tuan Fauzul Na’im Ishak. Kedua-dua proposal ini dijangka dapat diterbitkan pada 2011. Tahniah dan kami doakan penulisan kedua-duanya berjaya mencapai sasaran.

no images were found

Comments

  1. says

    Tuan Fauzul,

    Diucapkan tahniah kerana membantu saya dan Dr Faridah dalam menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan penulisan buku kami. Sumbangan anda dihargai. Insyaallah, saya akan menulis dengan panduan yang tuan berikan. Terima kasih.

    Mohd Zaini Nanyan
    Sabah

  2. Faridah says

    Tuan Fauzul,

    Terima kasih kerana bersabar dengan saya dan anak-anak sepanjang program itu.

    Insya allah saya akan hantar proposal buku yang telah diperbaiki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>